Thursday, January 3, 2013

a little bit about 2012 :)


Hari ini merupakan hari pertama dalam calendar tahun 2013. Ini bermakna diari 2012 telah ditutup dan semestinya pelbagai kenangan indah tahun lalu disimpan untuk dijadikan memori terindah dan kenangan atau mimpi hitam yang berlaku dibuang bersama angin bayu yang menghembus pergi.

Apa yang aku lihat di laman social especially “muka buku” ramai yang menulis apa azam dan keinginan tahun baru diorang. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri membaca status yang diupdate..hehe ada yang cakap nak study betul2 la, nak kawin la, macam2 lagi.. Itulah fenomena yang hangat akan berlaku apabila hujung tahun dan tahun baru bertemu. Macam2 azam dapat kita lihat.. Hehehe aku harap apa yang diorang semua azam kan kat Facebook, Twitter, BBM, Whatapps tu menjadi kenyataan. Gudlark.

Amboi.. panjangnye intro aku malam ni..hehe padahal nak tulis about last year memory jer.. haha intro merapu je.. haha.. Tonight I wanna to show u all a little bit about my memory last year, Just for fun,, if u all think this entry not interested. You all can click (X) button at the right side above. J

For me, 2012 is like another year. Nothing much to me let somebody see it. Hehe. So, if u want to know more about my memory.. You all can see the picture below.. The picture will story you about my memory. I know when I write this entry too long, it will be boring right… so.. Enjoy with my pic J


























this is my 20th bufday :)







Sunday, December 30, 2012

Tulisan kosong :)

sedar tak sedar.. kurang beberapa jam lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirainya dan dalam masa yang sama  lakaran kehidupan 2013 bakal mewarnai kita semua.. Kalau tak silap aku lah.. lebih kurang 9 jam je lagi.. angka 2012 akan bertukar kepada 2013.. Sekejap je kan..hehe

nothing i wanna to write about this entry.. hajatnya nak ungkap kembali sorotan 2012 tapi aku rasa malam ni kot aku akan update entry pasal tu.. hehe so lau tak tahu la.. nanti lepas aku update boleh lah..hehe

Tahun 2012 telah berlalu selama 366 hari.. sekejap je masa ni.. bak kata pepatah.. umpama air menulusuri sungai, haha ade ke pepatah ni? haha aku rasa baru je sebulan aku update tentang kenangan 2011.. ni nak masuk entry yang sama lagi..

umm.. aku rase ni je kot dlu aku nak conteng kat blog aku ni.. nanti malam aku update lagi.. sbb otak aku kosong..huhu panas duk kat umah nie.. berpeluh dh even kipas dah nombor 5.. hehe

oklah.. papai..

Saturday, December 22, 2012

Lakaran Kehidupanku (part 5)



Assalamualaikum semua J

Hari ni aku akan coretkan kembali mengeni lakaran kehidupan ku dahlu..huhu Mungkin korang semua  dah baca sal entry terakhir aku mengenai lakaran kehidupanku part 4 yang bertarikh 26 May 2011 kan.. Hari ni aku akan sambung kembali..hehe

Setelah emndapat keputusan cemerlang dalam UPSR , aku mendapat banyak ucapan tahniah daripada sedara-sedara aku, member2 aku, guru2 dan ramai lagi lah.. Thanks aku ucapkan. Aku mendapat hadia daripada pihak sekolah dan pihak Felda Chalok Barat. Hadiahnya basikal hehe sekarang aku dah tak tahu kat mana basikal tu ade..hehe

Ni lah dia.. lambang Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud...




