Tuesday, November 29, 2011

Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki?

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada .Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.
Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik…

Monday, November 21, 2011

Happy Bufday Sweet 13 ADIK



Semalam ialah 21 november 2011 merupakan hari yang paling aku ingat... 13 Tahun lalu.. pada Tarikh itulah.. Aku telah menerima seorang adik perempuan setelah 7 tahun menjadi anak bongsu ( 1992- 1998 ).... Perasaan aku mula-mula tu emang seronok sebab dapat adek baru... Huhu.. seronok tak terhingga perasaan aku waktu itu :)


Namun... dari setahun ke setahun aku merasakan banyak perubahan... aku dah rasakan aku tak dapat lai untuk bermanja dengan my mum n my dad... sedih gak..huhuh Andai dahulu aku minta apa sahaja sudah tentu dapat... tapi lepas ada adek.. susah sikit..

masa berlalu dengan pantas sekali... 13 tahun bagaikan semalam je berlaku... :) ary nie.. adik aku dah berusia 13 tahun... dah besar dah rupanya adek aku nie... huhu Tapi perangai masih lagi macam budak2... huhu isap jari agy...ish3...




adek yang dulu nya manja kini dah kurang sikit sebab dah boleh duk asrama... hehe baguslah cmtu.... dah besar an..

dAN semalam 21 november 2011 genaplah usia adikku , Assyratul AjeeraH Aminudin berusia 13 tahun... :)

Ini lah hadiah aku untuk adikku _ Sebuah Puisi

Itu ucapan ku

terima kasih

itu ucapan mu

semoga panjang umur

doa dari kami buat mu

kau, aku dan mereka senyum dan ceria


Kek, kad dan hadiah diatas meja

menambahkan ceria dan bahagia

untuk seorang insan yang masih bernyawa

tapi kalau mati, ia sudah tidak bermakna

bersyukurlah punya peluang makan-makan tanda kesyukuran

sedangkan ramai umat manusia yang mati kebuluran

bertuahnya kita ada yang memberikan peringatan

sedang ramai manusia dalam kealpaan


Kita menghitung hari lahir, usiapun bertambah

Ada yang sedar diri makin dewasa

Ada yang insaf diri sendiri makin tua

Tapi ramai juga yang perasan,

Makin berusia makin anggun dan bertenaga katanya


Namun,

aku hanya ingin memberikan secebis peringatan

untuk mu, aku dan kalian

Dicelah-celah kek, hadiah dan ucapan

ketika menyambut ulangtahun kelahiran


anggap makan-makan pengukuh ukhuwah

hadiah tanda kasih sayang

kad tanda peringatan terkurang setahun usia yang dikurniakan


Sesungguhnya,

Tibanya hari lahir

ertinya semakin mendekati kematian

semakin mendekati kematian

ertinya semakin kurang kesempatan

merebut masa membuat amalan


Kerna itu,

ingin kuucapkan buat mu

"Selamat hari lahir wahai teman dan insan tersayang"

Ketika menerima ucapan, kenang-kenangkan amalan dan kematian.

Semoga umur yang dikurniakan membawa kerahmatan dan keselamatan



SELAMAT HARI LAHIR ADIK AKU...
SEMOGA PANJANG UMUR N DIMURAHKAN REZEKI..:)

Monday, November 14, 2011

Menjelajah Di BUMI SEOUL (Part 3)


PAda hari ketiga.. kami pergy ke Seoul Grand Park.... Memang menarik sangat tempat ni.. ada Zoo.. ada taman Tema dan banyak lagi...



Pemandangan dari SKYLIFT


Menaiki Sky Lift untu ke Pintu masuk Zoo


Beruang yang cute dan besar


First time aku tengok PUMA...


Polar bear

Berehat sebentar... :)


Tandas umpama hotel :)





Bersama apa entah.. tapi memang cute giler




Dihadapan pinu masuk Zoo





Menjelajah Di BUMI SEOUL (Part 2)



Gambar kat atas tu... time kat tempat bersejarah di Hwaseong. Emang menarik tempat tu. kat bawah ni lak aku nak tunjuk kawasan yang aku pergy lagi.. Itaewon Dan Pulau Nami... Pulau Nami tempat penggambaran cerita Cinta paling popular iaitu Winter Sonata... Sebuah Pulau buatan yang sangat istimewa untuk dikunjui oleh semua lapisan Masyarakat :)



Kenangan Di Pulau Nami..:)


Dibawah Pokok yang baru saja lepas musim Luruh





Tempat First Kiss dalam filem Winter Sonata


gambar kat bawah ni masa kat ITAEWON


Di kawasan perniagaan Islam.. Kalau orang
islam nak beli barang kat Itaewon je ade..



Dihadapan Satu-satunya masjid di Korea Selatan..


Friday, November 11, 2011

Menjelajah Di BUMI SEOUL (Part 1)


Assalamualaikum...
huhu hari ini aku menulis blog ini di tempat lain... Bukan di bumi Malaysia...hehe aku ketika ini sedang berada di bumi Korea Selatan... sesuatu yang dah memang aku impian sejak sekian dahulu.. Akhirnya tercapai jua.. :)

aku berlepas dari Terminal Tambang Murah (LCCT) Tepat jam 11 malam dengan menaiki pesawat Air Asia X D7506. Semasa menaiki pesawat biasa je.. sebab aku pun dah banyak kali naik Kapal Terbang ni ulang alik dari Bintulu ke Terengganu..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam... setibanya aku di Incheon... Memang tak tahu nak kata apa...huhuh suhu di Korea Selatan ini mencecah sehingga 9 darjah Celcius... bawah suhu aircond yang selalu aku rasa..hehehe...

Lebih kurang setengah jam menunggu akak aku.. akhirnya dia tiba..DAN KAMI Pergi ke kawasan penginapan di Sungkyunkwan University.. umm... dibawah ni serba sedikit gambar aku pada hari pertama tu..:)



















a