Wednesday, December 31, 2008

SESMA CEMERLANG…

Salam Sejahtera…
Semalam keputusan Penilaian Menengah Rendah telah diumumkan menyaksikan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud , Kuala Terenganu menjadi sekolah paling cemerlang di Terengganu. SSEMA memperoleh 76 orang calon semua A daripada 117 orang pelajar yang mengambil PMR oktober lalu.

Matapelajaran Matematik, Bahasa Melayu, Matematik, dan Kemahiran Hidup mencatat 100 peratus A. Namun subjek Sejarah mencatat penurunan yang palin mendadak di mana 34 orang calon gagal mendapat A dalam subjek sejarah.

Apa-apa pun Tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik SESMA yang telah bersusah payah mendidik semua calon sehingga SeSMA berjaya kembali ke peringkat sebenarnya dalam bidang pendidikan.

Friday, December 26, 2008

KENANGAN SELAMANYA…

Salam sejahtera…
Hari ini genaplah 4 tahun kejadian yang tidak disangka-sankga oleh semua penduduk di Asia Tenggara ini. Kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004 telah meragutnyakan ratusan nyawa dibeberapa buah negara termasuk tanah air kita Malaysia. Kejadian ini berlaku akibat gegaran gempa bumi sekuat 9.6 pada skala Ritcer di Lautan Hindi perairan Acheh itu.

Pejam celik pejam celik kini sudah empat tahun peristiwa hitam itu berlaku. Adakah ini semua pembalasan daripada Allah S.W.T kepada umatnya yang lalai dan leka? Ada yang mengatakan sebelum Tsunami melanda, satu Pesta Seks telah diadakan di Pantai Acheh. Pantai sekitar Phuket juga habis musnah ditelan Ombak besar setinggi 12 meter. Panati ini sering dikaitkan dengan pesta-pesta liar yang selalu dilakukan disitu. Mungkin benarlah kejadian Tsunami ini adalah pembalasan daripada Tuhan Yang maha Esa kepada umatnya. Kawasan Acheh ibarat bagai padang jarak padang tekukur seperti padang pasir yang tiada pokok di Gurun Sahara.

Apa yang menghairankan semua masjid di kawasan yang terlibat di Acheh, Phuket dan negera yang terlibat tidak musnah sama sekali. Tiada sikit pun kesan masjid itu rosak dilanda Tsunami sedangkan rumah disekitarnya ranap menyembah bumi. Ada ulama yang terselamat berkata, Ombar besar itu terbelah dua apabila ia melalui kawasan masjid ini. Ini merupakan satu keajaiban dan kekuasaan Allah di bumi ini.

Oleh itu, Muslim di dunia ini perlulah muhasabah diri bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Allah akan merahmati doa orang Islam yang hampir kepadanya. Sekiranya kita melupai sejarah hitam yang berlaku pada 26 Disember 2004 tidak mustahillah ianya akan berulang kembali. Jadi insaflah dan berpesan-pesanlah kepada Muslim..
SEKIAN

Wednesday, December 24, 2008

GOOD BYE 2008,WELCOME 2009

Salam sejahtera….

Tidak sampai 10 hari lagi kita semua akan menyambut tahun baru. Angka 2008 akan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan yang telah dilalui selepas ini pula angka 2009 akan menjelma dengan pelbagai cabaran baru kepada Malaysia umumnya dan individu khasnya. Segala peristiwa yang telah berlaku 2008 perlu kita calitkan pada memori. Sama ada sejarah itu manis atau pahit bagi kita, Ia merupakan sesuatu yang telah berlaku.

Bagi mereka yang melalui tahun 2008 ini dengan gembira, Syabas saya ucapkan kerana mereka dapat menempuhi segala dugaan dan cabaran yang melintang dengan tenang dan sabar. Kenagan yang paling manis pada tahun2008 mungkin akan dikenang sampai bila-bila. Mereka pasti akan mengingati tarikh yang telah membahagiakan mereka. Antara kebahagiaan yang dilalui oleh setiap insane dimuka bumi ini ialah Kemenangan, Tarikh Perkahwinan, Saat manis bersama rakan-rakan dan banyak lagi.

Bagi yang menempuhi tahun 2008 dengan rasa sedih dan kurang senang anggaplah saja ini semua dugaan tuhan yang menyuruh kita agar lebih berpesan-pesan pada tahun akan datang. Janganlah anda semua menganggap tahun 2008 ini sebagai nokhtah kepada anda untuk meneruskan perjalanan yang jauh lagi. Biarkanlah kenangan pahit ini dijadikan pedoman atau pengajaran kepada kita semua. Kehilangan orang tersayang, kemalngan yang mingakibatkan kecacatan merupakan kenangan yang tidak bias dilupkan oleh setiap insan

Akhirnya, saya berharap agar tahun 2009 yang akan menjelma dapat memberi sesuatu yang lain kepada kita semua. Sama-samlah kita berdoa agar negara kita akan aman sepanjang wakti. Biarlah peristiwa yang berlaku pada 2008 sama ada manis atau pahit ini berlalu. Kita buka buku baru dalam menghadapi tahun yang lebih mencabar. Sehinga bertemu lagi di lain waktu.

