Pertembungan separuh akhir kedua Piala Malysia malam ini membawa
cabaran serta maruah antara Malaysia dan Singapura. Angkatan Tentera Malaysia
bakal menanti kunjungan LionsXII mala mini di Stadium Majlis Perbandaran
Selayang yang bakal menjanjikan persembahan terbaik kedua-dua pasukan ini.
Kelebihan tampak berpihak kepada skuad Manchester City Malaysia itu apabila
mereka mempunyai kelebihan gol tempat lawan selain bermain di hadapan penyokong
sendiri malam ini.
Bagi Jeneral Panglima Angkatan Tentera Malaysia , Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain optimis bahawa
skuad ATM yang dibimbing oleh B. Sathianathan mampu mengorak langkah ke Final
jika dilihat kepada prestasi mereka ketika ini. Manajala bagi skuad Lions XII
pula, perjuangan mereka masih belum tamat dan tidak mahu menjadikan
kehadiranmereke ke Liga Malaysia hanyalah pelengkap jadual sahaja.
Disebalik perang tektikal yang dilancarkan oleh kedua-dua
pasukan, Ada satu misi dan juga impian tersendiri buat Kapten ATM, Hairuddin
Omar yang berazam mahu melenyapkan perjuangan Lions XII sekaligus membawa ATM
ke pentas final untuk menamatkan penantian 46 tahun.
Andainya ATM mampu untuk mengikat Lions XII dengan keputusan
0-0 malam ini, itu sudah cukup buat anak buah B. Sathianathan layak ke final
dan individu yang paling gembira sekali tentulah penyerang veteran yang juga
kapten ATM , Hai-O. kerana dapat beraksi
dalam Final Piala Malysia buat kali keempat berturut-turut bersama 3 pasukan
berbeza . Ini merupakan satu sejarah tersendiri buat bola sepak Malaysia serta pemain
kelahiran Terengganu ini.
Hairuddin Omar yang pernah membawa Terengganu untuk menjadi
Juara Piala Malaysia pada tahun 2001 sekaligus menamatkan kemarau serta
penantian skuad Penyu itu. Selepas itu, Hairuddin Omar seolah-olah tenggelam
dalam kancah bola sepak Malaysia sebelum kembali muncul sebagai penjaring gol
buat pasukan Negeri Sembilan dalam Final Piala Malaysia 2009 untuk menobatkan
Negeri Sembilan sebagai juara Piala Malaysia mengatasi Kelanatan 3-1.
Nama Hairuddin Omar semakin meningkat selepas beliau
menyertai Kelantan pada tahun 2010. Aksi
final Piala Malaysia 2010 seperti mengulangi final edisi 2009 apabila Negeri
Sembilan sekali lagi bertembung dengan Kelantan dalam pentas Final. Apa yang
bezanya tahun 2009 menyaksikan Hairuddin Omar menyarung jersi kuning hitam,
kini tahun 2010 Hairuddin Omar menyarung jersi Kelantan.
Kehadiran Hairuddin Omar ke Kota Bharu membawa tuah apabila
penantian 89 tahun Kelantan Untuk bawa pulan Piala Malaysia ke Kota Bharu akhirnya berhasil setelah The Red Warrior Berjaya
menumpasakn Negeri Sembilan 2-1 . Dalam
perlawanan tersebut, Anak watan Terengganu ini Berjaya menjaringkan gol
penyamaan buat Red Warrior sebelum Badri Radzi menggamatkan lagi suasana di
Bukit Jalil dengan gol kedua sekaligus menjadi Juara buat kali pertama dalam
sejarah.Apa yang lebih manis buat Hai-O apabila beliau dinobatkan sebagai
pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2010.
Tahun 2011 menyaksikan Hairuddin Omar sekali lagi berhijrah
ke Negeri Sembilan untuk membawa cabaran Hoben Jang Hoben. Kelibat Hairuddin
Omar diatas padang sering kali menjadi perbualan hangat kerana skill dan
kemahiran begitu cekap. Hai-O sekali lagi membawa Hoben Jang Hoben untuk
melangkah ke final 2011. Final 2011 mungkin sesuatu yang tidak mungkin
dilupakan oleh penyerang prolific ini apabila Negeri Sembilan bertemu pasukan
kelahirannya Terengganu. Andainya 2001 menyaksikan Hai-O dan Marzuki Yusoff bergandingan untuk menjulang Terengganu
sebagai Juara Piala Malaysia 2001 namun edisi 2011 menyaksikan Hai-O dan Marzuki
adalh musuh di atas padang.
Pada Usia 33 tahun, Hai-O dilihat antara penyerang yang
paling bernilai apabila Berjaya menjaringkan gol kemenagan buat negeri Sembilan
untuk mengatasi Terengganu 2-1. Sepakan Gunting yang menarik untuk menewaskan
Sharbinee Alawee membuatkan Puluhan ribuan Penyokong Penyu pulang dalam
tangisan. Hairuddin Omar melenyapkan impian dan penantian Terengganu semenjak
2001. Namun, Tahniah dan pujian diberikan oleh semua penyokong Setia Terengganu
yang bangga dengan aksi anak kelahiran Setiu ini.
“Saya memohon maaf kepada seluruh penyokong Terengganu
kerana jaringan tersebut, Tai harus diingat saya bermain untuk Negeri Sembilan
dan tanggungjawab saya ialah menajringkan gol buat Negeri Sembilan.” Itulah luahan
Hai-O sebaik tamat perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 yang berlansung di Stadium
Shah Alam. Hai-O juga turut dinobatkan sebagi pemain terbaik perlawanan akhir
buat kali kedua berturut-turut.
Tahniah Hairuddin Omar.. kerana Berjaya beraksi untuk 3
Final berturut-turut dan juga Berjaya menjaringkan gol pada setiap aksi Final.
Impian menggunung sekali lagi berada di dada Peneyreng berprofil tinggi ini
untuk sekali lagi beraksi di pentas final tetapi kali ini untuk pasukan ATM
pula. Selamat berjuang Hairuddin, Selamat Berjuang anak watan Terengganu. Semoga
impian anada bakal tercapai. Inilah doa penyokong dari bumi Terengganu…
Andainya Hairuddin Omar mempunyai impian… begitu juga dengan
Seluruh penykong Peteh Tranung Peteh yang mahukan Hairuddin Kembali menyarung
jersi Hitam Putih musim depan. :0 semoga impian seluruh penyokong Terengganu
akan menjadi kenyataan. J
No comments:
Post a Comment