Monday, September 26, 2011

Atasi lah masalah anda :)

kebahagiaan yang dicari terletak pada diri kita sendiri.. itulah yang paling penting dalam mencari kebahagiaan ini... kenapa tiba-tiba aku cakap pasal kebahagiaan ni ek?? haha saja jer.. sebab aku pon rase yang setiap orang inginkan kebahagiaan dalam hidup mereka.. cuba korang tanyer.. sape yang tak nak bahagia??? mesty xde orang jawab nak.... lau orang kurang siuman tak tahulah aku..hehehe

untuk menjadikan hidup ini lebih ceria dan bermakna,... kita kena isikannya dengan aktiviti yang mana memberi kepuasan kepada kita.. yup... kadangkala.. aktiviti inilah yang membuatkan kita menjadi lebih bahagia walaupun kita mempunyai masalah... Setiap manusia yang diciptakan oleh Illahi diatas muka bumi ini semuanya mempunyai masalah.... walaupun ianya sebesar zarah sekali pun. itu tetap dinamakan sebagai masalah.... Aku ada juga tanya member-member aku , sama ada mereka ada masalah or tak?? ade yang jawab yang kita tak kan lari dari masalah dan ada juga yang cakap.. " Aku tak ada masalah sangat... tapi...." haaaa.... tapi itulah bermaksud kita mempunyai masalah...

Setiap masalah memang akan muncul dalam hidup kita.. tak kira sama ada masalah kewangan, masalah cinta, masalah study... dan banyak lagi lah masalah yang ada... Jadi apa yang perlu kita buat adalah mencari jalan terbaik untuk mengelakkan daripada masalah yang timbul itu...

Kita tak boleh menjadi moody atau pon badmood andainya masalah sedang menghantui kita... sebaliknya kita harus sentiasa tenang dan gembira... yup.. agak susah an.. tapi apa yang dapat kita perolehi daripada bertindak demikian ialah,... kawan-kawan kita akan menganggap kita seorang yang amat bagus kerana mampu untuk mencari jalan terbaik kepada permasalahan itu..

Ini tidak... kalau je ada masalah... Terus badmood.. sampai tak ada sapa yang berani tegur.... huhu.. inilah lumrahnya manusia... sedap pulak ayat aku...padahal aku sendiri bukannye tak pernah wat cmtu...huhuhu... tak ada sesiapa yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah itu seratus peratus... ummm.... renungkan lah.. dan bagilah idea lain untuk mengelakkan daripada masalah.... sekian...

Sunday, September 25, 2011

CORETAN HATI INI

malam ni aku tak tahu lah kenapa diri aku nie tak tentu hala...  mungkin kepenatan ber TAEKWONDO kot td... hehe... ye la tu kot... ummm.... p aku rasakan ada benda lain yang membuatkan diri aku tak tentu hala nie... apa ye?? aku pon tak pasti... memang perit untuk aku...

aku tak mahu kehilangan mu ... itulah yang mampu ungkapkan dalam hati ku ini... aku tak mahu lagi apa yang telah berlaku pada aku suatu ketika dahulu berulang kembali....umm.. berat... itulah yang aku mampu katakan.. memang berat sebab seolah-olah hati aku nie dipermainkan... namun.. aku cuba untuk menahan perasaan itu.. sebab aku yakin bahawa dirinya mempunyai sebab berbuat demikian.....

 Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah pada mu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah diri mu
Dikaulah permata yang bersinar
Di kala ku kesepian

Tiada yang lain yang ku mahu
Hanyalah kasih mu
Tiada yang lain yang ku puja
Hanyalah diri mu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana
Aku cinta kepada mu sepenuh hati
Janganlah kau ragu kasih
Ragu pada ku
Sejujur niat ku niat bersama
Selama-lamanya
Janganlah kau pergi kasih
Pergi dari ku
Kunyanyikan lagu rindu
Buat mu kekasih
Ku baca puisi syahdu
Puisi kita
Ku ingin kau di samping ku
Untuk sama-sama
Melayarkan bahtera cinta yang terbina
Oh! Kekasih dengarkanlah
Bila aku tersiksa kaulah penawarnya
Bila kau terluka akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati jatuh cinta

hanya lirik ini yang  dapat aku tulis... hehe.. aku harap yang aku nga dia akan kekal selamanya.... memang banyak cabaran yang perlu aku lalui.,... tapi aku akan cuba sedaya upaya aku...
kerana..
I LOVE U.. :)

Friday, September 23, 2011

malam ni aku tak ada kerja sangat aku nak buat... jadi kat blog ni tempat aku habiskan masa aku... tak ada apa sebenarnya untuk aku coretkan kat sini... biasalah... ummm.. sedar tak sedar... minggu depan aku akan menghadapi final exam... lau tak silap aku,.., baru jer aku mendaftar sebagai pelajar di SDPA...

