Friday, November 28, 2008

AL-FATIHAH

SALAM SEJAHTERA..

Baru sekejap tadi saya mendengar berita tentang pemergian Timbalan Menteri Pelajarn Malaysia, Datuk Razali Ismail ke rahmatullah. Allahyarham yang berasal dari Kuala Berang ini kembali buat selama-lamanya menghadap Illahi pada pukul 6.30 petang tadi semasa bermain badminton ketika menghadiri Majlis Konvokesyen TITT Nasional ke-2 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.

Kehilangan beliau amat dirasai terutamanya bagi warga pendidik kerana beliau seorang yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya di Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussien berkata arwah seorang yang baik dengan warga kementerian dan tidak pernah merungut dengan tugasannya.

Arwah Datuk Razali merupakan bekas pengerusi PTPTN Malaysia yang juga memerangkap Ahli Parlimen Kuala Terenganu meninggalkan seorang isteri, Noraini Yusof serta 5 orang anak. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan amat disenangi oleh semua orang. Semoga roh arwah dicucuri Allah dan ditempatkan bersama roh-roh mukmin yang bertakwa


AL-FATIHAH

Thursday, November 27, 2008

bERBEZA .....

Salam sejahtera…
Tentu pembaca tertanya mengapa tajuk saya pada pagi ini begitu pelik… Ini berkaitan dengan dua pemain raket yang berasal dari Pulau Pinang yang telah diberikan gelaran Datuk kerana jasa dan pengorbanan dalam sukan yang diceburinya. Tentu saya tidak perlu memperkenalkan sipa gerangnya. Mereka ialah Datuk Nicol Ann David yang merupakan Ratu Skuash Negara dan Pemain nombor satu dunia pada ketika ini. Datuk yang kedua saya maksudkan ialah pemain badminton perseorangan utama Negara yang bakal kehilangan takhta nombor satu dunia. Terdapat dua senario yang jauh BERBEZA antara kedua-dua pemain Malaysia ini.


Bagi Datuk Nicol Ann David beliau boleh berbanga dengan pencapaiannya ini setelah berjaya merangkul gelaran johan pada kejohan Terbuka Hong Kong baru-baru ini. Dengan ini, Nicol berjaya mempertahankan gelaran johan selama tiga tahu berturut-turut semenjak 2006. Selain itu, Nicol juga berjaya mempertahankan 54 kali rekod tanpa kalah. Pada kejohanan itu, Nicol begitu mudah untuk mara ke Final sebelum bertemu musuh tradisi dari Australia, Natalie Grinham. Nicol terpaksa berhempas pulas untuk menundukkan musuhnya itu. Dengan tumpuan yang jelas akhirnya Nicol menjadi johan

Nicol menyatakan beliau tidak menghadapi tekanan semasa bermain kerana tumpuan lebih penting untuk mamastikan kejuaraan dalam gengaman. Datuk Nicol berkata selepas bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam pertemuan ringkas selepas pulang dari Kejohanan Skuash Terbuka Hong 2008. Kejohanan itu bukan kejohan yang terakhir buat Nicol pada tahun apabila dia terpaksa mengetuai cabaran Malaysia dfalam Kejohan Skuash Berpakuan Dunia yang akan diadakan di Kaherah bermula Ahad ini sehinga 6 Disember bersama-sama tiga lagi pemain Negara. Memang berbaloi anugerah Datuk yang telah diberikan kepada Noicol kerana berjaya mengekalkan Takhta Ratu Skuash Dunia 3 tahun berturut-turut.

Namun, lain pula cerita yang empunya Datuk seorang lagi iaitu Lee Chong Wei. Berbaloikah Anugerah Datuk yang diberikan kepada Chong Wei ? Bukan saya tidak menyongnya tetapi berdasarkan prestasinya memang terlalu hambar. Memang kini Datuk Lee Chong Wei memegang takhta nombor satu namun ianya akan terlepas dari gemgaman Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei gagal meraih kejuaraan Super Series Terbuka China baru-baru ini. Belaiu masih lagi gagal menyekat kehebatan musuh tradisinya. Dalam kejohanan itu, Chong Wei kalah mudah kepada musuhnya dari China iaitu Lin Dan. Ada yang mengatakan Chong Wei menghadapi banyak tekanan. Adakah itu hanyalah alasan?

