Monday, October 31, 2011

Cinta Dalam Islam

Remaja dan cinta merupakan dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa
cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak
payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah
sebaliknya.Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa 'ajaib'
itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan
menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang,
tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi
Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti
Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu
akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang
dicintai.

Rasa Cinta Tidak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin mencintai dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan.
Jadi cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang rlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali - kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah.

.Perlu diingat Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang
dihiasai pelbagai dan sumpah setia.

Aku berpesan kepada diri aku dan rakan-rakan jangan kita mabuk dengan rindu dan
asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta
terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa d! an perasaan. Pada ketika
ltulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapayang dicintainya. Ketika
itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai. Lupalah diri
pada Pencipta cinta keran terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya.
Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah
hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Sebenarnya dalam percintaan ini kita tidak boleh melupakan Yang maha Esa.. Apa yang aku tengok..
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya
dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.
Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara
lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat
sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu
syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku.

Semuanya seolah - olah halal hanya kera! na cinta. Racun - racun berbisa yang
memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta R>terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan , buang bayi, dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan
raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pegerakkannya
perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah
perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi
kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan - peraturan
dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah.

Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan
keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencai Allah.
Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.
Tetapi bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Jadi, usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya
- cinta monyet!


Mengenai Putus Cinta... apa yang perlu kita lakukan supaya kita tidak melanggar batas-batas agama dan tidak menjadikan ianya sebagai pemusnah hidup kita... jadi.. kita hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilarang antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara asas, seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain - lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan .
Maka, remaja seharusnya tidak mengeluh, "cinta a namanya ini, jika tidak ada dating,
perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyman?"
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini.

Jesteru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap
hamba-hambaNa. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu
pasti membawa ke gerbang perkahwinan.

Wallahu'alam...

Sunday, October 30, 2011

JASAMU DIKENANG.. TQ IRFAN BAKTI



" Saya berundur bukan kerana pergeseran atau rasa tidak puas hati terhadap PBSNT. Saya tidak ada masalah dengan persatuan malah mereka membayar gaji dan bonus tepat pada masanya. saya meninggalkan TERENGGAnu kerana sudah dua tahun saya di sini... Cukuplah." Itulah kata-kata IRFAN BAKTI ABU SALIM setelah memilih untuk meninggalkan Skuad Penyu dalam saingan liga Musim 2012.

Sebahagian besar pemain dan penyokong peteh amat merasai kehilangan penjana startegik buat Sang Penyu hingga berjaya mencapai satu tahap yang boleh dibangga buat skuad Terengganu. Dua tahun menabur bakti di bumi Darul Iman, Irfan akhirnya memilih skuad RED GIANTS sebagai destinasi sebagai jurulatih.

Terima kasih da selamat maju kepada Haji Irfan Bakti diatas segala sumbangan dan jasa yang telah dikorbankan untuk Terengganu. Musim 2011 merupakan musim paling berjaya bagi kendalian Irfan Bakti meskipun hasratnya untuk memeluk trofi Piala Malaysia buat kali pertama tidak tercapai. Menjadi Johan Piala FA, Naib Johan Piala malaysia serta Naib Johan Liga Super sudah cukup bermakna bagi Irfan dan menyatakan bahawa Terengganu merupakan skuad yang terbaik dan mampu untuk pergi lebih jauh...

Terima kasih..
terima kasih..
Terima Kasih...
Thank Yu Very Much Haji Irfan Bakti Abu salim

Meraikan kejayaan bersama skuad Terengganu...


Sikapnya membuatkan semua pemain senang untukberlatih..

JULANG.. Pemain Terengganu menjulang Irfan Bakti sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan. Terengganu Johan Piala FA 2011'



Irfan Bakti seorang jurulatih yang berkaliber tinggi...




Irfan berpuas hati dengan pencapaian Terengganu musim ini.
Saat pertma Irfan bersama Skuad Terengganu telah
membayangkan bahawa Sang Penyu akan bangkit..


