Sunday, July 31, 2011

1st Ramadhan...

hari ni seluruh umah Islam di Malaysia akan memulakan ibadat Puasa Bulan Ramadhan... ape yang aku harap ialah ramadhan kali ini memberi seribu makna untuk kita semua.... bercakap pasal 1st ramadhan ni... tahun ni.. hari pertama puasa aku ialah dirumah... memang best,,, dapat berbuka dengan family buat kesekian kali nye....hehehe

yelah... lau aku tak silap.. dah 5 tahun aku tak dapat rasakan hari pertama berpuasa di bulan ramadhan bersama kelurga aku nie... yelah.. ade berpuasa at skolah... pastu ada gak berpuasa kat UPM kampus Bintulu... dan tahun la dapat berpuasa pertama di rumah... hehehe

apa agaknya lauk yang family aku akan buat ek?? tak sabarnyer nak tunggu petang ni.. ;) mEMANG aku tak nafikan bahawa berpuasa dirumah amat best sebab macam2 lauk dapat kita rasakan... hehe lau nak dibandingkan berbuka di kolej mahupun diluar...

tapi ape yang menyedihkan aku, pagi besok aku dah kena pulang ke Sime Darby Plantation Academy...huhuhu cuti seminggu bagaikan sehari... :( erm... nak wat cmne an.. terpakselah kita ikut... sebab kitakan pelajar an... Nway... aku nak ucapkan thanks kat pihak pengurusan Sime Darby Plantation academy yang membenarkan cuti kami ini dilanjutkan sehingga hari kedua ramadhan,..... hehehe

nanti an.. lau dah nak rayer... aku nak jemput korang semua datang lah ke rumah aku ek..:) papai

Saturday, July 30, 2011

REnungan Kita Bersama...

wahai sahabatku...
pandanglah pemakaman nun di sana..
saksikanlah berapa banyak pusara didalamnya..
berapa ratus ribu manusia yang tidak berdaya berbaring dalam kegelapan di sana

Setiap orang di antara mereka
telah membanting tulang dan berjuang...
telah terbakar oleh harapan hampa dan ketamakan..
serta pakaian yang gemerlap bertatahkan ratna mutu manikam..

Mereka mengumpulkan berguni-guni emas dan perak,,
merampas nafkah orang ramai...
dan berlumba-lumba dengan tipu muslihat..
mencari wang yang banyak..
NAMUN AKHIRNYA...
dengan penuh keluh penyesalan,,...
mereka dibaringkan untuk menghadapi ajal...

Gudang harta kekayaan mereka penuhkan...
dan di dalam jiwa mereka..
tertanamnya benih-benih ketamakan..
TETAPI AKHIRNYA...
semua itu mereka tinggalkan..
untuk menghadap YANG MAHA ESA..

Sungguh menyedihkan..
dan tanpa di duga...
mereka menghadapi pintu kematian,,,
tanpa sebarang ImAn Dan Takwa dihati mereka...
Segala kekayaan dan kesenangan dunia DITINGGALKAN..
dan hanya AMALAN yang dibawa mengadap Sang Pencipta...

REnunglah wahai Sahabat....
REnungilah kebimbangan hatimu..
dan
bergegaslah engkau ke pintu taubat...

JIKA TIDAK,... ketahuilah Olehmu sahabat,,,,
ENgkau akan terseksa untuk selama-lamanya....

Friday, July 29, 2011

Mereka Terbaik !!!



tidak perlu memohon maaf.... itulah yang harus dikatakan kepada skuad Malaysia yang gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga . Mereka telah melakukan yang terbaik untuk jutaan rakyat Malaysia yang mahu menyaksikan Skuad bimbingan K. Rajagobal itu beraksi pada kejohanan Piala Dunia 2014 namun apakan daya , masih tiada rezeki buat Harimau Malaya menjadi salah satu pasukan yang beraksi untuk kejohanan itu..


Memang mengecewakan apabila kita sekadar mencatat keputusan seri ketika perlawanan timbal balik di stadium keramat, Bukit Jalil 28 Julai lalu.. Malah ada yang mengatakan bahawa skuad bola sepak Malaysia masih belum berada pada tahap yang sebenarnya apabila tumbang kepada Singapura dengan aggreget 6-4...