Chong Wei mengatakan belaiu memghadapi banyak tekana semasa bertemu pemain tuan rumah itu. Selain itu, Lin Dan mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri. Pertemuan ulangan Olimpik 2008 itu banyak memberi pengajaran kepada Chong Wei namun Lin Dan terlalu aktif walapun berehat panjang selama 3 bulan. Sebelum kejohanan ini Chong Wei menjuarai Terbuka Johor. Perlawan ini diangap perlawan pemanas badan baginya. Chong Wei terlalu mudah bagi Lin Dan. Apa yang mengejutkan Chong Wei terpaksa melupakan hasratnya untuk menebus kekecewaan kepada Lin Dan kerana terpaksa pulang awal setelah mengalami kecederaan pada pusingan pertama. Sekiranya Lin Dan menjuarai Terbuka Hong Kong ini bermakna Chong wei Terpaksa melepaskan gelaran nombor satu dunia itu. Fikir-fikirkanlah.rbeza antara kedua-dua pemain Malaysia ini.
sEKIAN

Monday, November 24, 2008

sAMBUTAN hANGAT....

Salam Sejahtera

Satu majlis Forum Perdana Ehwal Islam telah diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Chalok Barat. Forum ini diadakan oleh Jabatan Agama Islam Daerah Setiu dengan kerjasama Angensi Anti Dadah Kebangsaan, Belia Felda Chalok Barat dan Terengganu FM telah dihadiri lebih kurang 300 penduduk di sekitar ini.Jangkaan yang majlis ini kurang sambutan meleset seteleh orang ramai mula memenuhi ruang dewan seawal jam 830 malam.



Antara ahli panel yang hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Badli Shah bin Alaudin ( Pen Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang), Tuan Haji Kamarudin bin Omar (Pen. Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor, Hulu Terenganu) dan Ustaz Mohamad Nor bon Jaafar ( Ketua Kaunselor Pusat Serenti Besut) dan dipengerusikan oleh Ustaz Suhaimi Bin Endut dari Pejabat Agama Daerah Setiu. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Dan Wanita Terengganu memerangkap Ahli Dun Langkap, Yg. Berhormat Ashaari Idris. Antara Tetamu VIP yang lain ialah Encik Faizol (Pengurus FELDA Wilayah Terenganu), Encik Zakaria Sayang (pengurus FELDA Chalok Barat0 dan Pegawai Agama Daerah Setiu.



Forum yang bertajuk " MENJANA KELUARGA CEMERLANG " telah dikupas dengan lebih terpinci oleh ahli panel yang berpengalaman ini. Siaran secara langsung oleh Terengganu FM ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Arif Ngah ini diikuti perasmian oleh Yang Berhormat Ashaari Idris seterusnya perbincangan tajuk ini berakhir jam 1145 malam.



Tahniah kepada Belia Felda Chalok Barat kerana dapat mengadakan Forum ini. Ini telah membuktikan bahawa Belia Felda mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi. Sehinga bertemu lagi di lain bicara. Ingatlah anak-anak merupakan satu insan yang perlu digilap sebetulnya oleh ibu bapa dalam mencapai kejayaan akan datang. Kejayaan anak ialah penawar kedukaan ibu bapa tetapi kegagalan anak-anak merupakan kesedihan ibu bapa. Oleh itu, Keluarga yang cemerlang mampu mendidik anak-anak kr jalan yang benar .,..



WASSALAM

Thursday, November 20, 2008

BANJIR DI SETIU

salam sejahtera....






Pada musim tengkujuh, seluruh pantai timur semenanjung Malaysia akan menerima hujan lebat akibat peralihan angin monsun. Hal ini kan menyebabkan kejadian banjir di kawasan rendah. Setelah hujan lebih dua hari di Setiu, Kampung Bukit Kecil di sini telah ditenggelami air dan menyebabkan perhubungan di Kampung Chalok Kedai dengan Bukit Putera terputus.