Pada satu petang, ketika aku sedang berhat dikedai atok aku ( sekarang mak Sedara aku dah ambik alih ) , Mama pulang dengan senyuman sambil membawa surat ditangannya… Mama poun cakap, “ Amirr dapat Sekolah Sains..” aku masa tu tak tahu sangat kan pasal sekolah sains ni.. aku pun cakap “ OOO Sekolah Sains .. kat mana?” macam tak de pape perasaan pon..hehe






“ Amirr dapat Sekolah Sains Sultan Mahmud, kat Airport Tranung “ mama cakap kat aku.. aku pun senyum je..hehe akhirnya aku pun bersetuju untuk meneruskan pelajaran aku di sana..
5 Januari 2005 , Aku telah bergelar sebagai salah seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud atau lebih dikenali sebagai SESMA. Aku pun dapat tahu yang dua pupu aku, Najwa Izzati A.K.A kak Long pun sekali nga aku. Mase tu takdelah aku kenal sangat..hehe





Padang tempat aku bermain.. :)




Masa daftar tu, Aku bukan main happy je..hehe Tapi bile mama n ayah cakap nak balik dah.. aku sedar2 mata aku dah bergenang air mata..hehe malunye.. yelah selama ini tak pernah pon aku berpisah nga mama.. P aku kuatkan jugak semangat untuk membalas kembali jasa mama n ayah aku..hehe

Minggu orientasi kat SESMA ni memang mengajar aku erti tinggal di asrama. Hehe Aku ingt lagi mase tu kena juga 7 butir beras.. tak boleh patah, tak boleh pecah.. setiap individu kena jaga.. Perrggghh.. betul2 dugaan ini.. dan juga setiap kumpulan kena jaga sebiji telur..haha lagi lah terok.. kalau pecah telur tu or hilang beras.. kene denda..haha nasib baik lah beras akutak hilang..yang pecah hanya lah telur.. satu kumpulan kena..haha
Dewan makan.. di mana aku makan hampir 5 tahun disini..:)

Aku jugak masih ingat pada hari Jumaat masa orientasi tu, Aku and the others batch 32 dah tertidur..hahaha.. so, lepas je Jumaat tu.. aku disuruh buat helicopter oleh Fasilitator sebab tidur time khutbah Jumaat.. Wahh.. betul2 Pening aku..ahaha sampai terjatuh..haha  Bagi aku.. betul apa yang dilakukan oleh fasi tu.. untuk mengajar aku n the geng ape yang betul n ape ayng salah..

Minggu orientasi dah pon tamat.. Aku dipilih sebagai pelajar terbaik minggu orientasi.. HAHAHA bangga gak seposen.hehe pastu Kak Long dipilih sebagai pelajar terbaik perempuan..

Masa form 1, Aku berada dikelas no 2.. Kelas 1 Aminuddin Baki..banyak pengalaman manis dapat aku ingat sampai hari ini. Hehe dan bermula hari itulah juga.. nama aku dah bertukar daripada Amirr kepda Itik n Queck..haha aku pon tak tahulah kenapa aku dipanggil begitu..hehe  Ade yang cakap sebab aku minum pakai straw pastu mulut aku muncung mcm itik n ade jugak yang gtaw sebab aku rapat nga senior, Sapik Itik..haha kat mane ek dye sekarang?haha



Pertandingan Wind Ochestra..:)

Mase form 1 ni jugaklah aku telah Berjaya terpilih untuk mengikuti pertandingan Wind Ochestra Peringkat Kebangsaan SBP.. kat  Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Salah satu acara terbesar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Puas hati dan teruja bila dapat ikutinya.hehe. Even SEMA tak dapat masuk final.. tapi pihak kami tetap berpuas hati..heheheh

Urmm.. Ape lagi mase form..huhu aku rase dah takde kot..huhu nantilah aku coretkan cerita di lain entry lak..:)
Papai semua.. take care.. J

Journey To Sengkang Estate

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan aku semua.. :)
Lame dh aku x update entry aku kat blog ni..hehe al maklumlah.. sibuk sekarang dengan kerja-kerja di Sengkang Estate.