Sekian.

Monday, December 15, 2008

SALAH SIAPA???

SALAM

Tanggal 6 Disember 2008 satu sejarah hitam melanda negara apabila 14 buah banglo mewah di Bukit Antarabangsa ranap ditengelamkan tanah. Tragedi yang berlaku pada pukul 6 pagi ini menyaksikan 4 orang maut dan sebahagian cedera. Tragedi ini telah mengingatkan kembali kepada kita tentang tragedy Disember 1993 apabila satu blok Hinghland Tower runtuh menyembah bumi menyaksikan kita kehilangan banyak nyawa. Sebelum tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Dua kes telah belaku dalam masa tidak sampai 3 minngu dimana sebuah banglo milik jurutera Syarikat Penerbangan Firefly runtuh selepas bukit kira-kira 300 meter runtuh tiba-tiba. Kejadian ini telah mengorban 2 nyawa adik-beradik. Dua hari selapas itu, Dinding konkrit di tepi bangunan CIMB bank runtuh menghancurkan 14 buah kereta. Tiga kejadian ini telah membuka banyak banyak pihak. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Adakah pihak kontraktor yang harus dipersalahkan? Bagi saya mereka hanya menjalankan tugas mereka selepas diluluskan oleh kerajaan. Atau pihak kerajaan harus mengaku ini kesalahan meraka? Selepas kejadian di Highland Towers 15 tahun lalu, Satu peraturan telah dikeluarkan dimana sebarang projek dilereng bukit 35 darjah tidak akan diluluskan tetapi semakin tahun semakin kurang penguatkuasaannya. Masih saya ingat ketika saya berumur 3 tahun, projek di Lereng bukit dekat Ulu Kelang tiada kelihatan, Tetapi selepas saya hadir tahun lepas ke Kota Raya itu kelihatan banyak bangunan tinggi dan bangl;o mewah tumbuh di situ. Dimanakah peraturan yang telah ditetapkan dulu?

Dewan Negara telah mempersetujui untuk tidak membenarkan sebarang projek di lereng bukit 35 darjah. Adakah peraturan ini sekadar peraturan? Adakah sejarah lama akan berulang 15 tahun akan datang? Saya berharap agar pihak yang bertanggunjawab dapat menyelesaikan segala masalah dengan elok. Saya berharap agar pihak tertentu bersikap “Bagai Menarik Rambut Dalam Tepung” dalam masalah ini.

Sekian

Friday, December 12, 2008

TIADA PENGGANTI

SALAM SEJAHTERA

Berkawan biar beribu. Mungkin anda semua sering mendengar pepatah melayu ini. Ketika duduk berehat petang tadi saya terlintas difikiran saya bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai kawan seumur hidup saya. Mungkin hidup saya akan sunyi dan sepi. Memang benarlah kata orang dulu-dulu, Berkawan biar beribu kerana setiap kawan mempunyai karenah yang berbeza. Bak kata pepatah melayu, Banyak udang, Banyak garam, Banyak orang, banyak ragam.


Saya bersyukur kerana saya mempunyai kawan yang sudi berkawan dengan saya. Istilah kawan ialah orang yang sentiasa berada disisi dan sudi mendengar segala masalah yang kita hadapi. Saya mempunyai sorang kawan yang amat memahami perasaan saya sebagai lelaki dan pelajar. Walaupun dia adalah kaum hawa tetapi dia memahami isi hati saya. Syukur, dia selalu memberi semangat dan dorongan serta nasihat yang berguna kepada saya. Kami berdua boleh diibaratkan sebagai “ TEMAN TAPI MESRA”


Walapun ada kawan sekolah yang sering mengusik bahawa kami berdua adalah pasang kekasih yang secocok tetapi kami tidak lebih dari seorang kawan yang sangat rapat dan saya menganggap dia macam adik-beradik saya sendiri. Kami tahu gurauan itu boleh mengeratkan persahabatan saya dengan dia. Dia selau menasihati saya sekiranya saya da melangar peraturan sekolah atau berkelakuan yang tidak baik. Dia jugalah yang memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk terus berusaha dalam meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Kami berdua sentiasa saling menasihatai anatara satu sama lain. Adakalanya dialah yang selalu membuatkan saya sentiasa gembira dengan gurauan mesra sebagai seorang sahabat yang sejati.