TETAP BANGGA... Irfan bakti ketika menerima
medal selaku naib Johan PIALA MALAYSIA .

PUAS... Saat bahagia Irfan setelah berjaya mara ke Final
ketika menewaskan Selangr di Kuala Terengganu.

IRFAN.. boleh dikatakan sebagai jurulatih paling aggresif
kerana jarang duduk di tempat duduk...
dan sentiasa memberi arahan kepada pemain



Kata-kata yang menjadi Azimat untuk Irfan Bakti kepada Anak buahnya.

Irfan boleh dianggap sebagai WIRA SANG PENYU dengan strategi, formasi dan
percaturan sehingga boleh menumbangkan KELANTAN DAN SELANGOR


Saat Bermakana... Irfan Menerima Trofi ketika membantu TERENGGANU
menjulang PIALA FA pada tahun 2011


Saturday, October 29, 2011

Penyu Menangis, Hairuddin Wira RUSA




Dia anak jati SETIU , TERENGGANU...Dia pernah membantu skuad Penyu menjulang piala Malaysia pada tahun 2001 dan malam ini dia sekali menjadi wira pada perlawanan akhir Piala Malaysia... tapi untuk pasukan Negeri Sembilan... Itulah Hairuddin Omar


Hairuddin Omar , anak kelahiran Setiu , Teregganu
menjadi duri dalam daging kepada skuad penyu

Jaringan cantik daripada Hairuddin Omar pada minit-minit terakhir perlawanan membuatkan PENYU MENANGIS LAGI... Kebangkitan anak buah Azraai Khor Abdullah patut dipuji dan layak untuk menjulang piala berprestij itu dalam masa 2 tahun... Setiap aksi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain hoben jang hoben perlu dihargai kerana mereka banyak mengasak kegawang Terengganu seawal perlawanan bermula lagi. Kelincahan Shukor Adan kerap kali mengusarkan pertahan Penyu.

MILIK KAMI..... Pemain-pemain Hoben Jang Hoben
menjulang Piala Idaman mereka setelah dikecewakan Kelantan musim lalu.



Igaun ngeri mungkin amat dirasai oleh penjaga gol terengganu, Sharbinee Allawee yang mudah melepaskan gol penyamaan hasil rembatan luar kotak penalti oleh S. Kunanlan. Mungkin para penyokong mahupun jurulatih tidak mampu menerima gol yang mudah itu... Ada sesetengah penyokong menganggap gol yang dilepaskan itu tidak boleh dimaafkan.. Apa pun, Sharbinee telah melakukan yang terbaik.. namun dia tetap manusia tidak sempurna... Sebarang kesilapan memang boleh berlaku di dalam bola sepak..


Lepas.. Gol yang mudah dilepaskan oleh Sharbinee telah
mengecewakan ribuan penyokong PENYU


Jaringan awal oleh pemain sensasi TERENGGANU, Ashaari Shamsuddin tidak mampu untuk menjulang terengganu menjadi Juara Berganda selepas membawa pulang PIALA FA 2011... Lorongan cantik daripada manaf mamat memboleh ashaari melakukan penyudah yang baik untuk menewas farizal marlias...Akhirnya..S. Kunanlan menjadi penyelamat kepada ribuan penyokong hoben jang hoben yang duduk diam selepas skuad penyu mendahului.



CERIA,... Ashaari Shamsuddin seteleh menjaringkan
gol pendahuluan buat Terengganu...

Reaksi penyokong di Facebook nyata tidak puas dengan sikap Sharbinee yang mudah melepaskan gol penyamaan. Apapun, beliau tidak boleh dipersalahkan 100 % kerana bola itu bult dan macam2 boleh berlaku... sekali lagi, Tahniah untuk Hoben Jang Hoben dan usaha lagi buat pemain penyu untuk masa yang akan datang... Khabarnya ada satu berita sedih yang akan disampaikan oleh orang kuat Terengganu, Haji Irfan Bakti Abu Salim sepas perlawanan berakhir semalam namun, kami masih lagi belum mengatahui apakah pengumuman yang akan di sampaikan itu.

