Sunday, August 29, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA ..



Salam sejahtera..

Satu hari lagi kita semua akan menyambutkan hari merdeka yang ke-53… Aku sebagai salah seorang warga Malaysia begitu bangga dapat menjadi rakyat disini.. mana tidaknya kita semua boleh hidup dengan aman dan bahagia dengan pelbagai kaum di tanah air kita sendiri..


Tidak ada apa yang aku nak tulis kat coretan kali ini.. Hanyalah nasihat kepada generasi akan datang supaya lebih menghayati apa itu erti kemerdekaan itu…huhuhuhu.. Macamlah aku hayati sangat..Kita menapai kemerdekaan selama 53 tahun.. begitu sekejap untuk dibandingkan dengan usia penjajah menjajah Negara kita ini… berates-ratus tahun kita dah berada dibawah cengkaman penjajah..Pelbagai jerit perih telah dilalu oleh nenek moyang kita.

Mereka telah merasai keperitan di bawah penjajah yang begitu kejam menyeksa kita. Mereka ditindas oleh tentera jepun yang tidak ada perikemanusiaan, komunis mendera rakyat kita dengan zalim sekali dan british juga telah menyekat kebebasan kita.. Namun,.. Akhirnya dengan adanya insane yang bersamangat berusaha untuk memcapai kemerdekaan.. Mereka sanggup berkorban jiwa raga semata-mata untuk mengembalikan matuah tanah air kita.

Semua ini adalah sejarah dan kita harus menghayatnya supaya perkara-perkara ini tak berulang lagi. Kita masih lagi dijajah walaupun sudah merdeka 53 tahun. Ya, kita dijajah melalui minda fikiran kita. Kita telah dijajah melalui ekonomi Negara kita. Tapi ini semua diluar pengetahuan kita kerana kita terlalu bangga dengan apa yang kita ada.. Oleh itu aku ingin nasihatkan kawan-kawan supaya hayatilah apa itu maksud kemerdekaan semua.. Akhir kata..selmat menyambut bulan kemerdekaan yang ke-53…

Thursday, August 19, 2010

SHE IS MY BEST FRIEND....


salam sejahtera

Ada satu ag nak kongsi kat korang..hehehe my best friend… ever n foerever..hak2.. yela.. aku skali dengan dia masa darjah 1 samapi darjah 4… macam2 ku kacaw dye..heheh aku kan nakal dulu.. taklah banyak sangat..hehehe aku slalu buat die menangis dulu..hehehe sampailah dia pindah skolah masa darjah 4..eh.. sia pindah skolah bukan sebab aku taw.. dia pindah sebab dia dapat mausk skolah pandai..hehehe tak lah macam aku ni ..tak pandai tapi nakal..heheh xrase sdih lagi mase tuh.. sebab aku mmg nakal..hehe tapi lau korang nk tahu.. name dia n kembar dia slalu aku ingat taw… kitaorang xberjumpa about 7 years… lame kan..hahah lau ad anak.. dah darjah satu dah taw.. lame x lame kitaorang xjumpa..hahaha….

Tapikan dengan kuasa Allah.. akhirnya aku kembali berjumpa dengan dia dkat Kem PLKN…hahaha tak sangka lah pulah dapat jumpa dengan orang yang slalu aku buat dia menangis masa dulu2…hehehehe tapi mase kat PLKN kita orang tak pun bertegur sapa..malu kot coz lame dah xjumpa.. dulu pun kecik2 lagi mase jumpa..hahah sekarang dah besar.. muka pond ah berubah,..hahaha…. 3 bulan ada kat PLKn.. perkataan yang pernah kami sembang “ wa, sombong r ko …”heheh 2 jela.. last2 lpas PLKN.. dia mintak no aku nga kawan dia… dapatla…

Lepas dia mintak nombor aku tu..kita orang saling kontek mengontek..haha( rosak bahasa melayu aku)..hehehe dia ingatkan kembali apa yang pernah aku buat kat dia n kembar dia dulu..hehe mcam2 dia cerita.. ingat lagi di pasal2 semua tu.. simpan dendam ke??hehehe…. tapi dia cakap dia tak pernah simpan dendam kat aku pasal zaman dulu-dulu..(selamat aku..) hahaha… dialah sahabat aku yang paling memahami aku.. segala maslah aku.. aku luah kat dia…hehe aku xpnah terasa dengan kata-kata dia.. aku pon tak tahu knape..huhuhu lau nga orang ada lah jugak trase..tp nga dia xpon..haha….

Ada satu ketika semasa UPU diumumkan… aku dapat sambung pengajian dalam Diploma Pertanian kat UPM.. mula aku ingatkan kat serdang…smangat giler nak pergi sebab mase tu.. tawaran nk jadi cikgu tak dapat..hehehe adalah satu hari tuh.. aku tak tahu takdir or kebetulan… kawan baik aku nie.. col aku.. ni dialog aku..

