Sunday, February 26, 2012
Hidayah Allah
Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
my bufday Suprise... :)




Sunday, February 19, 2012
Di Depan Mata
Manusia mudah alpa. Lumrah manusia, tak pernah cukup dengan apa yang dimiliki. Manusia hanya tahu meminta-minta, tapi tak semua manusia tahu menghargai apa yang dimiliki. Mudahnya seorang manusia menuntut yang bukan haknya, tapi bila dah menjadi hak, mudah juga manusia sia-siakan saja. Apa yang ada di depan mata, tak pernah ditilik dengan sempurna. Yang jauh nun di sana sanggup pula diteropong untuk dikejar. Apa mentaliti manusia begini?

Untuk menyedari di depan mata itu, kamu perlu bersyukur. Mensyukuri apa yang kamu miliki.. Kamu harus tahu menghargai. Kamu harus bisa berpuas hati. Jangan tangisi andai yang di depan mata itu dibawa pergi. Jangan kecewa andai di depan mata itu ditarik kembali. Jangan menyesal andai yang di depan mata itu tiada lagi.
Saat kamu mampu melihat di depan kamu lagi, hargainya sebaik mungkin. Bila dia bukan milik kamu lagi, kamu tak berhak untuk mendapatkannya kembali. Percaya lah, menyesal seumur hidup pun takkan bisa membawa ia datang pada kamu semula.

