Dialah seorang yang
mengasihiku dan menyayangiku tanpa mengharapkan sedikit balasan pun daripada
ku... Seorang yang sanggup merelakan rahimnya menjadi rumah untuk diriku selama
sembilan bulan sepuluh hari, dimana aku selalu menendang perutnya yang semakin
membesar itu. Tiada sedikitpun perasaan marahnya tatkala aku melakukan begitu
malah semakin bertambah perasaan kasih dan sayangnya terhadapku. Dialah seorang
yang sanggup mengerahkan seluruh tenaganya untuk mengendongku kemana sahaja
yang dia pergi selama 9 bulan 10 hari tanpa sedikit rungutan yang terbit dari
mulutnya.. Dialah yang rela menggadai nyawanya sewaktu melahirkanku semata-mata
ingin membenarkan aku melihat akan keindahan dunia ciptaan Illahi ini.
Dialah mamaku.. seorang
insan yang sangat aku sayangi.Seorang wanita yang sangat cantik bagi diriku...
Dialah mamaku , yang
tidak pernah bosan tatkala suara tangisan ku bergema memenuhi seganap ruangan
rumahku. Sewaktu ku kecil, dialah mamaku yang mengajarku tersenyum.. namun ku
membalasnya dengan rengekan.Dialah mamaku yang mula-mula mengajarku berbicara
disaat aku tidak tahu ape itu bahasa. Dialah mamaku yang sentiasa bersengkang
mata semata-mata tidak mahu tidurku di ganggu oleh nyamuk. Dialah mamaku yang
mencubit manja pipiku disaat ku tertawa, mengusap pipiku saatku menangis.
Dialah mamaku wanita sederhana yang ku panggil “amma” . Wanita setengah usia
yang paling ku cinta. Dialah MAMAku.
Masihku ingat, dimana
aku mula pandai merangkak, Mamalah insan yang palin gembira. Disaat aku mula
pandai berjalan terkedek-kedek, mamalah yang tanpa jemu memegang tanganku
kemana sahaja aku pergi. Kadang kala MAMA perlahan-lahan melepaskan pegangan
tanganku agar aku bisa berjalan tersendiri namun aku terjatuh kerana aku masih
kecil. MAMAlah yang kembali mendukungku dan menebarkan senyuman manisnya sambil
berkata “ Alalala ciannyer anak mama.” Dialah MAMAku. Aku berasa sangat senang
bila berada disamping MAMA.
Dialah MAMAku seorang
wanita yang sangat tabah dalam mengharungi liku hidupnya. Dialah MAMAku seorang
yang sabar dengan setiap karenah anaknya. Aku akui walaupun MAMA sentiasa
senyum ketika berada dihadapanku tetapi dia begitu risau sekali adakah aku
mampu untuk menempuhi ranjau kehidupan yang semakin mencabar ini? Dialah MAMAku, yang sentiasa mengingati dan
menyayangiku ketika aku sedang bergembira dengan sahabatku. Dialah MAMAku yang
sentiasa mengingatkanku dalam pelbagai hal yang kadangkala aku sendiri
melupakannya. Dialah MAMAku , Seorang wanita yang comel mengukir senyuman
disaat aku memperoleh 5A dalam UPSR. Dialah MAMAku yang menadah tangan tanda
kesyukuran disaat aku dapat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains
Sultan Mahmud. NAMUN ku sedar bahawa itu tidak mampu untuk membalas jasa MAMA
yang telah membawa aku ke dunia ini.
Usiaku mula meningkat,
Kadangkala aku rasakan MAMA terlalu mengongkongku. Terlupa bahawa MAMA
melakukan sedemikian untuk kebaikanku. Jahatnya Aku.. “MAAFKAN AMIRR , MAMA.”
Dialah MAMAku yang sentiasa menjenguk ku ketika berada di asrama. Dialah MAMAku
yang tidak pernah kenal erti penat lelah untuk menyediakan masakan untuk diriku
ini.
Dialah MAMAku, Sentiasa
menjadi tulang belakang dalam memberi semangat kepadaku disaatku mendapat
keputusan yang rendah dalam PMR. “ Tak Ape Amirr, Usaha lagi Insya Allah”
dialah MAMAku.
Kini diriku semakin
dewasa, aku mula mengenal apa itu erti cinta. Ya CINTA, cinta kepada wanita
lain selain MAMAku. Tak pernah sedikit pun perasaan cemburu muncul dalam
hidupnya ketika cinta ku terbahagi kepada dua insan. Dialah MAMAku yang
sentiasa mengingatkan ku akan apa itu cinta.. Dialah MAMAku, yang sentiasa
memahami isi hatiku.. walaupun kadangkala aku sering membuat hatinya terluka..
Maafkan Amirr mama... Dialah MAMAku seorang insan yang takkan pernah aku
lupakan serta abaikan meskipun aku sudah mempunyai cinta lain.
Dialah MAMAku wanita
yang aku cintai seumur hidup.. TERIMA KASIH MAMA kerana membesarkan ku... I
LOVE U
Aku hanyalah manusia
biasa,
Yang mempunyai cita-cita dan impian,
Aku tidak harus berputus asa,
Untuk mencapai cita-cita dan impian.
Selain Nabi Muhammad, aku juga mengagumi,
Seorang wanita yang amat aku sayang,
Dialah mama , emak dan umi,
Iaitu Sarinah Mat Zin yang tersayang.
Walaupun masalah menghampiri,
mama tetap tenang menghadapi,
Baginya, kita kena harungi onak duri,
Untuk mencapai impian yang diimpi.
Kejayaan MAMA itu,
Telah membuktikan bahawa,
Walaupun usia meningkat,
Mama mampu berjaya dengan penuh berwibawa.
Jadi, wahai diriku sayang,
Awak juga pasti boleh,
Mencapai cita-cita yang tersayang,
Untuk buktikan anak MAMA juga boleh
Yang mempunyai cita-cita dan impian,
Aku tidak harus berputus asa,
Untuk mencapai cita-cita dan impian.
Selain Nabi Muhammad, aku juga mengagumi,
Seorang wanita yang amat aku sayang,
Dialah mama , emak dan umi,
Iaitu Sarinah Mat Zin yang tersayang.
Walaupun masalah menghampiri,
mama tetap tenang menghadapi,
Baginya, kita kena harungi onak duri,
Untuk mencapai impian yang diimpi.
Kejayaan MAMA itu,
Telah membuktikan bahawa,
Walaupun usia meningkat,
Mama mampu berjaya dengan penuh berwibawa.
Jadi, wahai diriku sayang,
Awak juga pasti boleh,
Mencapai cita-cita yang tersayang,
Untuk buktikan anak MAMA juga boleh
No comments:
Post a Comment