Thursday, July 29, 2010

EVOLUSI PERTANIAN




Salam sejahtera..

Pertanian dan manusia memang tidak dapat dipisahkan. Sejarah juga ada menyatakan bahawa pertanian telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Contohnya zaman paleolitik, orang pada zaman paleolitik ini telah menggunakan ertanian untuk menyara hidup mereka. Tetapi hanya cara penggunaan pertanian sahaja secara tradisional tidak seperti zaman globalisasi ini.

Jika dilihat orang zaman dahulu hanyalah menggunakan cara tradisional seprti menggunakan lembu atau kerbau untuk membajak sawah dan hanya menggunakan tenaga manusia untuk menyemai benih dan seterusnya mengutip hasil pertanian.

Kini, semuanya telah berubah dengan adanya teknologi moden seperti mesin membajak dan menuai secara moden. Mesin-mesin ini seperti jentolak dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa bidang pertanian telah melalui evulosinya yang tersendiri.

Maka tidak hairanlah sekiranya perdana menteri Malaysia mementingkan bidang pertanian berbanding bidang-bidang lain. Di Malaysia sector pertanian merupakan slah satu menyumbang terbesar kepada ekonomi Negara dengan kelapa sawit, getah, koko dan sebagainya.

Benarlah kata pepatah bahawa sekiranya kitaberbakti kepada tanah, kita perolehi hasilnya kelak. Jadi kita rakyat Malaysia seharunya menyahut seruan yang telah diberi oelh orang nombor satu di Malaysia ini.

sekian

Wednesday, July 28, 2010

Minggu Kolegrasi UPMKB 2010

Salam Sejahtera dan salam UPM..
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai aktiviti tradisi yang diadakan saban tahun di bumi UPM kampus Bintulu ini. Minggu kolegrasi ini bertujuan ntuk merapatakan lagi silaturahin antara senior dan junior yang datang dari seluruh pelosok tanah air untuk menyambung pelajarannya di Sarawak ini.
Program ini diadakan selama 4 hari bermula 23 Julai 2010 hingga 26 Julai 2010. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena minggu ini. Antaranya ialah sukaneka, sesi bersama pengurusan Kolj Sri Rajang dan sebagainya. Kalau di sekolah dulu minggu ini boleh diibaratkan bagai Hari Bersama Pihak Pengurusan Sekolah. Minggu ini telah digabungkan antara Blok mahasiswa dan Mahasiswi. Saya selaku ahli Blok A ( Hemiptera) berasa sangat bangga dengan Blok saya.
Blok A telah digabungkan dengan Blok F. dengan semangat yang jitu antara kedua-dua blok ini telah menimbulkan satu kontroversi di UPMKB ini..hehehe sukaneka bermula dengan Blok A.F Berjaya memenangi acara pertama. Setiap kali Ahli Blok A.F turun ke gelanggang, Sokongan jitu daripada ahli blok A.F yang lain dengan sorakan semangat telah menaikkan lagi semangat pemain. Laungan cheers bergema di padang UPMKB..Sungguh menakjubkkan…
Malam terakhir minggu ini telah diadakan acara kebudayaan. Gabungan Blok A.F telah mempersembahkan yang bertajuk “ Perpaduan menjamin kesejahteraan”
Walaupun bLOK A.F mendapat no 4.. namun kami berbangga kerana kami dapat mewujudkan hubungan kekeluargaan dalam hubungna kami....
sekian

Wednesday, July 21, 2010

UPMKB THE BEST!!!!

UPM kampus Bintulu the best….

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia

Pejam celik, pejam celik.. dah hamper 3 minggu saya berada di tanah orang jauh dengan pandangan keluarga. Wajah-wajah manis keluarga sentiasa berada di fikiran saya. Sentiasa mengenangkan saat manis bersama keluarga sebelum berangkat meninggalkan mereka semua.

Selepas 2 minggu mendaftar, diriku sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampus ini. Universiti Putra Malaysia merupakan salah sebuah university yang gah namanya di persada Malaysia dengan penyelidikan pertanian. Namun, UPM kampus Bintulu mempunyai keistimewaan yang tersendiri. UPMKB hanya mempunyai satu fakulti sahaja dan pelajarnya lebih kurang 1000 orang sahaja berbanding dengan kampus Serdang.. ini membolehkankan pelajar mempunyai masa yang lebih dengan para pengajar.

Pemandangan yang menghijau juga dapat menenangkan pemikiran pelajar untuk study. Tanpa ada gangguan dari mana pihak. Sebab itulah saya katakana yang UPMKB is the best…….

Sekian..hehhee

Monday, July 12, 2010

SUNGGUH MENAWAN HATI

Salam sejahtera..

Saya fikir dah saya tak menjengah kat blog ini. Almaklumla sibuk dengan urusan pendaftaran kat UPM kampus Bintulu Sarawak ea..hahahah

Untuk makluman semua.. UPM kampus Bintulu ini menarik sangat-sangat, rugi kalau tak dating sini. Panorama yang begitu indah dihidangkan kepada semua pengunjung kat sini. Haha kiri dan kanan menghijau dengan pelbagai tanaman yang menyegarkan.

Saya rasa tidak rugi kerana dating ke sini, senior yang berada disini baik-baik dan friendship semua.. saya rasa setakat ini sahaja luahan saya pada hari ini. Semoga berjumpadi lain hari.