Hairuddin Omar juga memehom maaf kepada seluruh penyokong Terengganu dan memuji semangat anak buah Irfan Bakti yang tidak pernah mengalah. Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh krew Astro Arena. "Saya bermain untuk Negeri Sembilan dan ini tangggungjawab saya untuk menjaringkan gol." Katanya.


GEMBIRA... Pemain Negeri Sembilan selepas pengadil, Syukri Nor
meniupkan wisel penamat semalam.



HEBAT... Pemian serta pegawai NSFA meraikan kemenangan.

MURAM.... Barisan simpanan Terengganu dalam
kekecewaan setelah ditewaskan Sang RUSA.



Hai-O mendapat ucapan tahniah daripada rakan sepasukan
setelah menjaringan gol kemenangan buat Negeri Sembilan

Wednesday, October 26, 2011

Rentetan Diariku...

HArgai teman kita...

Sesungguhnyaa setiap persahabatan ataupun perhubungan memerlukan penghargaan... Andainya tiada penghargaan dalam setiap perhubungan maka musnah lah hubungan tersebut... memang tidak dapat dinafikan lagi... seseorang teman mahu dirinya dihargai...

Mungkin dah banyak kali aku tidak menghargai teman aku nie... adakah aku nie jenis yang tidak menghargai sesiapa yang hadir dalam hidup aku??? ermm.,.. sebenarnya... kesibukan yang aku lalui telah mengekang aku untuk menghargai seseorangitu... (SIBUK???)... sibuk lah sangat aku nie an... sapa tak de masa langsung... macam lah kerja aku ni sebagai CEO or Perdana Menteri sapa xde masa...

errmmm.... Bangun seawal jam 5.30 pagi untuk membantu atuk aku merupakan rutin harian aku... nak2.. sekarang nie waktu subuh dah awal... Biasanya remaja macam aku nie akan tidur balik selepas solat subuh...hehe tapi bukan semua lah.... hehehe.... satu hari suntuk aku berada di kedai atuk aku.... membantunya... penat lelah hanya TUHAN je yang tahu... tak kira lah.. sama ada aku.. or abang aku.. or mak sedara aku.,.or sape2 lah yang tolong... Aku kira aku ni takdelah letih sangat... sebab time uti je aku tolong atuk aku.. Mak Sedara aku n Abang aku.. tiap2 hari tolong..mesty penat.. apa yang aku lihat... Mak Sedara aku pun jarang menghabiskan masa dengan family dye...

ish,,, dah lebih aku nie... aku bukannya nak luah semua ni.. tapi dah terluah... huhuhu tak pelah.. untuk release tension jugak..hehehe... tapi aku, abg aku, Mak Sedara aku ikhlas tlong atuk aku.. tu je yang aku nak gtaw..

Berbalik ke perkara asal... mungkin kepenatan aku yang sikit ni membuatkan aku kurang masa untuk berhubung dengan nya... aku mintak maap kat dye...tak de niat aku tuk tinggalkan dye... umm.... ni la aku.. susah nak paham org lain.... nak suruh orang je paham aku...

aku pun tak tahu apa yang aku tulis nie..huhu... sje je.. untuk coretan di kala aku bosan..hehehe

Tuesday, October 25, 2011

PENYU BERSEDIA MELIBAS SANG RUSA




Bahang Final Piala Malaysia semakin dirasai terutamanya penyokong setia bagi dua buah negeri iaitu TERENGGANU dan NEGERI SEMBILAN. Sememangnya perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini menjadi tumpuan kerana semestinya penyokong tegar PETEH inginkan piala berprestij ini pulang ke Kuala Terengganu setelah 10 tahun menanti... manakala penyokong Hoben Jang Hoben mahu melihat pasukan merangkul kembali kejuaraan dua tahun lepas.

