Saingan Piala Malaysia musim 2011 menyaksikan Kelantan hanya
mampu melangkah ke Suku Akhir dan Selangor dapat bertahan sehingga Separuh
Akhir sahaja apabila kedua-dua pasukan ini ditunjukkan jalan Keluar oleh SKUAD
TERENGGANU. Namun kali ini kedua-dua pasukan yang digelarkan RED ini bakal
berentap untuk menentukan siapakah yang lebih layak mengisi slot final.
TERENGGANU pula hanya suram menyaksikan saingan kalah mati Piala Malaysia musim
ini apabila gagal menunjukkan kehebatannya dalam saingan peringkat kumpulan
akibat masalah dalaman.
Malam ini satu lagi saingan separuh akhir pertama Piala
Malaysia menyaksikan Skuad Kijang menanti kunjungan The Red Giant. Saingan
malam ini pasti akan menjanjikan pertembungan sengit antara kedua-dua pasukan
dalam memburu misi tersendiri.\
MENCAPAI KEMENANGAN TREBLE
Bagi anak buah Bojan Hodak, Kemenangan dalam saingan Piala
Malaysia edisi ke 86 tahun ini pastinya memberi
kenangan yang paling bermakna setelah berjaya merangkul dua Piala Musim
ini, Juara Liga Super serta Juara Piala FA pada Mei lalu. Namun, liku untuk
merangkul kejuaraan Piala Malaysia pastinya berliku apabila menentang SELANGOR
pada saingan separuh akhir malam ini.
Status pasukan pilihan bukanlah jalan mudah untuk
pemain-pemain Kelantan memandang rendah keupayaan Selangor yang turun untuk
mencapai satu misi yang amat bernilai. Jika dilihat pada laluan anak buah Bojan
Hodak untuk ke separuh akhir amat memeritkan. The Red Warrior nyaris terpaksa
melupakan saingan Piala Malaysia kali ini diperingkat separuh akhir apabila
ketinggallan 2-0 pada aksi suku akhir kedua lalu. Namun, dengan semangat dan
keyakinan tinggi mereka mampu bangkit untuk keputusan seri 2-2 di Stadium
Sultan Mohamad IV sekali gus mara ke separuh akhir dengan aggregate 4-3.
Bojan Hodak juga mengingatkan benteng pertahanannya agar
mengawal ketat dua pemain Selangor, Amri Yahyah dan Basko Balaban yang dianggap
boleh menjadi pemusnah dalam usaha mereka menggenggam Piala berprestij itu buat
kali kedua selepas tahun 2010. “ Mereka berdua ( Basko dan Amri harus dirantai
untuk memastikan tiada gol di Kota Bharu” Kata Bojan Hodak.
Kelebihan mungkin dapat dilihat kepada skuad Kijang untuk
saingan malam ini apabila mereka bakal menggunakan Stadium Sultan Mohamad IV
yang dianggap keramat untuk mereka. Sudah pasti puluhan ribu penyokong TRW
bakal memenuhi setiap genap Stadium tersebut. “ Ini merupakan perlawanan terakhir
skuad Kelantan disini dan pastinya kami penyokong setia TRW ingin melihat
kemenangan bakal tercipta dan sekali gus mengekalkan stadium Sultan Mohamad IV
sebagai stadium keramat dengan rekod tanpa kalah.” Jelas seorang penyokong
setia TRW.
Bagi Kepten Kijang, Badri Radzi atau lebih mesra dipanggil
Piya mengatakan bahawa mereka pasti berhati-hati dalam pertemuan malam ini
kerana Selangor bukanlah calang-calang pasukan. Selangor mempunyai strategi
yang mampu untuk mengecewakan Kelantan. Namun, keyakinan yang tinggi serta
semangat yang bergelora dengan sokongan penyokong setia pasti menjanjikan satu
persembahan yang terbaik untuk kelantan. Kehadiran semula penyerang sensasi
Ghaddar dan Norshahrul Idlan pasti membuatkan gawang selangor tak senang duduk.
Tahun lalu, Kelantan terpaksa melupakan saingan Piala
Malaysia setakat suku akhir sahaja apabila mereka ditundukkan seteru utama yang
juga jiran, Terengganu yang ketika itu dibimbing oleh Haji Irfan Bakti dan
pastinya mereka tidak mahu skrip yang sama berulang pada separuh akhir malam
ini. Seluruh ribuan penyokong TRW pasti tidak mahu Irfan Bakti sekali lagi
menjadi penghalang buat mereka malam ini.
MISI 33 Kian MENJELMA.
Buat The Red Giant, Misi 33 yang terkandas dalam saingan
Piala Malaysia musim lalu kembali menjadi kenyataan apabila mereka berjaya
melangkah ke separuh akhir dan semestinya Haji irfan bakti mahu menggunakan
segala strategi yang ada untuk sekali lagi mengecewakan impian The Red Warrior
dalam saingan Piala Malaysia edisi ke-86 tahun ini.
“ Anggap main macam final.” Itulah ungkapan ringkas pengurus
Selangor , Datuk Hamidin kepada anak buah Haji Irfan Bakti menjelang pertemuan
menentang Kelantan di Kota Bharu malam ini. Melihat keupayaan Kelantan selaku
pasukan terbaik musim ini, mereka mahu semua pemain berjuang bermati-matian
untuk membawa bekalan selesa pada saingan separuh akhir kedua nanti.
Selangor yang mahu menjulang piala Berprestij ini buat kali
ke33 mempertaruhkan beberapa pemain handalan seperti Amri Yahyah, Basko Balaban
, Shafiq Rahim pastinya menjanjikan tiada luluan mudah untuk TRW melangkah ke
pentas akhir. Selangor yang dikecewakan
Terengganu yang ketika dibawah kendalian Haji Irfan Bakti dalam saingan separuh akhir musim lalu
pastinya mahu menggunakan segala strategi serta taktik daripada jurulatih
berpengalaman itu untuk menyekat laluan Kelantan malam ini.
“ Cari gol awal dan itu pastinya membuat lawan tertekam.” Itulah
yang diharapkan oleh Irfan Bakti dalam Saingan Malam ini.
Pertembungan dua pasukan yang mendapat Gelaran RED ini pasti
menjadi satu tumpuan dalam saingan separuh akhir malam ini. Selamat berjuang
kepada semua pemain buat kedua-dua pasukan.. Andainya musim lalu Terengganu
merupakan musuh yang menyingkirkan kedua-dua pasukan ini (SELANGOR DAN
KELANTAN) Namun musim ini wira-wira PENYU hanya sugul menyaksikan pasukan yang
bertanding pada peringkat kalah mati. Akibat masalah dalaman, Terengganu
terpaksa melupakan Piala Malaysia edisi 86 lebih awal. L
Apa yang penulis harapan agar segala kemelut dalaman Skuad
Penyu dapat diatasi segera dan kegemilangan PENYU akan kembali pada musim
hadapan.. ABC.. J
No comments:
Post a Comment