namun... itulah masa... kalau kita terlekA.. pasti kita akan ketinggalan.... kehidupan aku di Sime darby Plantation Academy ni biase je... but adalah sesuatu yang aku dan kawan-kawan harus pendam..hehehe... ade lah masalah kitaorang dan aku rasa tak sesuai kot tuk aku ceritakan kat sini...hehehe...

tak ada ape dah koty yang aku nak tulis... k la jumpe lagi.. chow..;)

Thursday, September 15, 2011

Sime Darby Scholarship Ceremony

umm... lame giler dah tak update blog nie... malas n busy bercampur .. jadi ssah lah untuk aku updatenyer...hehehe

entry kali ni aku nak ceritakan tentang Sime Darby Scholarship Award Ceremony.. apa kaitan ngan aku ek?? sebenarnya.. pada 7 September 2011 aku dan kawan-kawan aku di SIme Darby Plantation Academy telah dijemput ke majlis... ni majlis apa ek?? ni merupakan salah satu majlis penganugerahan sijil penghormatan kepada penerima-penerima biasISWA daripada yayasan sime darby...

Menerima Sijil daripada Datin Paduka Zaitoon Mohd Hassan dan disaksikan oleh CEO Yayasan Sime Darby, Puan Yatela

memang grand majlis ni... majlis ni dihadiri oleh lembaga pengarah sime darby berhad iaitu Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd  Zahid Mohd Noordin serta Datin Paduka Zaitoon Mohd Hassan dan CEO Yayasan Sime Darby, Puan Yatela... Majlis ini diadakan di SIme Darby Convention Cetre...


bersama dengan Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin Dan Puan Yatela, CEO Yayasan Sime Darby


umm... aku pon tak tahu dah nak kongsi apa lagi pasal majlis ini.. apa yang aku dapat bagitahu ialah.. aku adalah insan bertuah kerana aku adalah salah seorang daripada 92 orang yang mendapat biayaan sime darby dalam melanjutkan pelajaran ini.
.

Thursday, September 1, 2011

Doaku UntukMu


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
AMIN YA RABBAL AL AMIN

Aku berdoa pada allah semoga hubungan aku dengannya kekal....
dialah sumber inspirasiku,,, aku menyayanginya...
ADZIE FAENAZIRA BINTI AHMAD...:)


Selamat Hari Raya.. :)

sekian lama aku menghilang.. akhirnya aku kembali untuk  terus menulis di blog nie... aku ekarang memang kurang masa untuk menulis diruang yang serba simple ini... sekali sekla dapat la kot untuk menulis hehehe...

dua hari yang lepas, semua umat Islam dimuka bumi ini telah menyambut hari kemenangan setelah sebulan bertarung dengan nafsu daripada makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang melalaikan.. apa yang aku rasakan kali ini ialah bulan ramadhan berlalu sepantas kilat... sebulan umpama seminggu.. itulah yang dapat aku gambarkan untuk bulan puasa kali ini,... apa tidaknya,,,, sekajap je rasa puasa pastu raya,,,

pada tahun ini aku menghabiskan bulan ramadhan aku di tempat yang baru iaitu di Sime Darby Plantation Academy,... memang keadaan menyambut ramadhan di SDPA jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan UPMKB,.. kalau di UPMKB dahulu,.. aku selalu berbua dengan juadah yang sangat simple untuk menjimatkan wang,,, tapi kali ini, sambutan ramadhan di SDPA memang selesa dengan juadahnya yang pelbagai... tak perlu lagi untuk ke bazaar ramadhan bagi membeli kuih muih, lauk or sebagainya kerana di sini semuanya sudah lengkap... Lauk pauknya pula memang sedap dan lazat,,,, macam jenis lauk ada... hehehehe... lepas berbuka memang tak larat nak jalan... sebab makanan penuh perut...hehe

sebulan sekajap je berlalu...huhu aku menyambut syawal kali ini dengan serba sederhana...hehe sebab bagi aku dan aku rasa semua pun macam tuh.... raya tahun tak sama dah macam aku kecik2 dulu... kemeriahannya memang tak sama...huhu lau dulu... seminggu sebelum raya dah penuh pelita tapi sekarang... tak ada pun.. rasanyalah budak2 sekarang guna facebook kot sambut raya..hehehe satu syawal pun kurang meriah sebab ramai sedara aku yang tak ade..huhuhu ape lagi ek yang aku nak citer? erm... xde dah kot... takpelah... selamat ary raye kepada semua umat islam.... :)