Jika dilihat kepada keputusan lalu... Skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah tampak lebih selesa untuk menjulang Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam sabtu ini namun kehebatan Terengganu yang berjaya menumbangkan Juara bertahan Kelantan pada peringkat Suku Akhir serta membenam MISI 33 Selangor itu mampu menyekat kehebatan Skuad Rusa yang semakin mengganas ketika ini.


Kehebatan Trio Terengganu, Ashaari Shamsuddin, Manaf Mamat serta Abdul Hadi Yahaya memang tidak dapat dinafikan untuk merobek gawang Negeri Sembilan pada saingan akhir nanti. Kelebihan Quick Counter yang dilakukan anak buah Haji Irfan Bakti mampu membuatkan sang rusa menyesal sekali lagi... Kelicikan pemain tengah Joseph Kalang Tie yang sentiasa mengawal bola mampu memberikan tekanan terhadap pemain-pemain negeri Sembilan itu.


Kekalahan kepada Negeri Sembilan pada peringkat kumpulan Piala Malaysia tahun ini tidak boleh dijadikan ukuran untuk melihat siapa yang bakal membawa pulang Piala Malaysia kerana Semua pemain Peteh sudah bersedia untuk membalas dendam terhadap negeri sembilan yang menyingkirkan adik mereka T-Team di saingan separuh akhir,.

Hairuddin Omar mungkin akan menjadi duri dalam daging buat pemain Terengganu pada perlawanan penting itu nanti. Gandingan Hairuddin serta Shahruain memang tidak dapat dipertikaikan lagi apabila negeri sembilan berjaya menjejakkan kaki ke Final.. Negeri Sembilan merupakan satu pasukan yang mantap dan mampu bangkit untuk menjulang Piala Malaysia 2011.. Mungkin ini juga merupakan sesuatu yang bersejarah buat Hairuddin Omar kerana dia akan menentang pasukan yang disertainya 10 tahun dahulu.

Apa yang menjadi persoalan dan hangat diperkatakan kini, Harga tiket yang bernilai rm 50 untuk perlawanan akhir di Stadium Shah Alam nanti. MAHAL... itulah reaksi daripada seluruh penyokong setia TERENGGANU DAN NEGERI SEMBILAN... hinggakan ada penyokong yang memboikot perlawanan nanti...

Saturday, October 22, 2011

Penyu Gah, Misi 33 Terkubur



Gol Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah menguburkan terus MISI 33 yang diimpikan oleh skuad REd Giants. Kemenangan 2-1 skuad Penyu keatas Selangor memastikan Impian untuk menamatkan kemarau 10 tahun kian bersinar buat anak buah Irfan Bakti.


Usaha anak buah P.Maniam untuk mencari gol bagi merapatkan jurang disentak oleh gol hasil rembatan penyerang berbisa terengganu , Manaf Mamat yang mendapat hantaran daripada Ashaari Shamsuddin... Walaupun Selangor lebih kerap menlancarkan serangan namun kelebihan pemain skuad Penyu yang melakukan Quick Counter memberi padah kepada pemain Selangor.. Kesudahan separuh masa pertama kekal 1-0.



Separuh masa kedua menyaksikan skuad bimbangan Irfan Bakti abu Salim lebih kerap bertahan di kawasan sendiri untuk menyekat serangan Red Giants. Namun, Skuad Peteh sekali lagii membuktikan mereka merupakan pasukan terbaik apabila Ashaari Shamsuddin melakukan rembatan cantik untuk menewaskan penjaga gol selangor. Gol tersebut telah melnyapkan terus impian selangor untuk merealisasikan MISI 33 yang penyokong impikan.