Ada pernah sekali saya bergaduh dengannya akibat gurauan saya yang berlebihan. Hampir 3 mingu kami tidak bertegur sapa. Dikala inilah saya merasa amat sunyi tanpa gurauan darinya dan sekaranglah baru saya sedar bahawa kita semua memerlukan kawan untuk meneruskan perjalanan hidup yang jauh ini. Ketiadaanya selama 3 minggu akibat perbuatan bodoh saya telah membuatkan saya menyesal. Betullah kata orang “ Hargailah teman ketika dia berada disisi kerana kita akan terasa kehilangan bila dia tiada disisi”. Kata-kata inilah saya pegang hinga ke hari ini. Selepas itu saya kembali berbaik dengannya dan selepas itu juga keriangan saya kembali terpacar di hati ini.



Alhamdulillah kerana hingga hari ini dia masih lagi menjadi kawan yang palin rapat dengan saya. Sudi berkongsi segala suka duka dengan saya. Saya ingin mengingatkan kepada semua rakan dalah segalanya selepas kelurga. Pilihlah rakan yang boleh memberi kita sinar keimanan kepada kita. Dialah juga yang telah mengubah hidup saya. Saya gembira kerana dapat bersamanya. Bagiku orang lain boleh mengantikan tempatnya. Dia yang saya maksudkan ialah NUR AFIFAH BT MOHAMAD

SEKIAN

Wednesday, December 10, 2008

PULANG AWAL…

Salam Sejahtera…

Sudah malang ditimpa tangga. Itulah boleh diibaratkan dengan prestasi skuad negara dalam mengharungi Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2008 di Phuket, Thailand. Harapan besar skuad kebangsaan untuk bangkit mencipta kemenangan selepas tewas 2-3 kepada Vietnam terpaksa dilupakan setelah kecundang dengan kehebatan juara bertahan Thailand petang tadi.

Permainan yang agak lemah dan tidak kosisten membuatkan skuad negara tewas 0-3 kepada pasukan Gajah Putih dan terpaksa melupakan hasrat untuk memenangi Kejohanan ini. Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah Sathia akan menyalahi penjaga gol sepertimana yang berlaku ketika menetang Vietnam? Atau Sathia akan menyalahkan pemain lain? Itu semua terserah kepada peminat negara. Jika kekalahan kepada Vietnam adalah kesilapan penjaga gol maka kekalahan kepada Thailand tidak boleh menyalahkan penjaga gol kerana penjaga gol no satu negara Mohd Helmi Eliza Elias telah direhatkan dan tugasnya diganti oleh penjaga gol kelahiran Liverpool, Syed Adney.

Mungkin Sathia menyesal dengan taktik yang dibuatnya kerana dia lebih menuding jari kepada kepada benteng terakhir negara tanpa menghiraukan kelemahan posisi lain ketika tewas di tangan Vietnam. Ketika itu Sathia terus menuding jari kepada Mohd Helmi menyebabkan Helmi begitu tertekan. Ini merupakan bukan sikap professional yang harus ditunjukkan oleh seorang jurulatih. Ketika dalam pasukan, Semua pahit manis perlu dilalui oleh semua orang. Sebagai contoh kekalahan tipis baru ini merupakan kelemahan di beberapa posisu termasuk barisan pertahanan.

Punca utama kekalahan kepada Thailand adalah kelemahan di posisi pertahanan selain tumpul di bahagian serangan. Jika dilihat barisan pertahanan terlalu ghairah untuk menghasilkan gol sehinga meninggalkan posisi yang seharusnya mereka berada. Syed Adney hampir saja melakukan kesilapan yang sama seperti Mohd Helmi apabila dia meninggalkan gawang setelah bek naik untuk mem,buru gol. Selain itu, Permainan perlahan oleh pemain negara gagal menyekat tuan rumah untuk terus membenam Malaysia. Semua kesipan harusd ditujukan kepada semua pemain termasuk jurulatih

Dengan ini, Saingan untuk memburu kejuaraan Piala Suzuki Aff 2008 terkubur untuk skuad negara. Selepas ini, FAM perlu mencari jalan penyelesaian untuk membaiki kelemahan skuad negara.

Sekian

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam sejahtera…

Setelah sekian lama tidak bersua akhirnya saya berkesempatan untuk menulis dalam blog ini kembali. Kehilangan saya beberapa hari sebelum ini kerana pulang ke kampung untuk manyambut hari raya aidiladha.