Sengkang Estate? Kat mane tu? mesty korang semua tertanya-tanya kan kat mana terletaknya  Sengakang Estate, Hehe Actually.. Ladang Sengkang ni sebenarnya salah sebuah ladang milik syarikat perladangan terbesar negara, SIME DARBY PLANTATION. Kalau anda semua nak tahu, kedudukan estate ni di Bandar Peranginan Negara, Port Dickson Negeri Sembilan Darul Khusus.  hehe.. Kat pantai pun ade ladang sawit jugak ke? Itulah sebenarnya persoalan yang bermain difikiran aku apabila mendapat khabar bahawa tempat Latihan Industri aku ialah Ladang Sengkang Port Dickson.. hehe

Perjalanan aku dari Pulau Carey Selangor ke Port Dickson bermula pada 30 October 2012. Ini bermakna dah hampir dua bulan aku tak sempat nak update blog ni..hehe  Aku bertolak dari Academy Sime Darby Plantation yang mempunyai seribu kenangan bersama 13 lagi rakan Diploma In Agriculture pada jam 2.30 Petang 30 Oktober 2012. Memang banyak dugaannye.huhu Dalam keadaan hujan lebat aku dan Firdaus menulusuri jalan raya dengan menaiki dua buah motosikal. basah jerok aku dibuatnya..hehe ( Basah Jerok ni bahasa tranung yang bermaksud basah melncun ) Dah lah basah pastu tibe-tibe lak motor aku wak hal.. selalu mati bile jalan jauh. lau tak silap aku lah.. dalam 15 kali gak motor aku mati..hehe


akhirnya aku tiba di ladang Sengkang pada jam 7.45 malam dan disambut oleh Admin and Account Officer ( AAO). First time aku pijak kaki di bumi Sengkang ni aku rasa satu hidup baru akan bermula dimana aku akan menmpuhi segala dugaan dan cabaran as a assistant manager selama 6 bulan attachment aku disini. Rumah penginapan aku kat sini takde lah besar sangat. Oklah  untuk duduk dua orang an..hehe

Bagi aku Sengkang ni salah sebuah tempat yang dikira ok lah jugak.. sebab nya.. kawasan di tenang and tak delah tension sangat dengan kesibukan bandar. satu lagi ladang ni jugak dekat dengan pantai, so sekali sekala boleh lah nak main air kat pantai yang popular di Malaysia ni,
A New Life Begun As A Assitant Manager 

Untuk pengetahuan korang, Pekan berhampiran dengan Ladang Sengkang ini ialah Pekan Pasir Panjang. Pekan ini macam pekan koboi lah takdelah besar sangat tapi ada Bank, Kedai Makan, Stesen Minyak, Pasar Segar, Klinik Kesihatan, Sekolah Menengah dan rendah, Balai Polis Masjid dan banyak jugak lah. Jaraknya lebih kurang 3 km dari Ladang Sengkang ini. lau rasa nak pegy bandar besar sikit boleh pegy Bandar Port Dickson lebih kurang 24Km dari Ladang ni. Kat bandar PD macam2 ade..hehe





PINTU masuk utama ke Ladang Sengkang



Korang mesti penah dengar kan Tanjung Biru dan Teluk Kemang.? Pantai Tanjung Biru jaraknya lebih kurang 7 km dari ladang Sengkang ni manakala 12km jaraknya untuk ke Teluk Kemang. Kat Teluk Kemang ni best jugak sebab selalu ada function macam2.. n jugak tmpat umpuan pelancong..hehe

Ape lagi ek aku nak citer..huhu.. aku rase stakat ni je kot dulu..hehe ok lah.. see u all in the next entry.. take care,, :)



Wednesday, October 24, 2012

Korban.. Ape pengertian korban buat kita.. manusia?

Aidiladha?
masihkah kita ingatkan sambutan aidiladha tahun lalu?

kali ini penulis berkesempatan untuk menjenguk diruangan ini seterusnya menulis berkaitan dengan Aidiladha.. Mungkin perayaan Aidiladha ataupun hari Raya Korban ini lebih meriah di pantai timur semenanjung dan kemeriahannya agak kurang di tempat lain.

Mana tidaknya.. Setiap kali Hari Raya Korban ini disambut mesty banyak lembu dan kambing ditumbang. Memang meriah.. Lepas je solat sunat Aidiladha.. Orang ramai berkumpul untuk menyembelih lembu, kambing ataupun unta. kadangkala macam pesta lak kat kampung aku ni.. Tahun lepas seekor lembu untuk keluarga belah mama aku.. tahun ni pulak.. seekor lagi..hehe

Apakah pengertian Korban bagi kita?
adakah semata-mata menyembelih haiwan2 seperti lembu, kambing dan unta?