Selepas selesa mendahuli dengan aggregate 4-0, pemain Terengganu yang diketuai oleh Marzuki Yusoff memperlahankan rentak permainandan akhirnya pelawat berjaya memperoleh gol saguhati untuk dibawa pulang ke Selangor hasil jaringan kapten kebangsaan, Shafiq Rahim yang melakukan tadukan untuk menewasan Sharbinee,,,




Misi balas terdendam terhadap Selangor dan Kelantan sudah terlaksana, apa yang tinggal buat Skuad Terengganu FC ialah memusnahkan Impian Hoben Jang Hoben untuk merangkul gelaran Piala malaysia setelah 3 kali beraksi di pentas akhir. Selain itu, harapan ribuan penyokong Peteh ingin menyaksikan skuad ABANG membalas dendam terhadap negeri sembilan yang menyekat kemaraan Skuad ADIK, T-Team pada perlawanan separuh akhir.

Negeri Sembilan merupakan pasukan terbaik dalam perlawan kalah mati dan mampu menyekat mana-mana pasukan untuk meraih kemenangan. Namun harus diingat bahawa Terengganu juga merupakan pasukan yang tidak boleh dipandang rendah.... Saingan Akhir akan berlangsung pada 29 oktober 2011 di stadium Shah Alam,. Apa yang aku ingin harapkan agar Piala Malaysia ke kembali ke bumi Terengganu setelah 10 tahun.. :) Itulah juga harapan seluruh penyokong Peteh Penyu Peteh..


Tuesday, October 18, 2011

Penyu MENGAMUK..Red Giants TERSUNGKUR,




Misi 33 selangor semakin musnah... itulah kenyataan yang dapat dilihat apabila anak buah P Maniam tersungkur kepada skuad Peteh pada perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Shah Alam sebentar tadi...


Manaf Mamat.. merupakan wira kepada skuad kendalian Irfan bakti apabila menjaringkan 2 gol...


2 gol jaringan Abdul Manaf Mamat telah membuatkan barisan kendalian Haji Irfan Bakti berada sebelah kaki untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia. Abdul Manaf Mamat berjaya merobek gawang Selangor seawall minit kedua perlawanan bermula.. Hantaran cantik daripada Ashaari Shamsuddin berjaya disempurnakan oleh Manaf dengan menggunakan tapak kaki walaupun dia sudah terjatuh. Penjaga gawang Selangor tidak mempu berbuat apa-apa dengan tindakan penyudah itu lalu memboleh kan skuad penyu mendahului 1-0…

Walaupun Selangor lebih banyak melakukan serangan namun ketangkasan serta kekebalan benteng pertahanan Terengganu yang diketuai oleh Marzuki Yusoff Berjaya mengekang setiap asakan yang dilancarkan… Sebaliknya, Manaf mamat Berjaya sekali lagi menghukum kealphaan barisan pertahanan Selangor dengan menjaringkan gol kedua buat pasukan pelawat.. Gerakan “Counter Attack “ yang menarik antara Abdul Hadi Yahya, Joseph Kalang Tie telah mengelirukan benteng Selangor sebelum Manaf mamat Berjaya mencuri peluang untuk melakukan rembatan luar kotak penalty untuk memperdayakan penjaga Gol Selangor sebelum babak pertama tamat…



Misi 33 selangor kian terpadam apabila tumbang

kepada Terengganu 2-0 di laman sendiri

Selangor Berjaya mendapat beberapa peluang keemasan melalui sepakan percuma namun sepakan yang diambil oleh Shafiq Rahim tidak menepati sasaran… Ketiadaan penyerang berbisa, Amri Yahyah seolah-olah membuatkan Selangor tiada penyudah untuk merobek gawang yang di Kawal Sharbinee Allawee… Ketiadaan Amri amat turut dirasai oleh jurulatihnya, P Maniam .

Babak kedua menyaksikan perlawanan antara kedua-dua pasukan agak seimbang walaupun Selangor lebih kerap melakukan percubaan bahaya ke gawang Terengganu… Namun, aksi “Quick Counter” dan “ Counter Attack “ daripada skuad penyu telah membuatkan benteng Selangor goyah….

