Lame dh aku x update entry aku kat blog ni..hehe al maklumlah.. sibuk sekarang dengan kerja-kerja di Sengkang Estate.
Sengkang Estate? Kat mane tu? mesty korang semua tertanya-tanya kan kat mana terletaknya Sengakang Estate, Hehe Actually.. Ladang Sengkang ni sebenarnya salah sebuah ladang milik syarikat perladangan terbesar negara, SIME DARBY PLANTATION. Kalau anda semua nak tahu, kedudukan estate ni di Bandar Peranginan Negara, Port Dickson Negeri Sembilan Darul Khusus. hehe.. Kat pantai pun ade ladang sawit jugak ke? Itulah sebenarnya persoalan yang bermain difikiran aku apabila mendapat khabar bahawa tempat Latihan Industri aku ialah Ladang Sengkang Port Dickson.. hehe
Perjalanan aku dari Pulau Carey Selangor ke Port Dickson bermula pada 30 October 2012. Ini bermakna dah hampir dua bulan aku tak sempat nak update blog ni..hehe Aku bertolak dari Academy Sime Darby Plantation yang mempunyai seribu kenangan bersama 13 lagi rakan Diploma In Agriculture pada jam 2.30 Petang 30 Oktober 2012. Memang banyak dugaannye.huhu Dalam keadaan hujan lebat aku dan Firdaus menulusuri jalan raya dengan menaiki dua buah motosikal. basah jerok aku dibuatnya..hehe ( Basah Jerok ni bahasa tranung yang bermaksud basah melncun ) Dah lah basah pastu tibe-tibe lak motor aku wak hal.. selalu mati bile jalan jauh. lau tak silap aku lah.. dalam 15 kali gak motor aku mati..hehe
akhirnya aku tiba di ladang Sengkang pada jam 7.45 malam dan disambut oleh Admin and Account Officer ( AAO). First time aku pijak kaki di bumi Sengkang ni aku rasa satu hidup baru akan bermula dimana aku akan menmpuhi segala dugaan dan cabaran as a assistant manager selama 6 bulan attachment aku disini. Rumah penginapan aku kat sini takde lah besar sangat. Oklah untuk duduk dua orang an..hehe
Bagi aku Sengkang ni salah sebuah tempat yang dikira ok lah jugak.. sebab nya.. kawasan di tenang and tak delah tension sangat dengan kesibukan bandar. satu lagi ladang ni jugak dekat dengan pantai, so sekali sekala boleh lah nak main air kat pantai yang popular di Malaysia ni,
A New Life Begun As A Assitant Manager |
Untuk pengetahuan korang, Pekan berhampiran dengan Ladang Sengkang ini ialah Pekan Pasir Panjang. Pekan ini macam pekan koboi lah takdelah besar sangat tapi ada Bank, Kedai Makan, Stesen Minyak, Pasar Segar, Klinik Kesihatan, Sekolah Menengah dan rendah, Balai Polis Masjid dan banyak jugak lah. Jaraknya lebih kurang 3 km dari Ladang Sengkang ini. lau rasa nak pegy bandar besar sikit boleh pegy Bandar Port Dickson lebih kurang 24Km dari Ladang ni. Kat bandar PD macam2 ade..hehe
PINTU masuk utama ke Ladang Sengkang |
Korang mesti penah dengar kan Tanjung Biru dan Teluk Kemang.? Pantai Tanjung Biru jaraknya lebih kurang 7 km dari ladang Sengkang ni manakala 12km jaraknya untuk ke Teluk Kemang. Kat Teluk Kemang ni best jugak sebab selalu ada function macam2.. n jugak tmpat umpuan pelancong..hehe
Ape lagi ek aku nak citer..huhu.. aku rase stakat ni je kot dulu..hehe ok lah.. see u all in the next entry.. take care,, :)
No comments:
Post a Comment