Aku sendiri sedar.. yang aku pon lebih banyak mengorban masa tidur aku daripada berkorban untuk agama... kadangkala aku sedar.. pengorbanan aku untuk agama adalah sedikit sahaja.. dan aku berdoa pada yang Esa.. semoga aku dapat memberikan yang terbaik untuk agamaku.. Agama Islam.. amin..

bawah ini.. aku ade amek petikan daripada ummatanwasatan.net.. dimana merungkai erti penghayatan korban yang sebenar... sama-sama kita hayati..




Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha). Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.
Kita amat gembira melihat banyaknya kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak demi mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah s.w.t dan usah sekali-kali ia dilakukan untuk lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih daripada itu, berkorban itu biarlah benar-benar selaras dengan tuntutan Rasulullah s.a.w.
Dalam satu riwayat daripada Aisyah, disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:”Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya, dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dahulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi).
Al-Allamah Al-Manawi berkata, maksud hadis tersebut adalah bahawa ibadah yang paling utama pada hari itu adalah mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban), dan bahawa pada hari Kiamat kelak korban itu akan datang sebagaimana adanya ia di dunia, tidak berkurang sedikit pun. Dan orang yang melakukan korban itu akan diberi pahala dari setiap anggota tubuh haiwan korbannya itu.
Baginda Rasulullah s.a.w sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Hakikatnya kita sebagai manusia sering bergelumang dalam dosa dan memiliki jarak dengan Allah.
Manusia berkewajipan mendekatkan diri kepada-Nya. Maka, salah satu caranya adalah dengan berkorban. Oleh yang demikian itu, maka sewajarnya kita menginsafi kembali akan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: ”Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami.” (Riwayat Ibnu Majah)
Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” tanya sahabat. 
‘‘Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim,” jawab Rasulullah. 
“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat itu lagi. 
‘‘Setiap helai bulu haiwan korban itu merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah. 
Seandainya ada sesuatu yang lebih utama daripada penyembelihan haiwan korban yang menjadi penebusan manusia di atas segala nikmat, tentunya Allah tidak akan menyebutkan penyembelihan haiwan korban itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: ”Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar, sebagai tebusan ke atas Ismail a.s.” (As-Shaffat: 107)
Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim a.s yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan.
Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya, Ismail, selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah s.w.t menguji kekukuhan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup, iaitu pengorbanan jiwa dan raga.
Menurut Imam Syafie, hukum korban adalah sunat muakkad yang amat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia adalah amalan yang amat dikasihi Allah pada hari nahr(Hari Raya). Namun begitu, terdapat sebahagian ulama yang menyatakan ia adalah wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman Allah yang bermaksud: ”Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu) dan berkorbanlah.” (Al-Kauthar: 2)
Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Nabi Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat demi mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepada-Nya. Manakala anak yang kedua juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh hal yang demikian itu, korban anak yang pertama diterima di sisi Allah s.w.t, manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) daripada yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Habil) menjawab: “Hanyalah Allah menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa.” (Al-Maidah: 27)
Amalan ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang-orang yang sabar.” (Al-Shaffat: 102)
Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s menyembelih Ismail kemudian membatalkannya dan menebusnya dengan seekor kibasy? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa sahaja bahawa tiada sesuatu yang mahal atau amat bernilai untuk dikorbankan apabila telah tiba panggilan atau seruan Ilahi. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah s.a.w kepada manusia.
Amalan berkorban dalah sebahagian usaha mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah s.w.t dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Manakala amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Ibadah korban adalah memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah s.w.t setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan-syaitan – menjauhkan diri daripada Allah serta mengingkari larangan-Nya. Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi, yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi haiwan sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.
Berpandukan daripada kisah Habil dan Qabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan bahawa keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik (sihat) dan berkualiti, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun hal-hal berkaitan ‘darah’ atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi makna sama sekali untuk Allah kerana Dia adalah Allah Yang Maha Agung, yang tidak memerlukan daripada apa-apa pun.
Dengan korban tersebut diharapkan agar ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat dan bahawa kita adalah hamba-Nya yang sentiasa memerlukan bimbingan dan petunjuk-Nya. Oleh hal yang demikian itu, kunci kepada semua amalan baik sama ada amalan sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa. Dalam hal ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: ”Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Al-Hajj: 37)
Apabila melakukan korban haiwan ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban / haji, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan apabila disertai oleh ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sikap itulah yang akan membezakan daripada pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.