Bagi kanak-kanak, bermain air banjir merupakan sesuatu yang paling menyeronokkan tetapi harus diingat keselamatn juga harus dijaga. Bagi ibubapa saat inilah yang paling merungsingkan kerana merekla terpaksa menjaga keselamatan anak-anak dan perlu mencari pendapatan yang lebih bagi membaiki peralatan yang rosak akibat banjir.






Terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri kerana menyediakan bantuan dan kemudahan semasa banjir ini berlaku. sehinga bertemu lagi di lain waktu.






sekian

Wednesday, November 19, 2008

FELDA CHALOK BARAT

Salam Sejahtera…

Tentu masih ramai yang belum mengenali Felda Chalok Barat. Felda Chalok Barat merupakan sebuah felda di dalam negeri Terengganu. Felda ini terletak antara jalan negeri yang menghubungkan Kuala Terengganu- Kota Bharu. Walaupun kedudukan felda ini agak terlindung bagi pemandu-pemandu yang melalui jalan ini, namun pada hari nama Felda Chalok Barat sudah pun dikenali bukan sahaja di negeri ini malah di Seluruh Malaysia.




Sebelum tiba di Felda ini anda semua akan dihidangkan dengan pemandangan yang begitu indah dengan rimbunan pokok getah dan kelapa sawit. Felda ini telah diwujudkan lebih 35 tahun dahulu dengan jumlah peneroka seramai 200 orang. Walaupun Felda Chalok Barat tidak tersohor seperti tanah rancangan yang lain tetapi Chalok Barat juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.



Disini terdapat pelbagai kemudahan yang boleh anda semua nikmati. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah Balai Polis, D”Mart Market,masjid, Sekolah Rendah , Sekolah Agama, Dewan Serbaguna , Padang , Taman Permainan, dan banyak lagi. Selain itu, Felda ini juga mempunyai Kilang Memproses Getah Susu. Getah-getah yang diproses ini dibawa dari seluruh Malaysia seperti Kedah, Perlis dan ada juga dari Johor.




Selain daripada hasil kelapa sawit yang diperoleh peneroka di sini, ada juga yang menambahkan hasil pendapatan mereka dengan menghasilkan produk desa seperti membuat budu, memelihara lembu dan ikan talapia, mengusahakan kebun limau madu dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, budu yang dihasilkan di sini iaitu Budu Selara Kampung telah mendapat pasaran bukan sahaja di negeri Terenganu malah di seluruh pelosok Malaysia. Tanya sahaja budu chalok barat sudah pasti ramai yang mengenalinya.



Belia-belia disini juga melakukan perkara yang berfaedah seperti membuka bengkel, menjual burger, dan sebaginya. Dengan ini segala kenyataan ataupun pandangan orang luar terhadap belia-belia felda yang suka berlumba, mencuri dan hisap dadah tidak sekali benar. Mereka adalah pewaris kepada Felda-felda di seluruh Malaysia.


Sekian sahaja buat waktu ini semoga berjumpa lagi. Dengan ini diharapkan agar Felda di seluruh Malaysia terutamanya Felda Chalok Barat akan terus maju.

Sekian

Saturday, November 15, 2008

SELAMAT BERANGKAT

Salam Sejahtera...
Saban tahun jemaah haji dari seluruh dunia akan berkumpul di mekkah bagi menyempurna ibadat rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan haji. Ibadat haji kali ini merupakan satu sejarah bagi jemaah haji dari pantai timur iaitu Terenganu, Pahang dan Kelantan. Ini kerana kesemua jemaah haji bagi ketiga-tiga negeri ini akan diternbangkan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke Jeddah dan Madinah.