Dia : mir , ko dpat UPM ke???

Aku : Yup.. aku dapat UPM..

Dia : Ko nk pergi tak?? Jauh tuh wes.. Sarawak tu..huhu

Aku : aik.. Sarawak ke?? Bukan serdang?? Ko bia btol..

Dia : Yela.. ayah aku gtaw.. lau program diploma UPM semuanya kat UPM kampus Bintulu..

Aku : owh.. dah ko dpat ane??

Dia : UPM kampus Buntulu.. same nga ko…

Inilah yang aku cakapkan kebetulan atau takdir???huhuhu dahlah PLKN same.. masuk U pon same.. nanti kerja bersma kot..hak3…. dia amik kos kejuruteraan pertanian n aku diploma pertanian.. xmungkinlah kerja bersma..hahaha tpi laud ah takdir nk buat camne kan…hehehe..

Akhirnya dia memberitahu aku… kalau aku xpergi.. mak bapak dia x kasi dia pergi UPMKB..huhuhu aku pun cakap balik..apelak kaitan nga akunye…hehehe… last2 kitaorang pond ah setuju untuk sama-sama mengejar impian di UPM kampus Bintulu Sarawak…

To be continued…

Wednesday, August 18, 2010

LIFE IN UPM KAMPUS BINTULU


Salam sejahtera n salam ramadhan…

Aku rasa dah lama aku tak menjenguk kat Blog aku ini.. Maklumlah kesibukan dengan assignment ditambah pulak dengan test 1 yang amat menakutkan.. bukan takut sebab test 1 ni hodoh or jahat macam pocong or hantu bungkus.. tapi takut kerana aku tak pernah melalui ujian di University.. First time lah orang kata kan..hehehe..

Dalam sedar tak sedar.. aku dah sebulan lebih menjadi warga UPM kampus Bintulu ni… Memang sekejap je rase… Baru smalam aku rase penah menyanyikan lagu UPM semasa Minggu Perkasa Putra..hehehe tapi itulah yang dikatakan masa.. akan terus berlalu tanpa menhiraukan ape yang berlaku..hehe kejam jugak mase ea kan???hahaha


Dalam masa sebulan nie dah macam-macam berlaku kat aku..hehhe biasalah kan.. inilah yang dinamakan dugaan atau ujian dari yang maha esa…hehehe Aku kat cini lepak-lepak dengan budak dari Kelantan dan ganu.. termasuklah jugak roommate dan kosmate aku..huhu budak ganu yang aku maksudkan ialah Jef… orang dungun.. n afham dari Melor, Kelantan….kita orang memang baik… selalu lepak same2..study same2.. malah makan pon same2 taw…heheheh tapi kan.. ada 2 orang lagi kawan aku iaitu Imran dan Adzhari… kitaorang berlima ni memang kamcing giler..heheh

Untuk pengetahuan korang.. Aku suke giler bila bersama-sama dengan budak-budak kelas aku..hehehe Semuanya jenis enjoy n funny.. xdelah stress sangat time blajar kan..hehehe kitaorang sume caring about others…heheheh ada skali aku TERbadmood..hehehe satu course turut badmood..hahah sunyi giler course aku ari tuh..hahah macam hari senyap sedunia plak..tapikan.. aku rasa gak bersalah… maklumlah.. sebab aku seorang.. 61 lagi yang lain turut bedmood.. jhatkan aku..huhu coe my friend.. aku tak sangaja nak buat gitu ari tu.. tapi..kepala serabut ckit kot..huhuhu aku memang respect giler kawan course DPT sem 1…ye r.. memahami antara satu sama… thanks my friend..hehehe..

Skrang.. aku n kawan2 muslim yang lain sedang menjalani ibadat pause kat sni..hehehe,.. lau bebuka memang kami suka sebab berbuka awal..haha kalau lepas berbuka mesty aku akan kacau kawan2 aku semenanjung..heheh biasa lah,..kita dapat makan awlkan.hahaha nk bagi orang jeles…heheh tpi apa yang aku sedih ialah.. xdapat nk tunaikan solat terawih ..coz kita orang ad kelas..huhu kecewa gile..yela.. dari dlu xpnah pm xtinggal terawih..huhu tapi apa boleh buat..nasib la.. satu ag perkara aku xsuka.. time sahur.. huhu pkul5.. dah abes sahur.. awal giler.. sebab tu aku perlu stay uo sapa pkul 5.. lepas subuh baru tidur..heheh

Banyak dah kenangan aku kat UPMKB ini.. aku harap aku dapat kekallah kat sini samapi semester 6.. amin…..

sekian

Thursday, August 5, 2010

KEJUJURAN...

