Saturday, December 31, 2011

Penatnyer...:(



Hanya tinggal 6 jam lagi untuk tahun 2011 mengucapkan selamat tinggal kepada semua. mungkin pada ketika ini masing-masing tengah sibuk membicarakan tentang azam tahun baru. Tidak kiralah sama ada di Facebook bahupun di twitter serta laman sosial yang lain.

Cuti mid sem aku pun dah hampir tamat. rasa sekejap je cuti sem ni. Nak tahu kenapa aku rasa sekejap? sebabnya aku telah menghabiskan cuti aku untuk bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan.. bukannya buruh untuk membuat bangunan sebaliknya sebagai pembersih kawasan pembinaan itu,,,



Kat mana?
Aku kerja di tapak Pejabat Pendidikan Daerah Setiu.. nampak macam mudah je kan... tapi sebenarnya.. menjadi buruh atau orang bawahan ini memang sukar dan memenatkan.. itulah yang aku rase sepanjang aku bekerja ni.. sebelum ni pun aku pernah gak kerja.. tolong atok aku.. tapi biasalah.. nama dah tolong.. xde r rase sangat macam aku berkerja.

seketika dulu.. aku pernah mengutuk mengenai kerja dengan mangatakan kerja sebagai buruh ni xde kelas lah..tu la.. ni lah.. tapi bila aku fikirkan balik... buruh nie sebenarnya banyak dah membantu pembangunan di Malaysia ini...




jangan sesekali kita merndahkan pekerjaan ini..




Memang memenatkan..
itu sahajalah yang aku mampu cakap... Penat sangat-sangat... dan sekarang barulah aku mengerti kata-kata yang pernah mama aku cakap.. belajarlah bersungguh amir.. lau tak nanti jadi buruh je... pastu baru nak menyesal bila kawan-kawan yang lain boleh pakai kereta besar...

mama... sekarang amirr berjanji yang amirr akan belajar bersungguh-sunguh ...hehe... penat taw mama amir kerja situ... untuk pengetahuan.. aku kerja kat situ sebab nak cari pengalaman mengenai kerja buruh nie.. dan sekarang aku dah mengerti... :)

Kepada sesiapa yang membaca entri ini... tujuan aku menulis entri ini untuk kita menanam azam serta semangat baru supaya belajar bersungguh-sungguh dan jangan sesekali menghina pekerjaan seperti ini.. kerana pekerjaan seperti buruh, pembersih sampah lebih mulia disisi Allah S.W.T

Friday, December 30, 2011

Kenangan 2011 dalam Ingatan

salam...
pada entry kali ini.. aku nak coretkan serba sedikit kenangan yang telah aku lalui sepanjang tahun 2011... semoga menjadi kenangan dan takkan pudar dalam ingatan aku..:)




Cuti-cuti korea...
11 November 2011 hingga 19 November 2011
First Time ke OVERSEA..huhu memang best duk kat sana... sejuk...
tapi..
best lagi duk kat Malaysia taw...huhu



Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2113 Bola Jaring
Kenangan yang paling berharga...
Suka duka dikongsi bersama...
Program Share The Moment selalu diingatan
Tq to all Member QKS 2113



Memori bersama Ahli BLOK A Hemiptera umpama adik beradik
mengharungi liku hidup
Segala cabaran ditempuh bersama...
Blok A TERBAIK


Ni bufday aku yang ke 19...
Suprise giler siot...huhuh
TQ to Abu A.K.A Imran... Afham... Jep... dan adzhari kerana suprise ini..
walaupun simple tp event terbaik korang lakukan...


kenangan Yang takkan mungkin dilupakan..
16 JUN 2011


Bersama rakan-rakan aku ketika Hari Raya aidilfitri...
Dulu...kini.. dan Selamanya...
korang tetap the best my friend...
SESMARIAN batch 32
The spirit is soul..love we owe...

Menyertai kejohanan Piala Dekan 2011...
WASPADA FC
kenangan yang menjadi ingatan seumur hidup...
walaupun tak menang..hehe
Memasuki SIme Darby Plantation Academy pada 5 JUn 2011...
banyak suka duka dilalu bersama 13 rakan lain...
hehe


sekian

Saturday, December 24, 2011

Sayangilah IBU BAPA :)

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai..

:: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... "
:: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... "

TETAPI...

♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda... "
♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya... "

♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki...
♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

#Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia

Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung
doanya , maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka...

Monday, December 19, 2011

Sinar 2011 semakin pudar..

Salam sejahtera dan assalamualaikum kawan-kawan....

Sedar tak sedar... Tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dalam masa sepuluh hari lagi... Begitu singkat dirasakan perjalanan hidup zaman ini.. Baru je dirasakan bahawa kita menyambut tahun baru.. tengok2... dah nak masuk tahun baru yang lain pulak...

12 bulan berlalu umpama air yang mengalir.. itulah realiti sekarang... masa berlalu dngan pantas... Untuk kehidupan aku.. aku akan menjangkau usia 20 tahun pada 2012... Dah tua dah...huhuhu

umm bercakap pasal 2011 nie.. banyak jugak kenangan yang tak mungkin aku lupakan... ye la... pengalaman tak hilang umpama luka yang meninggalkan parutnya.. itulah realiti..

Aku rasa sekarang nie.. aku xmau lagi nak merungkai satu persatu kenangan aku pada tahun ni.. biarlah aku tunggu masa itu hampir dengan sinar 2012 yang kian menjelma barulah aku menyingkap kembali apa yang tercipta...

Setakat ni dululah coretan aku nie.. Next entry aku singkapkan semua peristiwa yang berlaku sepanjang 2011 dalam hidup aku dan apa visi aku untuk next year,,,haha.. Owh ya... sekarang nie aku tak xdapat nak crita sebab mood balik kampung untuk mid sem break dah membuak2...hahahahahahahahaha

salam

Tuesday, December 13, 2011

Kembali Bersua, :)

assalamualaikum kawan-kawan...

lama gile dah aku tak dapat luangkan masa tuk blog nie... sebenarnya aku memang nak luangkan masa kat sini sebab banyak benda aku nak tulis... tapi disebabkan beberapa perkara aku terpaksa lupakan niat tu...huhuhu

umm... sedar tak sedar... dah sebulan dah aku melayari bahtera untuk semester ke 4 nie... kejap je rasa...huhuhu dan sepanjang sebulan ini jugalah banyak perkara yangberlaku disini... macam2.. tapi aku tak mahulah terangkannya secara terperinci... sebab korang takkan paham gak..huhuhu

ary tu aku ada terbaca kat wall member aku ni.. dye ade tulis..

‎"untungg" lah saya, kawan saya dah lupakan saya..=_=


itulah kata-katanya yang membuatkan aku terasa sangat...huhuhu..\

yela.. aku pun perasaan yang dah lama gile aku tak contact dye..

kwan apa macam ni...huhuhu


to that person... i wanna to say... im so soe if the person you mean is me...")


ni pulak aku nak cerita kisah lain..huhu.. pasal member aku gak.. dan aku rasa semua member aku kat sini perasan akan perubahan dye nie...


dahulunya dye nie seorang periang, suka gelak dan mampu membuatkan orang lain rasa bahagia.. namun kini semua itu telah tinggal kenangan... tiada lagi gelak ketawa yang dapat kami dengan disini.. sunyi jugak rasa... tapi nak wat camne an...

Kenapa ek dye dah berubah.. tak seperti dahulu?

umm.. aku sendiri own tak pasti dan aku juga mendapat tahu bahawa dye merasakan dirinya tersisih...

TERSISIH???

kenapalah boleh fikir sampai macam tu.. sedangkan kitaorang kat sini tak pernah nak sisihkan sapa=sapa pon... sebab bagi aku... kita disini adalah satu family.... Together we fight to get the success...

Macam Mr JO cakap tu... kita kat sini kena saling tolong menolong..umm.. aku rasa dah ada salah paham kot.. sebab tu dia rasakan dirinya tersisih...

Apa yang aku harapkan... agar member aku yang dulu kembali ceria.. dan andainya tidak puas aty please bagitaw.. sebab kitaorang tak tahu masalah dye...

Andai dahulu... dirinya lah pemecah kesunyian..
tapi kini... dirinya menyepi seribu bahasa..
kami mahukan semuanya seperti dahulu...