Thursday, April 30, 2009

ANTARA KACA DAN PERMATA

Salam sejahtera…

Buat pembaca sekalian. Jika diberi pilihan untuk memilih permata atau kaca sudah tentu anda semua akan memilih permata namun permata dan kaca amat sukar untuk dibezakan. Jika sekali pandang tentu kita semua tidak dapat menilai yang mana satu permata dan yang mana kaca. Oleh itu, semestinya kita semua akan memilih dengan berhati-hati supaya tidak bertukar antara kaca dan permata.

Begitu jugalah dengan kita semua dalam memilih kawan. Memilih kawan untuk ketawa amat mudah tetapi untuk memilih kawan yang sanggup sama-sama berduka jarang sekali untuk bertemu. Kita sepatutnya memilih kawan yang betul supaya dapat membawa kita ke jalan yang benar. Jika kita lihat, kawan-kawan kita sekarang lebih suka membawa kita kearah kelalaian dunia tanpa ada keinsafan pada diri masing-masing.

Oleh itu, kita semua seharusnya berhati-hati supaya kita dapat memilih kawan sebetulnya supaya diri kita tidak leka terhadap kehidupan yang dunia yang penuh cabaran ini.

Sekian.

Sunday, April 19, 2009

KEM BINA NEGARA ASAS GEMPAK SIOT!!!

Salam Sejahtera...


Baru-baru ni aku n 44 lagi budak SESMA pergi ke Kelantan kat Pasir Mas. Kem ni diadakan oleh Biro Tatanegara(BTN). Kem ni melibatkan SESMA N SESTER seramai 95 orang semuanya. Kem ni bermula pada 15 hingga 18 April 2009. Macam-macam aktiviti ada. Antaranya ialah Ceramah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Kembara n aktiviti kerohanian.

Motif kem ini diadakan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya orang melayu merupakan pemilik bagi Malaysia. Oleh itu, marilah kita sama-sama berjuang bagi mempertahankan maruah Agama , Bangsa, dan Negara Malaysia.

Hidup Melayu!! Hidup Melayu !! Hidup Melayu

sekian