Apapun, P Manian menyatakn bahawa Terengganu bermain dengan baik dan pantas pada Malam ni membolehkan mereka memenangi perlawanan ini dan Jurulatih Terengganu, Haji Irfan Bakti tidak mahu mendabik dada kerana masih lagi ada 90 minit di Kuala Terengganu untuk menentukan siapa lebih layak ke Final.. Beliau juga turut memuji persembahan anak buahnya dan menyatakan perlawan separuh akhir di Shah Ala mini merupakan mpersembahan menarik mereka di Tempat lawan…

Ketika Si Abang sedan bergembira menumpaskan bekas juara 32 kali Selangor malam ini, Si Adik T-Team FC seolah-olah lemas di musim tengkujuh apabila tewas 4-2 di tangan pasukan Negeri Sembilan… Walaupun Tewan namun, Pengandali T-team FC , Yunus Aliff yakin bahwa anak buahnya bangkit di Paroi sabtu ini…





Apapun, Sekalung Tahniah sekali lagi buat Terengganu FC yang Berjaya menumpaskan Selangor 2-0 di Shah Alam mala mini.. Terus rentak kecemerlangan ini ketika beraksi di laman sendiri nanti… J

Skuad Peteh Menang bergaya,

Gergasi Merah Kuning menjadi mangsa,

pEnyu kini boleh Berbangga…

Untuk memburu PIALA MALAYSIA…

Sunday, October 16, 2011

Awas Selangor...Terengganu FC Nelang





"Musnahkan MISI 33 Gergasi Merah Kuning !! " dan " Lenyap Cabaran Negeri sembilan !!" itulah laungan dua pasukan daripada Terengganu menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung 18 Oktober ini...





" To Be a Champion, we must beat the champion "
Kata-kata azimat yang menjadi pegangan Irfan Bakti dan diserapkan ke dalam semangat pemain telah membolehkan mereka menumbangkan Musuh Tradisi mereka, Kelantan pada saingan suku akhir. Ini merupakan satu pencapaian yang terbaik bagi anak buah Irfan Bakti Abu Salim dalam usaha membawa pulang Piala Malaysia ke Terengganu.... Skuad Peteh Penyu Peteh percaya mereka mampu untuk menundukkan Selangor dalam saingan separuh akhir nanti...

Ini lah barisan terbaik Terengganu yang akan menentang
Selangor pada saingan separuh akhir

Terengganu kini mempunyai kelebihan tersendiri dengan barisan pemainnya berada pada tahap yang terbaik untuk menghadapi saingan saperuh akhir malam esok. Dengan gandingan Abdul Manaf mamat serta Abdul Hadi Yahya dan dibantu oleh Ashaari shamsudin, Joseph kalang Tie, Ismail Faruqi serta Reeshafiq Alwi.. mampu untuk memberikan ancaman buat benteng Selangor malam esok...



Bukti yang menunjukkan mereka ini bukan calang-calang pemain ialah ketika menentang Kelantan pada perlawanan Suku Akhir minggu lalu... gawang Juara bertahan Piala Malaysia tahun lalu dibolosi sebanyak 5 gol dalam dua perlawanan iaitu 3 gol di Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah serta 2 Gol di Stadium Sultan Mohammad ke -4 ,Kota Bharu....

Benteng KELANTAN dihukum oleh 7 pemain ini yang seolah-olah memandang rendah terhadap keupayaan penyerang serta pemain tengah Terengganu ini... Akibatnya, mereka gagal mempertahankan Piala berprestij ini...





Benteng Terengganu pula merupakan bentang terbaik dalam saingan Piala Malaysia edisi 2011 apabila hanya bolos sedikit saja... gandingan pemain berpengalaman, Marzuki Yusoff, Zubir Azmi, Helmi Rameli serta Mazlizam Mohd mampu untuk mengekang asakan setiap pasukan lawan yang di hadapinya.... Laungan supaya GErgasi Merah Kuning berhati-hati juga turut diluahkan oleh pemain yang berada di benteng terakhir skuad Penyu, Sharbinee Allawee yang tangkas menjaga gawang Penyu daripada di bolosi....