Sunday, October 21, 2012

Piala Malaysia ke Kota Bharu Buat kali kedua



Bola sepak Malaysia sudah sampai ke kemuncaknya semalam dengan menyaksikan piala berprestij di tanah air kita singgah di Kota Bharu buat kali kedua. Pada aksi final Piala Malaysia 2012 semalam, Sang Kijang membenam cabaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  dengan kesudahan 3-2.
Rai.. Wira-wira the REd Warrior menjulang Piala Malaysia buat kali kedua.

Misi Kelantan untuk mencipta kejuaraan treble musim ini akhirnya tercapai walaupun ketiadaan dua tonggak utama, Mohamad Ghaddar dan Nor Farhan yang digantung perlawanan akibat menerima 2 kad kuning dalam saingan separuh akhir lalu. Walaubagaimanapun, Skuad The Red Warriors terpaksa menanti hingga ke minit 44 untuk membolosi gawang ATM apabila pergerakan menarik antara Badri Radzi dan Norshahrul berjaya melepasi benteng pertahanan lawan sebelum sepakan Mat Yo mudah dilepaskan Farizal untuk Kelantan mendahului perlawanan.

Sebaik sahaja babak kedua bersambung, ATM lebih kerap menggandakan serangan dan akhirnya kekebalan benteng Kelantan berjaya dibolosi oleh Rezal Zambery Yahya pada minit ke-48 untuk menjadikan kedudukan 1-1.  Namun Skuad bimbingan Bojan Hodak tidak perlu menunggu lama apabila kelicikan penyerang kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha sekali lagi menghukum pertahanan  the gladiators apabila rembatan kaki kirinya berjaya membuatkan Kelantan Mendahului 2-1 pada minit ke-50.
Julang... Piya selaku kapten Kelantan menjulang Piala ..

Perlawanan bertambah rancak apabila Skuad ATM memasukkan senjata rahsianya, Sarjan Denny Elphi untuk melancarkan serangan ke kubu Kelantan. Ternyata kemasukkan pemain sayap ATM itu berjaya mengucar-kacirkan pihak lawan. Akhirnya Marlon Alex James berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61. Hantaran cantik daripada sepak percuma yang diambil oleh Rezal terus ke kepala Marlon untuk menerjah jaring menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Skrip yang sama hampir berulang buat ATM apabila perlawanan 90 minit masa sebenar tamat dengan 2-2 dan berlanjutan hingga ke masa tambahan. Tanpa diduga kelibat pemain otai negara, Indera Putra Mahyuddin berjaya melepasi pertahanan ATM dan melakukan rembatan menewaskan Farizal buat kali ketiga. Gol Indera Putra Mahyuddin pada minit 96 itu kekal hingga ke tamat perlawanan dan menyaksikan Piala Malaysia 2012 sekali lagi singgah di Kota Bharu buat kali kedua dalam tempoh 3 tahun.



Kemenangan ini paling bermakna buat penjaring gol kemenangan skuad The Red Warriors, Indera Putra mahyuddin yang menghadiahkan kemenangan tersebut kepada isterinya semperna ulangtahun kelahirannya pada 20 Oktober.

Disebalik kejayaan The Red Warriors itu, pujian seharusnya diberikan kepada Nor Shahrul Idlan yang berjaya menjaringkan dua gol penting buat Kelantan pada malam tadi. Kelicikan Nor Shahrul Idlan berjaya menjulang Kelantan untuk menjadi juara buat kali kedua. Kejayaan Kelantan mencipta Treble kali ini merupakan usaha kuat semua pamain selain sokongan padu serta doa daripada seluruh peminat The Red Warrior itu. " Saya pun suprise untuk game malam ni. Final ini saya kembali mendapat sentuhan dan meningkatkan semangat saya untuk Piala AFC nanti." Kata Mat Yo yang juga dipilih selaku pemain terbaik perlawanan akhir Piala malaysia 2012.