Merayu... Kapten Malaysia , Safiq Rahim selepas dilyangkan kad merah


kegagalan untuk membiasakan diri dengan padang sentetik di Stadium Jalan Besar , Singapura akhirnya mengundang padah apabila gawang Malaysia dibolosi sebanyak 5 gol.. 4 gol mudah pada babak pertama memberi bayangan bahawa kita tidak biasa dengan padang tiruan... namun, segalanya dapat diselesaikan apabila kita bangkit pada babak kedua dengan 2 jaringan dan hanya satu dibolosi... menjadikan kedudukan di 5-3 selepas tamat perlawanan di singapura...



Anugerah Pengarah Terbaik dapat dikalungkan kepada jurulatih Singapura ini andainya terdapat anugerah tersebut dalam perlawanan bola sepak



Misi di Bukit jalil menjadi sukar apabila ketiadaan Safiq Rahim selaku penggerak utama pasukan serta taktik ataupun lakonan yang menjadi daripada pemain-pemain singapura... Walaupun kehadiran lebih 95 ribu penyokong Malaysia tetapi masih lagi gagal untuk melemahkan semangat serta lokanan terbaik daripada pemain singapura...... Gol jaringan Safee Sali masih lagi gagal untuk melayakkan Malaysia ke pusingan seterusnya....

Tidak perlu kata maaf daripada Wira-wira kita... Sebaliknya TAHNIAH harus dikalungkan kepada mereka yang sanggup berjuang sehingga ke wisel penamat di tiup kan... bagi aku.... Harimau Malaysia terbaik...... :)

Tuesday, July 26, 2011

Betul ke ni??




Lucky is the man who is the first love of a woman, but luckier is the woman who is the last love of a man...:D


Ayat ni daripada seorang member aku.... huhu cube korang paham betul-betul ayat ni... kalau tak paham gak biar aku tolong translate.... lelaki yang paling bertuah ialah apabila berjumpa dengan perempuan yang mempunyai cinta pertama... dan perempuan yang sangat bertuah ialah apabila berjumpa lelaki yang mempunyai cinta terakhir....

paham tak??huhu

bagi aku lah.. tak semua lelaki macam tu... sebab ada juga lelaki yang baru mengenali seseorang itu dan jatuh cinta dan berkekalan bukan sahaja hingga ke jinjang pelamin malah sampai ke akhir hayatnya... dan ada juga perempuan yang gagal untuk setia dalam cinta pertamanya.... dan sanggup memainkan perasaan lelaki...

kadangkala lelaki yang mempunyai cinta pertama lebih setia ... namun... wanita pula yang membuat hal yang tak sepatutnya berlaku ketika bahtera cinta ini belayar mencari haluannya... daripada apa yang aku dapat lihat... seseorang lelaki itu kecewa apabila cintanya yang berputik pada seseorang wanita itu dipermainkan walaupun dia sedaya upaya untuk mengekalkan perhubungan itu... begitu juga sebaliknya... wanita yang sedang setia dalam cintanya dikhianati oleh lelaki yang tak mempunyai perasaan....

sebenarnya... cinta ini dapat dipertahankan apabila setiap pasangan itu mempunyai perasaan sayang dan setia antara satu sama lain.. sekiranya sikap ini ada dalam setiap pasangan sudah tentu pernyataan ini tidak betul.... hehehe

ini just pendapat aku jela.... tak kesah lau korang nak cakap apa pun pasal penyataan ini.:)

Sunday, July 24, 2011

Sime Darby Manager Sport Day




tanggal 23 Julai 2011, Sime Darby Plantation Sdn Bhd telah mengadakan satu kejohanan sukan untuk semua pengurus ladang serta kilang di Pulau Carey Club House... Memang meriah kejohanan ini.. kenapa aku pun terlibat jugak lam sukan nie ek?? padahal aku hanyalah student kat akademi tu... pelik kan?? hahaha student Sime Darby Plantation Academy telah menjadi ahli jawatankuasa penting dalam menjayakan program ni..

memenatkan tapi amat menyeronokkan,,...
inilah yang dapat aku gambarkan apabila melihat telah semua manager dalam sukan ni.. macam2 telatah dan karenah ada... kalau aku nak cakap pun tak tahu mcam mana.. hanya gambar kat bawah nie jer yang mampu menyatakan semuanya..



1.2.3 tarik.... pasukan North region menguasai acara tug of war ataupun tarik tali..

pengurus daripada pasukan South Region memberikan "Spike" yang menarik.




Kusyuk... Tuan Mohamad Helmy Othman Basha, Head of Upstream Malaysia menyaksikan perlawanan akhir tenis antara South Region Dan East Region... Kehadirannya telah memeriahkan lagi kejohanan kali ini.