Menghancurkan MISI 33 Selangor...


Apapun... Pengendali skuad Peteh tidak mendabik dada dan tidak mahu memandang rendah keupayaan skuad kendalian P.Maniam yang beraksi baik dalam saingan suku akhir menentang Perak.... Walaupun Selangor seolah-olah terumbang ambing dalam melaksanakan misi 33 ketika peringkat kumpulan , namun perlawanan suku akhir telah menunjukkan bahawa Misi 33 yang dicari oleh pemain serta ribuan penyokong Selangor kembali cerah.. Skuad Seladang lesu apabila dibelasah 3-1 di shah Alam dan sekali lagi tewas di Ipoh kepada Gergasi Merah Kuning dengan 1-0 menjadikan aggreget 4-1....

Selangor mempunyai pemain yang berpontensi tinggi seperti Shafiq Rahim, Bunyamin Omar, Rudie Ramli untuk merobek gawang Penyu... NAMUN, Skuad penyu telah bersedia untuk menangkis segala serangan yang akan dilancarkan oleh Selangor malam esok di shah Alam....

Penyu Tak Mboh Nangih Doh !!!
dulu Tranung memang lain,
tapi lening beruboh doh...
Tranung lening, tranung nelang...
Kijang reboh kene bahang,..
ini semua ingatan ke mereka...

Selangor Debbe, Tranung Nelang,
Selangor rebeh, Tranung bahang...



Saturday, October 15, 2011

AQIL AMMAR




ary ni aku online kat umah..hehe ada masalah sikit untuk aku menulis blog nie memandangkan sekarang nie aku tengah cuti ...huhuhu... satu bulan aku akan menghabiskan masa di setiu nie.... sebelum kembali kat SDPA....

umm... kat terengganu tak ada apa2 yang berubah..hehe alaaa... macam lah aku duk Oversea....huhuhu.... nway.. aku happy sangat skrang sebabnya... aku dapat lihat telatah budak2 kecil yang macam2 ragamnya... huhu


Aqil Ammar dan Khalish Iqwan... itulah dua orang sepupu aku yang banyak ragamnya..umurnya baru je mencecah 2 tahun... bile aku tengok je reaksi dua nie... mesty aku tersenyum... kadang2 ada gak geram kat dua budak ni... mana tak nye... pelbagai karenah dan telatah yang ditunjukkannye..huhuhu

Monday, October 10, 2011

SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2011

malam nie terdapat empat perlawanan suku akhir sedang berlangsung dan pastinya menjadi tumpuan ialah pertembungan antara dua musuh tradisi iaitu TERENGGANU DAN KELANTAN... Pasti menarik perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah ini... Melihat pada atas kertas... skuad bimbingan Irfan Bakti ini merupakan pilihan untuk memenangi perlawanan ini.. Namun, Kelantan pastinya akan memberikan aksi terbaiknya untuk mencari bekalan sebelum bertandang ke Kota Bharu jumaat ini... dan menebus balik kekalahan mereka pada perlawanan akhir Piala Malaysia....

perlawanan lain juga turut menyaksikan Adik pasukan Terengganu, T-Team menentang Sabah di Stadium Likas, Selangor menyambut kunjungan Perak dan Negeri Sembilan pula berkunjung ke Stadium MBPJ untuk menentang Felda United yang beraksi cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia berlangsung....

ini merupakan petikan daripada Berita Harian...


Jika Selangor nak main dan bawa pulang piala musim ini, mereka perlu atasi Perak. Terengganu dan Kelantan pula, sepatutnya mereka jumpa di final tetapi saya rasa kelebihan sedikit berpihak kepada Terengganu dari segi barisan pemain mereka, ujarnya.
Razip pula berpendapat, Perak dan T-Team mampu melangkah ke separuh akhir tetapi Terengganu dan Negeri Sembilan lebih memiliki barisan berkualiti untuk ke final.