Impian anak buah B. Sathianathan terpaksa akur dengan kehebatan skuad yang dipimpin oleh Badri Radzi walaupun agak perit. Mungkin final tahun ini bukan rezeki buat penyerang Veteran, Hairuddin Omar untuk menjulang Piala Tersebut buat kali keempat berturut-turut. ATM yang turun dengan misi untuk mencapai kejuaraan pertama sejak  Piala Malaysia diperkenalkan serta mahu menjadi pasukan kelab yang kedua menjulang piala berprestij ini terpaksa akur dengan skuad Pantai Timur itu. 

“Jelas sekali pengalaman bermain di final yang menjadi faktor kepada kejayaan Kelantan untuk mencipta treble pada musim ini.” Jelas B.Sathinathan yang pernah membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 2010.

Impian penyokong TRW yang ingin melihat pasukannya mencipta
Treble akhirnya tercapai..:)


“ Keyakinan tinggi yang ditunjukkan pemain serta karakter mahu menjadi juara membuatkan Kelantan mampu mencipta Treble musim ini.” Kata pengendali Kelantan Bojan Hodak yang amat gembira sekali di atas kejayaan mencipta Treble musim ini walaupun mengharungi jadual yang padat.

Buat Kapten ATM, Hairuddin Omar menyatakan tahun ini bukan rezeki buatnya untuk membantu ATM menjulang Piala Malaysia pada musim ini. Hai-O bagaimanapun tetap berpuas hati dengan persembahan rakan sepasukannya itu. “ Memang saya kecewa namun ATM telah berjuang bermati-matian hingga tamat perlawanan Cuma kemenangan tidak berpihak kepada kami.” Jelas anak kelahiran Setiu itu yang bermain untuk final Piala Malaysia buat kali keempat berturut-turut.



Tahniah diucapkan buat negeri Jiranku, The Red Warriors atas kejayaan Treble musim ini. J

Wednesday, October 10, 2012

Misi Tersendiri Hai-O


Pertembungan separuh akhir kedua Piala Malysia malam ini membawa cabaran serta maruah antara Malaysia dan Singapura. Angkatan Tentera Malaysia bakal menanti kunjungan LionsXII mala mini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang bakal menjanjikan persembahan terbaik kedua-dua pasukan ini. Kelebihan tampak berpihak kepada skuad Manchester City Malaysia itu apabila mereka mempunyai kelebihan gol tempat lawan selain bermain di hadapan penyokong sendiri malam ini.




Bagi Jeneral Panglima Angkatan Tentera Malaysia , Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain optimis bahawa skuad ATM yang dibimbing oleh B. Sathianathan mampu mengorak langkah ke Final jika dilihat kepada prestasi mereka ketika ini. Manajala bagi skuad Lions XII pula, perjuangan mereka masih belum tamat dan tidak mahu menjadikan kehadiranmereke ke Liga Malaysia hanyalah pelengkap jadual sahaja.

Disebalik perang tektikal yang dilancarkan oleh kedua-dua pasukan, Ada satu misi dan juga impian tersendiri buat Kapten ATM, Hairuddin Omar yang berazam mahu melenyapkan perjuangan Lions XII sekaligus membawa ATM ke pentas final untuk menamatkan penantian 46 tahun.



Andainya ATM mampu untuk mengikat Lions XII dengan keputusan 0-0 malam ini, itu sudah cukup buat anak buah B. Sathianathan layak ke final dan individu yang paling gembira sekali tentulah penyerang veteran yang juga kapten ATM , Hai-O. kerana  dapat beraksi dalam Final Piala Malysia buat kali keempat berturut-turut bersama 3 pasukan berbeza . Ini merupakan satu sejarah tersendiri buat bola sepak Malaysia serta pemain kelahiran Terengganu ini.

Hairuddin Omar yang pernah membawa Terengganu untuk menjadi Juara Piala Malaysia pada tahun 2001 sekaligus menamatkan kemarau serta penantian skuad Penyu itu. Selepas itu, Hairuddin Omar seolah-olah tenggelam dalam kancah bola sepak Malaysia sebelum kembali muncul sebagai penjaring gol buat pasukan Negeri Sembilan dalam Final Piala Malaysia 2009 untuk menobatkan Negeri Sembilan sebagai juara Piala Malaysia mengatasi Kelanatan 3-1.