Sengit... Perlawanan pingpong antara South Region dan East region dalam acara beregu




Berkilau... antara medal yang menanti pemenang..


Sebahagian Comitee yang menjayakan Sime Darby Manager Sports Day




Persiapan rapi dilakukan sebelum kejohanan berprestij ini bermula

















Mencuit hati... Acara sukaneka ataupun telematch antara yang menarik perhatian semua



Bangga... Pasukan South Region menjadi johan pada kejohanan yang berlangsung kali ini...


Halang... Pasukan South region cuba menghalang pemain daripada east region dalam pertandingan bola jaring lelaki...


Megah ... Piala pusingan yang menjadi idaman setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini...

Wednesday, July 20, 2011

Apakah itu PLANTER?

mungkin ramai yang memandang rendah sektor pertanian ni jika nak dibandingkan dengan sektor lain... ada yang beranggapan bahawa pekerjaan dalam sektor pertanian ni tidak mempunyai kelas atau standart jiwa anak muda sekarang.....

.. kerja sebagai petani ni mudah dan tidak dipandang tinggi oleh masyarakat... tak seperti kerja sebagai arkitek.. engineer , jurutera mahupun doktor.. yang akan memakai pakaian yang berjenama dan nampak segak apabila berjalan di hadapan masyarakat.... dan sebab itu lah.. pekerjaan mereka ini akan disanjung dan dihormati,,,..

Lain pula cerita berkaitan dengan kerja sebagai petani atau peladang... jika dilihat pada pakaian mereka... memang smple sangat... kadang-kadang dah macam orang tak ada kerja... sebab itulah ramai yang tidak memilih untuk menjadi petani mahupun peladang ni... maka... rendahlah marbat bagi seseorang itu yang bekerja dalam sektor pertanian nie,...

itulah masyarakat kita.. hanya menilai berdasarkan gaya dan pakaian sahja

ANDAINYA...
masyarakat benar-benar memahami apa yang ilakukan oleh petani atau peladang tentu mereka akan terdiam dan kaku.. ini kerana sektor pertanian yang banyak meningkatkan ekonmi di negara ini

Tanpa mereka sedari..
Planter adalah doktor...
merawat dan mengenalpasti semua penyakit yang menyerang tumbuhan...

Planter adalah engineer...
menyusun dan tentukan kedudukan untk kawasan pertanian...

Planter adalah ahli keselamatan...
memastikan tiada serangan yang berlaku pada tumbuhan mahupun kawasan pertanian..

Planter adalah bussinessman..
melakukan aktiviti jual beli untuk keuntungan...

Planter adalah cikgu..
mengajar generasi akan datang untuk terus menghargai pertanian...

Planter adalah lagenda...
yang mengetahui semuanya..
dialah doktor..
dialah engineer..
dialah cikgu..
dialah segalanya..

Wednesday, July 13, 2011

kehidupan Di Sini... :(

dah lama aku tak tengok n jenguk kat blog aku nie... sebab nye kat sini lau nak dapatkan wifi.. aku kene pergy ke kelas... jauh tu.. jadi peratusan untuk aku menulis blog betambahlah..hehe one more things.. aku ada banyak kerja lah jugak.. cewah..hehe macamlah banyak sangat keja aku kat sini...

Ari ni ak nak cerita lah sikit pasal kehidupan aku di Sime Darby Plantation Academy nie... Aku rase hidup kat sni.. memang macam dh bekerja... aku akan bersarapan pagi jam 7.30 pagi... selepas tu... aku akan ke kelas jam 8.30 pagi... dan kelas akan bermula... jam 9.00 pagi.... belajar dalam kelas beraircond memang best... dengan laptop selalu da kat depan..hehe dah macam kerja kan.... aku akan rehat jam 12.00 tengah hari... macam pekerja lah.. ada lunch break... lunch aku kat dinning hall jam 1.00 petang.... lepas tu dapat rehat.. sampai pukul 2... petang lak.. kelas aku bermula pkul 2 smpai pkul 5.. lepas pukul 5 sampai malam aku free... itulah kehidupan aku seharian disini..:)

Bercakap pasal makan... memang perut aku boroi dsini... aku and the geng di beri makan sebanyak 4 kali sehari.... dah la lauk or makanan best tiap2 ary..hehe pasal kemudahan plak... dah mcm orang kaya rase... apartment yang mewah... kelengkapan yang cukup dan segalanya lah..hehe

aku rase... aku akan upload smua pic aku kat SDPA ini untuk tatapan semua.. ni je yang aku rase aku nak tulis malam nie.. papai.. :)