Saya memilih Terengganu dan Negeri Sembilan kerana dari awal mereka menunjukkan aksi konsisten. Kami pernah berdepan T-Team dan Selangor tetapi tidak nampak kekuatan sebenar mereka, kata Razip.



hahha...... apa yang aku harapkan Terengganu Dan T-Team akan mara
lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia ini.. :)

Saturday, October 8, 2011

Rentetan Cerita Aku.. :)

Ummm... lama dah aku tak menjenguk ruangan nie... bukan sahaja blog nie yang aku tak tengok... tapi sekali nga facebook aku tak tengok.,.. sebabnya... aku skunk tengah menduduki final exam.. salah satu cabaran yang besar bagi aku.. yela.. cabaran yang dibagi oleh pihak SIme Darby Plantation Academy nie... memang takut gak...

3.5 pointer... itulah target kepada aku... banyak tu,... so aku kenalah struggle skit..hehe ye sangatlah tu struggle... umm.. ary ni 8 oktober 2011... ni bermakna aku hanya tinggal 2 paper je lagi... umm.. 2 paper pun.. kena tunggu seminggu lagi gak untuk balik kampung.. aishh lambatnyer nak balik kampung.... :(

banyak sebenarnye aku tulis kali ini... tapi aku tak tahu sama ada aku nak lauhkan semuanya or hanya sebahagian sahaja... firstly.. aku terkejut gak bile aku on je FB...ade lah aku terbaca status kawan baik aku nie.. mama dye sakit....(aku tak tahu??) kawan baik jenis apelah aku nie kan... uuummmm... aku mengaku.. sejak akhir2 nie aku langsung tak ambik tahu sal dye.. jahat aku kan.. kawan baik tinggal macam tu jer.. umm.. sebenarnya. aku bukannye tak mahu contact,, p aku pun busy gak,,, (bhusy lah sangat..Alasan je semua tuh..).. apa yang aku nak cakap... aku doakan agar mama kawan baik aku nie cepat sembuh... Dan aku nak dye tahu bahawa dye lah kawan baik aku... selamanya,,, :)

perkara yang kedua yang aku nak bagitahu ialah,... satu impian yang aku impian slama ini akan tercapai jugak.. hehehe INsya Allah tanggal 11 November 2011 ni.. adik, abang Am dan aku akan berlepas ke Korea...huhuhu Oversea tu... sukanya... yelah... bukan senang aku nak g sana... ni lah peluang yang perlu aku sahut.... tq to myu sis coz taja tiket ea.. hehehe memang happy sangat bile dapat tahu yang aku akan ke sana... :) nasib baik lah scholarship aku dah masuk.. so enjoy lah skit nanti..hehehe

bercakap mengenai Scholarship nie.. aku nak ucap Thank You Very Much to Sime Darby kerana akhirnya menunaikan janji mereka setelah 15 minggu aku n the geng menanti.. sesungguhnya penantian itu merupakan satu penyeksaan.... huhuhu... scholarship kitaorang masuk 7 hb Oktober yakni waktu semalam...huhu apa yang lebih mengejutkan... Impian 6 orang pelajar SDPA sudah tertunai..hehe...yelah,,,, Petang tadi ... 6 biji SAMSUNG GALAXY ACE di sebuah kedai kat SI Jangkang, Selangor mengaut keuntungan...hehehe Banyak tu..hehehe... boleh kire kan.. 1/2 daripada kami memakai SAMSUNG GALAXY tu,,, aku pon dengki gak.. tapi tak pelah.. aku nak try mintak IPhone kat akak aku.. kalau dye bace mesty die nak bagi.,,..hehehe

ummm... panjang lah pulak aku mencoret malam nie,...huhu setakat nie dulu lah aku coret.. kalau aku ada mase lagi.. aku nak citer pasal .... ermm ape ek.. nnti lah aku pikir pasal entry seterusnya itu..hehe k la.. salam semua... :)