Nama Hairuddin Omar semakin meningkat selepas beliau menyertai Kelantan pada tahun 2010.  Aksi final Piala Malaysia 2010 seperti mengulangi final edisi 2009 apabila Negeri Sembilan sekali lagi bertembung dengan Kelantan dalam pentas Final. Apa yang bezanya tahun 2009 menyaksikan Hairuddin Omar menyarung jersi kuning hitam, kini tahun 2010 Hairuddin Omar menyarung jersi Kelantan. 



Kehadiran Hairuddin Omar ke Kota Bharu membawa tuah apabila penantian 89 tahun Kelantan Untuk bawa pulan Piala Malaysia ke Kota Bharu  akhirnya berhasil setelah The Red Warrior Berjaya menumpasakn Negeri Sembilan 2-1 .  Dalam perlawanan tersebut, Anak watan Terengganu ini Berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Red Warrior sebelum Badri Radzi menggamatkan lagi suasana di Bukit Jalil dengan gol kedua sekaligus menjadi Juara buat kali pertama dalam sejarah.Apa yang lebih manis buat Hai-O apabila beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2010.

Tahun 2011 menyaksikan Hairuddin Omar sekali lagi berhijrah ke Negeri Sembilan untuk membawa cabaran Hoben Jang Hoben. Kelibat Hairuddin Omar diatas padang sering kali menjadi perbualan hangat kerana skill dan kemahiran begitu cekap. Hai-O sekali lagi membawa Hoben Jang Hoben untuk melangkah ke final 2011. Final 2011 mungkin sesuatu yang tidak mungkin dilupakan oleh penyerang prolific ini apabila Negeri Sembilan bertemu pasukan kelahirannya Terengganu. Andainya 2001 menyaksikan Hai-O dan Marzuki  Yusoff bergandingan untuk menjulang Terengganu sebagai Juara Piala Malaysia 2001 namun edisi 2011 menyaksikan Hai-O dan Marzuki adalh musuh di atas padang.


Pada Usia 33 tahun, Hai-O dilihat antara penyerang yang paling bernilai apabila Berjaya menjaringkan gol kemenagan buat negeri Sembilan untuk mengatasi Terengganu 2-1. Sepakan Gunting yang menarik untuk menewaskan Sharbinee Alawee membuatkan Puluhan ribuan Penyokong Penyu pulang dalam tangisan. Hairuddin Omar melenyapkan impian dan penantian Terengganu semenjak 2001. Namun, Tahniah dan pujian diberikan oleh semua penyokong Setia Terengganu yang bangga dengan aksi anak kelahiran Setiu ini.

“Saya memohon maaf kepada seluruh penyokong Terengganu kerana jaringan tersebut, Tai harus diingat saya bermain untuk Negeri Sembilan dan tanggungjawab saya ialah menajringkan gol buat Negeri Sembilan.” Itulah luahan Hai-O sebaik tamat perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 yang berlansung di Stadium Shah Alam. Hai-O juga turut dinobatkan sebagi pemain terbaik perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut.
Tahniah Hairuddin Omar.. kerana Berjaya beraksi untuk 3 Final berturut-turut dan juga Berjaya menjaringkan gol pada setiap aksi Final. Impian menggunung sekali lagi berada di dada Peneyreng berprofil tinggi ini untuk sekali lagi beraksi di pentas final tetapi kali ini untuk pasukan ATM pula. Selamat berjuang Hairuddin, Selamat Berjuang anak watan Terengganu. Semoga impian anada bakal tercapai. Inilah doa penyokong dari bumi Terengganu…

Andainya Hairuddin Omar mempunyai impian… begitu juga dengan Seluruh penykong Peteh Tranung Peteh yang mahukan Hairuddin Kembali menyarung jersi Hitam Putih musim depan. :0 semoga impian seluruh penyokong Terengganu akan menjadi kenyataan. J