Setiap kali tiba 10 Zulhijjah, Seluruh umat Islam di dunia ini akan menyambut hari raya aidiladha atau lebih dikenali dengan hari raya korban bagi penduduk di Malaysia. Selepas solat sunat aidiladha umat Islam akan menyembelih binatang peliharaan seperti lembu, kambing atau unta. Hari kebesaran ini disambut bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahin A.s yang sanggup menyembelih anaknya Ismail setelah didatangi mimi yang menyuruh Ibrahim berbuat demikian.

Baru-baru ini, saya sempat melihat bagaimana ibadat korban ini dilakukan. Kita perlu berkorban walaupun sedikit untuk fakir miskin yang memerlukannya. Sebelum ibadat meyembelih dilakukan takbir raya akan dilaungkan sebanyak tiga kali. Memang menyedihkan semasa melihat binatang peliharaan yang akan disembelih. Namun, Seruan Allah amat penting bagi Umat Islam. Walaupun hari raya aidiladha tidak semeriah hari raya aidilfitri namun ia mempunyai makna yang tersendiri. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Sekian

Sunday, December 7, 2008

SAINGAN BERMULA

Salam sejahtera…

Bermula 5 Disember 2008, Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF sudah bermula di dua vanue berasingan iaitu di Jakarta, Indonesia dan Phuket, Thailand. Kejohanan yang dulunya dikenali sebagai Piala Tiger itu disertai oleh lapan Negara Asia Tenggara. Singapura, Vietnam, Kemboja, Malaysia, Indonesia, Laos, Thailand dan Myanmar.

Dengan ini, saingan Malaysia untuk membaiki ranking dunia bermula. Selain itu, Kejohanan ini juga akan menentukan nasib jurulatih Kebangssan B. Sathiananthan untuk terus kekal di posisi itu atau tidak. Sathia menyenaraikan pemain senior dan muda yakin mereka akan menjadi pasukan pencabar kepada musuh tradisi Thailand dan Vietnam. Pada perlawan pembukaan hari ini, Malaysia akan bertemu pasukan dari Laos yang meneyenaraikan 7 orang pemain yang beraksi di Sukan Sea Korat lalu.

Mampukah Malaysia menewaskan Laos? Persoalan ini memang diangap remeh bagi pemain dan penyokong Negara. Tetapi kita tidak mahu diaibkan oleh pasukan kerdil itu seperti yang berlaku pada Sukan Sea 1997 tidak lagi berulang. Oleh itu, Sathia mahu anak buahnya berusaha untuk mengekang sebarang gerakan oleh pasukan lawan. Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Bola itu bulat, apa-apa boleh jadi. Selain Laos, Malaysia akan menentang Musuh tradisi Thailand dan Juara Bola Sepak Merdeka 2008, Vietnam.

Skuad Negara perlu bangkit dari lena untuk memikat penyokong Negara bagi terus menyokong skuad Negara. Prestasi skuad Negara kebalakangan ini amat merungsingkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kami penokong Malaysia berharap agar Malaysia mampu menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama pada tahun ini.

KUMPULAN A KUMPULAN B

1. SINGAPURA 1 MALAYSIA
2. INDONESIA 2. THAILAND
3. MYANMAR 3. VIETNAM
4. KEMBOJA 4. LAOS

Wednesday, December 3, 2008

MILIK RONALDO

Salam Sejahtera…

Tahniah diucapkan kepada bintang Manchester United dari Portugal , Cristiano Ronaldo kerana memenangi anugerah Bola Emas atau Anugerah Ballon D”Or sebagai Pemain Terbaik Tahunan Eropah semalam.. Ronaldo menjadi pemain keempat United menerima penghormatan itu selepas George Best memenanginya pada tahun 1968


Selain itu, Ronaldo berjaya menambah koleksi ke-4 anugerah dalam kariernya pada tahun ini. Sebelum ini dia telah menerima Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFPro pada Oktober lalu serta anugerah daripada Persatuan Pemain-Pemain Profesional serta Penulis-Penulis Bola Sepak England.

Ronaldo yang mengimpikan anugerah ini sejak kecil lagi amat berbanga dan bersyukur kerana mengetepikan pencabarnya dari Barcalona , Lionel Messi dan pemenang tahun lalu, Kaka dari Ac Milan yang hanya berada di tangga kelapan.. Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada pengurusnya Sir Alex Ferguson dan rakan seperjuangan sama ada United ataupun Portugal. Pencapaian terbaik Ronaldo pada tahun lalu ialah menjaringan 42 gol dalam Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.

