Semalam aku menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Vietnam di kaca TV.. walaupun hasratku untuk bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil tak kesampaian namun aku tetap bangga dengan prestasi Skuad Bola Sepak Negara yang gah menumbangkan Juara bertahan Piala AFF Suzuki 2010, Vietnam... Tampak sekali skuad bimbingan K. Rajagobal berada dalam prestasi yang amat memberangsangkan...
Semalam gandingan dua S iaitu Safee Sali dan Shafiq Rahim telah memberikan Malaysia kelebihan sebelum bertandang ke Stadium keramat Vietnam sabtu ini... Walaupun pada permulaan kejohanan ini ramai yang beranggapan yang Malaysia tak mampu untuk pergi jauh.. namun Skuad muda Harimau malaysia ini pantas menidakkan tanggapan hampir seluruh rakyat malaysia itu..
Diganyang 5-1 oleh Indonesia pada perlawanan pembukaan telah memberi motivasi kepada pemain kebangsaan untuk bangkit walaupun hanya mampu terikat tanpa jaringan dengan juara tiga kali edisi Pila AFF suzuki, Thailand... Tiada jalan lain kecuali menang ke atas Laos pada perlawanan terakhir dengan harapan Thailand hanya seri atau kalah kepada Indonesia. Anak buah K. Rajagobal memberikan komitmen yang penuh dan akhirnya berjaya membelasah Laos dengan jaringan 5-1. Walaupun tiada riak gembira selepas pengadil meniupkan wisel terakhir perlawanan kerana masih lagi samar dengan keputusan antara Thailand dan Indonesia. Tidak lama kemudian, Skuad Harimau Malaysia ini bersorak gembira sebaik sahaja di maklumkan bahawa Thailand ditewaskan Indonesia dengan 2-1." Terima kasih Indonesia" Itulah luahan pemain Malaysia...
Dalam nada gembira kerana berjaya ke saparuh akhir , ada juga kegusaran pemain negara pabila terpaksa bertemu juara bertahan Vietnam. Namun, K. Rajagobal segera menyedarkan Anak buahnya bahwa semua lawan adalah sama dan harus dihormati bukannya ditakuti. Aku bangga dengan sikap Jurulatih yang pernah memberi kilauan emas kepada negara pada sukan sea laos 2009. Skuad negara dirundum masalah lagi apabila ramai tonggak utama yang mengalami kecederaan. Namun, Rajagobal sekali lagi mencongak strategi baru untuk menumbangkan lawa.
Akhirnya, Skuad negara mampu menumbang juara bertahan Vietnam dengan 2-0... Safee Sali menjadi wira negara.. Kini Malaysia sudah menapak sebelah kaki ke Final. Dan Seluruh rakyat Malaysia termasuk aku menanti dengan penuh harapan agar Malaysia mampu mencipta kejutan yang cemerlang setelah mara ke Final pada edisi pertama tahun 1996. Juara tiga kali, Thailand dan Singapura telah pun tersingkir... Jaura bertahan juga telah mampu kita tumbangkan.. Jadi inlah masanya untuk kita akhiri kemarau yang panjang... Harapan menggunung daripada penyokong malaysia untuk melihat bola sepak malaysia berjaya... Harapan aku ialah semoga Malaysia berjaya menjejakkan kaki kefinal..salam
m
No comments:
Post a Comment