Bagi penerbangan pertama iaitu dari Kuala Terenganu ke Jeddah, Penerbangan tersebut telah berlepas pada hari Khamis lalu pada 13 November 2008 dan penerbangan ke Madinah ialah pada hari Sabtu iaitu pada 15 November 2008. Kesemua jemaah haji ini dibawa oleh pesawat Boeing 747 yang telah mendarat di Kuala Terenganu. Ini merupakan sejarah yang bermakna bagi seluruh warga negeri Terenganu kerana satu-satunya negeri pantai timur yang mampu membawa jemaah terus ke mekkah.Detik bersejarah ini telah disaksikan oleh ratusan penduduk Kuala Terenganu dan saudara mara jemaah di sekitar Lapangan Terbang ini.

Jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Terenganu dibawah pimpinan YB datuk Ahmad bin Said kerana telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat. Lapangan Terbang Sultan Mahmud kini boleh menampung jumlah kapal terbang yang banyak untuk perjalanan ke luar negara.

Kepada jemaah haji dari Felda Chalok Barat, saya mendoakan agar anda semua selamat pergi dan pulang dengan haji yang mabrur.

Sekian, Terima Kasih

MEMORY IN SESMA

Salam Sejahtera....

Setiap insan di bumi Allah ini mempunyai pelbagai kenangan sama ada kenangan manis atau pahit. Kenangan ini akan menjadi ingatan hingga ke akhir hayat.








Bagi saya, kenangan manis ialah bersama rakan-rakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terenganu. Suka duka kami lalui bersama dalam mengharungi hidup sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Kalau dikira hari, saya lebih banyak bersama rakan-rakan berbanding kelurga yang tercinta. Oleh sebab itulah saya lebih rapat dengan kawan-kawan. Tetapi keluarga yang tersayang tetap dihati kerana keluargalah segalanya tempat untuk kita bergantung. Antara kawan yang rapat dengan saya ialah sayyid, azwi, amirul, pak tam, nyeh , amir p-dah,paan ,boolat, togi dan jedak. Untuk pengetahuan semua, mereka ini ialah bekas ahli dorm saya semasa di tingkatan 3. Telah banyak kenangan bersama mereka yang tidak dapat saya lupakan.





Selain itu, rakan-rakan batch 32 juga banyak memberikan kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila. Mereka semua amat baik dan selalu mengambil berat antara satu sama lain. Walaupun batch 32 ini dikatakan batch yang teruk oleh guru-guru SESMA tetapi kami tetap mengatakan batch 32 merupakan batch yang terbaik. Tahniah kepada rakan-rakn yang telah menjayakan semua aktiviti sepanjang tahun ini yang telah mencatat beberapa sejarah baru SESMA. Ayuhlah kita bangkit dan buktikan siapa Batch 32 yang sebenarnya pada SPM 2009 nanti.



Sekian

Sekapur Sireh...


Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan blog ini dengan jayanya....

Ucapan terima kasih saya tujukan kepada abang yang tersayang, Ahmad Amhsyar yang telah memberikan inspirasi kepada saya untuk menyiapkan blog ini. Tidak lupa juga kepada ayah dan ibu tersayang, AminudinIsmail dan Sarinah Mat Zin yang telah menjaga saya sejak kecil lagi sehingalah dewasa. Walaupun ayah saya mengatakan saya banyak mendatangkan problem kepada keluarga, memang saya akui saya banyak memberi masalah dan akan berusaha untuk megubahnya. Kepada kakak yang tersayang, kamulah idola saya untuk mencapai kejayaan pada SPM 2009 nanti. Untuk adik yang cute, Belajarlah bersunguh-sunguh untuk kejayaan adik juga. Belajarlah untuk berdikari sejak sekarang.

Kepada Guru-guru dan rakan-rakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) terima kasih diatas sokongan yang telah diberikan kepada saya semenjak saya menjejakkan kaki ke bumi Sesma. Tidak ketingalan kepada warga kampung kelahiran saya iaitu penduduk Felda Chalok Barat, Setiu terenganu anda semua adalah memberi semangat kepada saya untuk berjaya dengan cemerlang dalam menyiapkan blog ini.

sekian.