3 UNDIAN PERMAIN TERBAIK EROPAH 2008

1. Cristiano Ronaldo ( Manchester United) 446
2. Lionel Messi (Barcalona FC) 281
3. Fernando Torres (Liverpool) 179

Tuesday, December 2, 2008

MASIH TERBUKA

Salam sejahtera…
Harapan untuk menjadi Raja EPL masih lagi terbuka untuk empat gergasi England, Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool. Ini kerana pendahulu EPL, Chelsea terpaksa akur dengan kehebatan pasukan muda The Gunners apabila tumbang 1-2 . United pula memungut 3 mata penting apabila membenam jirannya , Manchester City 1-0. Satu lagi gergasi England, Liverpool gagal memanfaatkan peluang ketika bertemu Wast Ham United apabila diikat tanpa jaringan


United yang kini ketinggalan 6 mata dibelakang pendahulu liga, Liverpool berjaya merapatkan jurang untuk terus merebut gelaran juara liga perdana enggeris apabila menewaskan City di tempat lawan.dengan 1-0 hasil jaringan penyerang sensasinya Wanye Rooney pada minit ke-42. Bagaimanapun skuad bimbingan Alex Ferguson terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selama 22 minit sebelum tamat perlawanan apabila Cristiano Ronaldo diperintah keluar padang. Ronaldo yang terpaksa meninggalkan pada setelah memperoleh kad kuning kedua kerana dikatakan sengaja memegang bola. Kad kuning pertama diperolehnya kerana mengasari pemain City, Wright Philips. Namun, City gagal menggunakan peluang itu untuk menumpaskan United.




Selain itu, Hasrat Chelsea untuk menjarakkan mata terpaksa dilupakan apabila tewas kepada skuad muda Arsenal.. Van Persie menajadi wira The Gunners apabila meledak gol kemenangan bagi membantu Arsenal untuk merapatkan jurang. Arsenal yang bangkit selepas Chelsea memperoleh gol hasil jaringan sendiri pemain Arsenal , Johan Djourou dengan Van Persie manjaringkan dua gol untuk memastiakn Arsenal peroleh 3 mata penuh. Namun Scholari menyalahi pengadil kerana mengatakan gol pertama Arsenal berada di posisi offside. Prestasi Arsenal kini tidak konsisten setelah mengharungi beberapa perlawanan. Arsene Wenger menasihati anak buahnya supaya lebih bermotivasi untuk menewaskan lawan kerdil.
Chelsea juga terpaksa melepaskan takhta kepada Liverpool setelah kelab itu berjaya memperoleh 1 mata ketika menentang Wes Ham United. Tiada sebarang jaringan di saksikan pada perlawanan antara Liverpool dan Wes Ham. Pengendali Liverpool kesal apabila anak buahnya gagal memperoleh 3 mata penuh untuk menjarakkan mata dengan musuh ketatnya, Chelsea

Namun, Saingan untuk merampas gelaran Juara Liga Perda Enggeris masih lagi terbuka kepada semua pasukann. Mampukah United mempertahankan gelaran itu? Atau kelab lain akan mencul untuk merampasnya? Perjalanan masih lagi jauh. Sama-sama kita saksikan kesudahannya.

sekian

Friday, November 28, 2008

AL-FATIHAH

SALAM SEJAHTERA..

Baru sekejap tadi saya mendengar berita tentang pemergian Timbalan Menteri Pelajarn Malaysia, Datuk Razali Ismail ke rahmatullah. Allahyarham yang berasal dari Kuala Berang ini kembali buat selama-lamanya menghadap Illahi pada pukul 6.30 petang tadi semasa bermain badminton ketika menghadiri Majlis Konvokesyen TITT Nasional ke-2 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.

Kehilangan beliau amat dirasai terutamanya bagi warga pendidik kerana beliau seorang yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya di Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussien berkata arwah seorang yang baik dengan warga kementerian dan tidak pernah merungut dengan tugasannya.

Arwah Datuk Razali merupakan bekas pengerusi PTPTN Malaysia yang juga memerangkap Ahli Parlimen Kuala Terenganu meninggalkan seorang isteri, Noraini Yusof serta 5 orang anak. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan amat disenangi oleh semua orang. Semoga roh arwah dicucuri Allah dan ditempatkan bersama roh-roh mukmin yang bertakwa


AL-FATIHAH

Thursday, November 27, 2008

bERBEZA .....

Salam sejahtera…
Tentu pembaca tertanya mengapa tajuk saya pada pagi ini begitu pelik… Ini berkaitan dengan dua pemain raket yang berasal dari Pulau Pinang yang telah diberikan gelaran Datuk kerana jasa dan pengorbanan dalam sukan yang diceburinya. Tentu saya tidak perlu memperkenalkan sipa gerangnya. Mereka ialah Datuk Nicol Ann David yang merupakan Ratu Skuash Negara dan Pemain nombor satu dunia pada ketika ini. Datuk yang kedua saya maksudkan ialah pemain badminton perseorangan utama Negara yang bakal kehilangan takhta nombor satu dunia. Terdapat dua senario yang jauh BERBEZA antara kedua-dua pemain Malaysia ini.


