Sunday, May 31, 2009

OTAI ROCK MASIH BERBISA!!!

Salam sejahtera…

Wah.. memang gempak giler semasa otai rock kita, Amy and The Geng buat konsert kat Terengganu baru-baru nie. Walaupun saya tidak dapat untuk menyertai sama semasa konsert itu tetapi kemeriahannya dapat dirasa. Malam tu, saya menghadiri satu forum perdana kat kampung. Khabar berita kegempakan konsert tu saya terima daripada penyokong setia Search iatu abang saya sendiri, Amshyar

Dengar kata, konserty Search di Awan Biru yang diadakan kat Stadium sultan Ismail Nasiruddin Shah itu dihadiri oleh lebih 10 ribu peminat dari pantai timur. Peminat dihiburkan dengan beberapa lagu kumpulan Search yang popular. Penuh sesak stadium malam itu.

Walapun pihak penganjur rasa bimbang kerana Abang amy kite tidak sampai lagi kat negeri penyu ini pada pukul 6 petang kerana “ Flight Delay” tapi alhamdullilah Abang Amy dapat juga untuk menghiburkan peminatnya di Pantai timur. Saya harap agar Abg Amy yang akan menimang seorang putera tidak lama lagi akan terus berjaya dalam dunia seni sebagai seorang Rockers. Bagi kumpulan Search pula, saya harap agar terus berada dihati peminat di seluruh Malaysia.

Kat bawah ini ada sedikit gambar semasa konsert itu.

Konsert Search Di Awan Biru. Jurugambar Ahamd Amshyar Aminudin

Friday, May 29, 2009

TAHNIAH BARCA, TAKZIAH UNITED

Salam Sejahtera...

sudah lama rasanya tidak meluangkan masa untuk blog ini. tapi kali ini saya dalam kesedihan ketika menulis untuk blog ini. sedih bukannya kerana kecewa cinta ataupun masalah lain tetapi kerana pasukan idola saya gagal mempertahankan Piala Juara Liga-liga eropah buat kali kedua berturut. Sudah pasti peminat Arsenal, Chelsea dan Liverpool gembira dengan kekalahan itu.



Sekalung tahniah buat pasukan Barcalona kerana berjaya membolosi gawang yang dikawal oleh Van Der Sar. Sudah terserlah kehebatan Barca di Rom malam itu. Pergerakan CR7 telah dikekang sehingga gagal melakukan sebarang pergerakan yang menarik. Anak buah Fergie hilang semangat setelah Messi dan Eto"o menggegarkan gawang united. Permainan Barca pada malam itu telah menyaksikan bahawa Juara Liga Sepanyol itu lebih layak untuk membawa pulang Piala berprestij itu.

Namun, bagi united.. mereka tetap yang terbaik.. Walaupun gagal mempertahankannya tetapi United telah berjaya meraih tiga piala tahun ini. Kehebatan United tetap digeruni oleh semua pasukan di dunia ini. Kekalahan pada Barca tempoh hari adalh pengajaran buat United.

Saturday, May 9, 2009

Mother, Queen in My Heart..

salam sejahtera
Semperna hari ibu pada hari ini, saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua golongan wanita yang telah bergelar ibu. hari ibu ini disambut bagi menghargai segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu untuk mendidik seorang anak supaya berguna pada masa hadapan.

rakan pembaca,
Seorang ibu sanggup berjaga malam sekiranya seorang anaknya demam atau kurang sihat. Ibu telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Begitu peritnya penderitaan yang dialami oleh seorang ibu ketika ingin melahirkan kita. mereka bertarung nyawa semata-mata ingin melihat kita dapat hidup didunia ini. Oleh itu, Kita semua sepatutnya menghargai jasa ibu sesungguhnya syurga terletak dibawah telapak kaki ibu.

mama, selamat hari ibu.

sekian......

Saturday, May 2, 2009

UNITED HAMPIRI GELARAN JUARA DUNIA

Salam sejahtera…



Ini adalah kegembiraan buat saya… kerana pasukan idola saya iaitu Manchester United telah hampir untuk mencipta sejarah jikalau MU akan memenangi Liga Perdana Enggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.




Semalam United mengukuhkan kedudukan dipuncak liga setelah membenamkan Middlebrough 2-0. Walaupun United turun dengan barisan pemain muda namun United masih lagi kebal untuk dibolosi. Sebelum ini, United menumpaskan Arsenal dalam separuh akhir Pertama dalam Liga Juara-juara eropah minggu lalu.

Pasti pengendali United, Sir Alex Ferguson sudah yakin dengan pasukan bimbingannya itu. United mahu mencipta sejarah pada tahun ini jikalau pemainnya dapat memenangi semua kejohanan tahun ini.

Pastinya pasuikan lain seperti, Liverpool dan Chelsea sudah tergugat dengan kehebatan Red Devils itu kerana United bakal menakluki dunia bola Sepak musim ini.

Glory…glory..Man United!!!!!