Salam sejahtera.

Kejujuran…. Yup satu istilah yang amat penting dala kehdupan setiap manusia di atas muka bumi ini..memang aku tak nafikan dalam kita menjalinkan persahabatan hanya satu persepuluh sahaja yang betul-betul jujur dengan kita. Jadi kita kena aku dan tidak boleh memberikan kepercayaan yang sepunuhnya kepada kawan-kawan kita. Apa yang aku cakapkan ini berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui.. sebab itulah aku berani tuk meneggakkan kebenarannya.

18 tahun aku hidup di atas bumi ciptaan yang maha Esa ini ..mungkin masih terlalu muda lagi ntk dibandingkan dengan orang yang lebih lama hidup. Namun, aku dah dapat rasa dan lalui apa erti kejujuran dalm persahabatan. Aku juga rasa mungkin sesetengah orang tidak mengabil endah tentang kejujuran kawan –kawan dalam persahabatan sebab itulah mereka tidak rasa dan mengetahui apa erti kejujuran…

Shabat memang tidak boleh lari dari kehidupan kita selagi masih hidup namun apakah yang kita rasa kalu rakan atau orang yang telah kita percaya mengkhianati kehidupan kita?? Atau menipu kita tanpa kita sedari??? Cuba pembaca bayang dan fikirkan sabanyak manakah saudara atau saudari telah ditipu atau dikhianati keprcayaan yang telah diberi??? Hari ini aku telah merasai semua itu dengan peritnya…. Tapi apakan daya..kita hanya manusia untuk mengubah sikap manusia yang lain.. kita hanya mampu menasihati tapi kalau hati dah benci.. bagaimana untuk menasihatinya>??? Aku pun tak tahu…

Fikir-fikirkanlah..

Salam

Tuesday, August 3, 2010

HARGAILAH MEREKA.....

Salam sejahtera,

Hari ini aku bersyukur kepada yang maha Esa kerananya aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang ini. Mungkin bagi orang lain yang melihat kehidupanku merasakan aku sangat tersempit dan sebaginya tetapi aku sangat bahagia dengan hidupku kini. Dengan adanya mama dan ayah yang sangat baik dan memahami anak-anaknya. Sesungguhnya setiap manusia tidak mempunyai kesempurnaan hidup. Tetapi bagiku Ketidaksempurnaan itulah yang telah membahagiakan hidup aku sekeluarga. Aku telah diberikana kasih sayang yang secukupnya.

Walaupun keluarga aku tidak kaya dengan kemewahan tetapi aku telah di didik dengan budi bahasa, sopan santun dan sebagainya. Kerana denganaadnya semua itu, aku berjaya mengharungi hidup ini dengan sempurna.

Untuk pengeyahuan semua, Kemewahan tidak boleh membeli kebahagiaan. Dan yang paling penting ialah membahagiakan kedua orang tua kita. Bagi mereka, kasih sayang dari seorang anak lebih bermakna daripada harta yang kita bagi kepada mereka. Tidak guna kalau kaya tapi tiada kasih sayang daripada anak-anak yang telah dibesarkan oleh tangan ibu dan bapa sendiri.

Sebagai remaja kita haruslah berfikir untuk mencapai kejayaan di alam ini dan tidak melupakan mereka. Jadilah anak yang berguna kelak. sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada Keredhaan Ibu dan Bapa kita ...

renung-renungkanlah...
Sekian wasalam..

Sunday, August 1, 2010

Datang Kembali!!!!

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia..

Tidak sampai seminggu sahaja lagi umat Islam di seluruh Malaysia dan juga segenap dunia bakal menunaikan rukun Islam iaitu berpuasa sebulan di Bulan Ramadhan. Baru rasanya kita berpuasa pada tahun lepas. Namun itulah masa yang sentiasa mengejar kita.

Pada bulan yang mulia lagi dirahmati oleh Yang Maha Esa ini, kita haruslah menjalankan segala ibadat dengan khusyuk dan meninggalkan segala larangannya. Sesungguhya bulan ini erupakan bulan yang paling dirahmati.

Bagi diriku, mungkin Puasa kali ini berbeza sama sekali kerana jauh disamping keluarga tersayang. Yup, berpuasa di bumi orang memang berbaza. Kalau di SESMA dulu mungkin telah disediakan hidangan untuk berbuka di dewan makan. Begitu juga kalau di rumah, Hidangan lazat di mama tersayang sudah menusuk hidungan seawall jam 5 lagi. Tak tahulah bagaimana berpuasa di sini. Tapia pa yang diharapakan saya dapay menjalani ibadat ini dengan sempurna…

Salam