Bagi Datuk Nicol Ann David beliau boleh berbanga dengan pencapaiannya ini setelah berjaya merangkul gelaran johan pada kejohan Terbuka Hong Kong baru-baru ini. Dengan ini, Nicol berjaya mempertahankan gelaran johan selama tiga tahu berturut-turut semenjak 2006. Selain itu, Nicol juga berjaya mempertahankan 54 kali rekod tanpa kalah. Pada kejohanan itu, Nicol begitu mudah untuk mara ke Final sebelum bertemu musuh tradisi dari Australia, Natalie Grinham. Nicol terpaksa berhempas pulas untuk menundukkan musuhnya itu. Dengan tumpuan yang jelas akhirnya Nicol menjadi johan

Nicol menyatakan beliau tidak menghadapi tekanan semasa bermain kerana tumpuan lebih penting untuk mamastikan kejuaraan dalam gengaman. Datuk Nicol berkata selepas bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam pertemuan ringkas selepas pulang dari Kejohanan Skuash Terbuka Hong 2008. Kejohanan itu bukan kejohan yang terakhir buat Nicol pada tahun apabila dia terpaksa mengetuai cabaran Malaysia dfalam Kejohan Skuash Berpakuan Dunia yang akan diadakan di Kaherah bermula Ahad ini sehinga 6 Disember bersama-sama tiga lagi pemain Negara. Memang berbaloi anugerah Datuk yang telah diberikan kepada Noicol kerana berjaya mengekalkan Takhta Ratu Skuash Dunia 3 tahun berturut-turut.

Namun, lain pula cerita yang empunya Datuk seorang lagi iaitu Lee Chong Wei. Berbaloikah Anugerah Datuk yang diberikan kepada Chong Wei ? Bukan saya tidak menyongnya tetapi berdasarkan prestasinya memang terlalu hambar. Memang kini Datuk Lee Chong Wei memegang takhta nombor satu namun ianya akan terlepas dari gemgaman Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei gagal meraih kejuaraan Super Series Terbuka China baru-baru ini. Belaiu masih lagi gagal menyekat kehebatan musuh tradisinya. Dalam kejohanan itu, Chong Wei kalah mudah kepada musuhnya dari China iaitu Lin Dan. Ada yang mengatakan Chong Wei menghadapi banyak tekanan. Adakah itu hanyalah alasan?

Chong Wei mengatakan belaiu memghadapi banyak tekana semasa bertemu pemain tuan rumah itu. Selain itu, Lin Dan mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri. Pertemuan ulangan Olimpik 2008 itu banyak memberi pengajaran kepada Chong Wei namun Lin Dan terlalu aktif walapun berehat panjang selama 3 bulan. Sebelum kejohanan ini Chong Wei menjuarai Terbuka Johor. Perlawan ini diangap perlawan pemanas badan baginya. Chong Wei terlalu mudah bagi Lin Dan. Apa yang mengejutkan Chong Wei terpaksa melupakan hasratnya untuk menebus kekecewaan kepada Lin Dan kerana terpaksa pulang awal setelah mengalami kecederaan pada pusingan pertama. Sekiranya Lin Dan menjuarai Terbuka Hong Kong ini bermakna Chong wei Terpaksa melepaskan gelaran nombor satu dunia itu. Fikir-fikirkanlah.rbeza antara kedua-dua pemain Malaysia ini.
sEKIAN

Monday, November 24, 2008

sAMBUTAN hANGAT....

Salam Sejahtera

Satu majlis Forum Perdana Ehwal Islam telah diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Chalok Barat. Forum ini diadakan oleh Jabatan Agama Islam Daerah Setiu dengan kerjasama Angensi Anti Dadah Kebangsaan, Belia Felda Chalok Barat dan Terengganu FM telah dihadiri lebih kurang 300 penduduk di sekitar ini.Jangkaan yang majlis ini kurang sambutan meleset seteleh orang ramai mula memenuhi ruang dewan seawal jam 830 malam.



Antara ahli panel yang hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Badli Shah bin Alaudin ( Pen Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang), Tuan Haji Kamarudin bin Omar (Pen. Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor, Hulu Terenganu) dan Ustaz Mohamad Nor bon Jaafar ( Ketua Kaunselor Pusat Serenti Besut) dan dipengerusikan oleh Ustaz Suhaimi Bin Endut dari Pejabat Agama Daerah Setiu. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Dan Wanita Terengganu memerangkap Ahli Dun Langkap, Yg. Berhormat Ashaari Idris. Antara Tetamu VIP yang lain ialah Encik Faizol (Pengurus FELDA Wilayah Terenganu), Encik Zakaria Sayang (pengurus FELDA Chalok Barat0 dan Pegawai Agama Daerah Setiu.



Forum yang bertajuk " MENJANA KELUARGA CEMERLANG " telah dikupas dengan lebih terpinci oleh ahli panel yang berpengalaman ini. Siaran secara langsung oleh Terengganu FM ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Arif Ngah ini diikuti perasmian oleh Yang Berhormat Ashaari Idris seterusnya perbincangan tajuk ini berakhir jam 1145 malam.



Tahniah kepada Belia Felda Chalok Barat kerana dapat mengadakan Forum ini. Ini telah membuktikan bahawa Belia Felda mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi. Sehinga bertemu lagi di lain bicara. Ingatlah anak-anak merupakan satu insan yang perlu digilap sebetulnya oleh ibu bapa dalam mencapai kejayaan akan datang. Kejayaan anak ialah penawar kedukaan ibu bapa tetapi kegagalan anak-anak merupakan kesedihan ibu bapa. Oleh itu, Keluarga yang cemerlang mampu mendidik anak-anak kr jalan yang benar .,..



WASSALAM

Thursday, November 20, 2008

BANJIR DI SETIU

salam sejahtera....






Pada musim tengkujuh, seluruh pantai timur semenanjung Malaysia akan menerima hujan lebat akibat peralihan angin monsun. Hal ini kan menyebabkan kejadian banjir di kawasan rendah. Setelah hujan lebih dua hari di Setiu, Kampung Bukit Kecil di sini telah ditenggelami air dan menyebabkan perhubungan di Kampung Chalok Kedai dengan Bukit Putera terputus.






Bagi kanak-kanak, bermain air banjir merupakan sesuatu yang paling menyeronokkan tetapi harus diingat keselamatn juga harus dijaga. Bagi ibubapa saat inilah yang paling merungsingkan kerana merekla terpaksa menjaga keselamatan anak-anak dan perlu mencari pendapatan yang lebih bagi membaiki peralatan yang rosak akibat banjir.






Terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri kerana menyediakan bantuan dan kemudahan semasa banjir ini berlaku. sehinga bertemu lagi di lain waktu.






sekian

Wednesday, November 19, 2008

FELDA CHALOK BARAT

Salam Sejahtera…

Tentu masih ramai yang belum mengenali Felda Chalok Barat. Felda Chalok Barat merupakan sebuah felda di dalam negeri Terengganu. Felda ini terletak antara jalan negeri yang menghubungkan Kuala Terengganu- Kota Bharu. Walaupun kedudukan felda ini agak terlindung bagi pemandu-pemandu yang melalui jalan ini, namun pada hari nama Felda Chalok Barat sudah pun dikenali bukan sahaja di negeri ini malah di Seluruh Malaysia.




Sebelum tiba di Felda ini anda semua akan dihidangkan dengan pemandangan yang begitu indah dengan rimbunan pokok getah dan kelapa sawit. Felda ini telah diwujudkan lebih 35 tahun dahulu dengan jumlah peneroka seramai 200 orang. Walaupun Felda Chalok Barat tidak tersohor seperti tanah rancangan yang lain tetapi Chalok Barat juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.



Disini terdapat pelbagai kemudahan yang boleh anda semua nikmati. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah Balai Polis, D”Mart Market,masjid, Sekolah Rendah , Sekolah Agama, Dewan Serbaguna , Padang , Taman Permainan, dan banyak lagi. Selain itu, Felda ini juga mempunyai Kilang Memproses Getah Susu. Getah-getah yang diproses ini dibawa dari seluruh Malaysia seperti Kedah, Perlis dan ada juga dari Johor.




Selain daripada hasil kelapa sawit yang diperoleh peneroka di sini, ada juga yang menambahkan hasil pendapatan mereka dengan menghasilkan produk desa seperti membuat budu, memelihara lembu dan ikan talapia, mengusahakan kebun limau madu dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, budu yang dihasilkan di sini iaitu Budu Selara Kampung telah mendapat pasaran bukan sahaja di negeri Terenganu malah di seluruh pelosok Malaysia. Tanya sahaja budu chalok barat sudah pasti ramai yang mengenalinya.



Belia-belia disini juga melakukan perkara yang berfaedah seperti membuka bengkel, menjual burger, dan sebaginya. Dengan ini segala kenyataan ataupun pandangan orang luar terhadap belia-belia felda yang suka berlumba, mencuri dan hisap dadah tidak sekali benar. Mereka adalah pewaris kepada Felda-felda di seluruh Malaysia.


Sekian sahaja buat waktu ini semoga berjumpa lagi. Dengan ini diharapkan agar Felda di seluruh Malaysia terutamanya Felda Chalok Barat akan terus maju.

Sekian

Saturday, November 15, 2008

SELAMAT BERANGKAT

Salam Sejahtera...
Saban tahun jemaah haji dari seluruh dunia akan berkumpul di mekkah bagi menyempurna ibadat rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan haji. Ibadat haji kali ini merupakan satu sejarah bagi jemaah haji dari pantai timur iaitu Terenganu, Pahang dan Kelantan. Ini kerana kesemua jemaah haji bagi ketiga-tiga negeri ini akan diternbangkan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke Jeddah dan Madinah.

Bagi penerbangan pertama iaitu dari Kuala Terenganu ke Jeddah, Penerbangan tersebut telah berlepas pada hari Khamis lalu pada 13 November 2008 dan penerbangan ke Madinah ialah pada hari Sabtu iaitu pada 15 November 2008. Kesemua jemaah haji ini dibawa oleh pesawat Boeing 747 yang telah mendarat di Kuala Terenganu. Ini merupakan sejarah yang bermakna bagi seluruh warga negeri Terenganu kerana satu-satunya negeri pantai timur yang mampu membawa jemaah terus ke mekkah.Detik bersejarah ini telah disaksikan oleh ratusan penduduk Kuala Terenganu dan saudara mara jemaah di sekitar Lapangan Terbang ini.

Jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Terenganu dibawah pimpinan YB datuk Ahmad bin Said kerana telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat. Lapangan Terbang Sultan Mahmud kini boleh menampung jumlah kapal terbang yang banyak untuk perjalanan ke luar negara.

Kepada jemaah haji dari Felda Chalok Barat, saya mendoakan agar anda semua selamat pergi dan pulang dengan haji yang mabrur.

Sekian, Terima Kasih

MEMORY IN SESMA

Salam Sejahtera....

Setiap insan di bumi Allah ini mempunyai pelbagai kenangan sama ada kenangan manis atau pahit. Kenangan ini akan menjadi ingatan hingga ke akhir hayat.








Bagi saya, kenangan manis ialah bersama rakan-rakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terenganu. Suka duka kami lalui bersama dalam mengharungi hidup sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Kalau dikira hari, saya lebih banyak bersama rakan-rakan berbanding kelurga yang tercinta. Oleh sebab itulah saya lebih rapat dengan kawan-kawan. Tetapi keluarga yang tersayang tetap dihati kerana keluargalah segalanya tempat untuk kita bergantung. Antara kawan yang rapat dengan saya ialah sayyid, azwi, amirul, pak tam, nyeh , amir p-dah,paan ,boolat, togi dan jedak. Untuk pengetahuan semua, mereka ini ialah bekas ahli dorm saya semasa di tingkatan 3. Telah banyak kenangan bersama mereka yang tidak dapat saya lupakan.





Selain itu, rakan-rakan batch 32 juga banyak memberikan kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila. Mereka semua amat baik dan selalu mengambil berat antara satu sama lain. Walaupun batch 32 ini dikatakan batch yang teruk oleh guru-guru SESMA tetapi kami tetap mengatakan batch 32 merupakan batch yang terbaik. Tahniah kepada rakan-rakn yang telah menjayakan semua aktiviti sepanjang tahun ini yang telah mencatat beberapa sejarah baru SESMA. Ayuhlah kita bangkit dan buktikan siapa Batch 32 yang sebenarnya pada SPM 2009 nanti.



Sekian

Sekapur Sireh...


Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan blog ini dengan jayanya....

Ucapan terima kasih saya tujukan kepada abang yang tersayang, Ahmad Amhsyar yang telah memberikan inspirasi kepada saya untuk menyiapkan blog ini. Tidak lupa juga kepada ayah dan ibu tersayang, AminudinIsmail dan Sarinah Mat Zin yang telah menjaga saya sejak kecil lagi sehingalah dewasa. Walaupun ayah saya mengatakan saya banyak mendatangkan problem kepada keluarga, memang saya akui saya banyak memberi masalah dan akan berusaha untuk megubahnya. Kepada kakak yang tersayang, kamulah idola saya untuk mencapai kejayaan pada SPM 2009 nanti. Untuk adik yang cute, Belajarlah bersunguh-sunguh untuk kejayaan adik juga. Belajarlah untuk berdikari sejak sekarang.

Kepada Guru-guru dan rakan-rakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) terima kasih diatas sokongan yang telah diberikan kepada saya semenjak saya menjejakkan kaki ke bumi Sesma. Tidak ketingalan kepada warga kampung kelahiran saya iaitu penduduk Felda Chalok Barat, Setiu terenganu anda semua adalah memberi semangat kepada saya untuk berjaya dengan cemerlang dalam menyiapkan blog ini.

sekian.