Hargai saudara-saudara kamu. Abang, kakak, adik, mereka darah daging kamu. AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS. Sehebat mana bergolak tali arus kasih, takkan ia terputus dilanda ombak. DI DEPAN MATA kamu, mereka membesar bersama-sama kamu. Makan seperiuk, tinggal serumah, seibu sebapa. Mana mungkin wujud erti KELUARGA tanpa mereka? Cintai saudara-saudara kamu. Jangan menyesal saat saudara-saudara kamu tiada lagiDI DEPAN MATA, disisi kamu atas nama KELUARGA.
Hargai pasangan kamu selagi mereka ada bersama kamu. Jangan dikejar yang cantik rupawan tapi hitam hatinya, jangan dicari macho tampan tapi curang hatinya, jangan dibangga hartawan jutaan andai gelap hidupnya. Biarlah yang DI DEPAN MATA itu sedang-sedang saja, biarlah dia kerdil di mata manusia luar sana, asalkan dia hebat di mata kamu. Saat kamu kehilangannya, baru kamu akan sedar di mana kelebihannya. Jangan sampai kamu rasa begitu.
Hargai sahabat-sahabatmu saat mereka disisi kamu. Mereka bisa mewarnai hidupmu, mereka bisa mencorak dirimu. Mereka tempat kamu berkongsi, mereka tempat kamu tumpang menangis, ketawa, bahagia, suka dan duka. Mengapa perlu kamu lupa pada mereka di saat kamu tinggi duduknya? Disaat kamu punya sahabat ternama? Hargai mereka, sebelum mereka pergi meninggalkan kamu sepi.. Tiada lagi gelak ketawa air mata bersama. Jangan menyesal pabila kamu melihat sahabat-sahabatmu ketawa bahagia tanpa kamu. Sahabat-sahabat DI DEPAN MATAtetap sahabat selamanya. Biar bertambah sahabatmu, namun jangan pernah terkurang walau satu.
MATAitu anugerah Allah untuk melihat.MATA HITAM, MATA HATI, MATA MINDA. DI DEPAN MATA kamu, bukalah matamu seluas-luasnya, lihatlah dan sedarlah apa yang telah kamu miliki. Hargai setiap satu yang ada. Sayangi segala DI DEPAN MATA kamu, ucapkan syukur atas setiap yang kamu miliki. Kerana apa yang kamu miliki adalah sezarah kecil yang Allah kongsi bersama kamu, sesungguhnya DIA lah yang memiliki segala-galanya dengan hakiki.
Sunday, February 12, 2012
Makna Cinta
Banyak orang telah lama mencoba mendefinisikan apa sebenarnya makna cinta, namun sampai saat ini belum ada di temukan definisi yang satu mengenai makna cinta yang sebenarnya. Hal ini disebabkan karena begitu kompleks nya dan beragamnya pandangan orang terhadap cinta ini sendiri sehingga melahirkan makna makna cinta dari berbagai sudut pandang dan perspektif.
Salah satu nya yang pernah saya baca ‘The Meaning of Love’ tulisan C. armishaw yang mencoba menggambarkan makna cinta sebagai sesuatu yang tak bersyarat,
kebanyakan orang yang mengaku bahwa dia mencintai seseorang sebenarnya tidak benar benar mencintai, karena mereka tidak mengerti apa sebenarnya cinta itu..
mencintai seseorang harus tanpa syarat maksudnya kau mencintai seseorang bagaimana adanya, bagaimana dia sebelum nya dan bagaimana dia nanti di masa akan datang – karena orang pasti berubah seiring berjalan nya waktu, tapi jika kau mencintai orang tersebut, kau akan mencintainya bahkan ketika mereka menjadi sesuatu yang kau tak ingin kan
Kemudian dalam tulisan artikel yang lain hasil survey anak anak berumur 4 sampai 8 tahun yang bercerita tentang cinta…
“Cinta adalah perasaan pertama yang kau rasa sebelum semua hal buruk terjadi”
“Cinta adalah ketika nenek ku mendapat arthritis, sehingga tidak mampu lagi bungkuk menjangkau jari kaki nya dengan tangan, jadi kakek ku melakukan nya untuk nenek bahkan ketika tangan nya mendapat arthritis juga. Itu lah cinta!”
“ketika seseorang mencintai mu, cara dia menyebut nama mu terasa berbeda. Nama mu terasa tenteram di sebut nya”
“cinta adalah ketika seseorang gadis memakai parfum dan seorang laki laki memakai cologne dan mereka keluar bersama dan saling menciumi satu sama lain”
“cinta adalah ketika kau keluar untuk makan dan memberikan seseorang french fries terbaik yang kau punya tanpa mengharapkan dia akan memberikan yang dia punya”
“cinta adalah ketika seseorang menyakiti mu, dan kau merasa sangat marah tapi kau tidak berteriak kepada nya karena kau tahu itu akan menyakiti hati nya”
“cinta adalah apa yang membuat mu tersenyum ketika kau merasa lelah”
“cinta adalah pelukan. Cinta adalah ciuman”
“jika kau ingin belajar untuk mencintai lebih baik, kau seharusnya mulai dari teman mu yang kau benci”
“ketika kau mengatakan pada seseorang sesuatu hal yang buruk tentang diri mu dan kau takut dia tidak akan mencintai mu lagi, tapi kemudian kau mendapat kejutan karena bukan hanya dia masih mencintai mu, dia bahkan makin mencintai mu”
“cinta adalah ketika kau mengatakan pada seorang lelaki bahwa kau suka bajunya, kemudian dia memakai nya setiap hari”
“jika kau ingin seseorang mencintai mu, jadi lah diri mu sendiri. Beberapa orang mencoba untuk meniru orang lain, dan ada lelaki menyukai nya. Aku pikir si lelaki bukan lah orang yang baik jika ia melakukan hal ini kepada mu dan kau seharusnya mencari lelaki lain yang lebih baik”
“kau tidak sungguh sungguh berkata ‘aku mencintai mu’ kecuali kau memaksudkan nya, tapi jika kau memaksudkan nya, kau seharusnya mengatakannya berulang kali”
Makna makna cinta di atas hanya sebagian kecil contoh dari begitu banyak nya makna cinta, karena kalau di tulis semua tak akan cukup waktu untuk menuliskan nya,,,
Bayangkan setiap manusia punya makna cinta sendiri,, jadi kalau penduduk Indonesia yang jumlahnya sekarang 200 juta jiwa maka makna cinta yang ada pun akan sebanyak itu pula..
Cinta,,memang sesuatu yang kompleks, mudah di sebutkan tapi sangat sulit untuk di makna i, meskipun harus memakan waktu sampai bertahun tahun bahkan berpuluh tahun untuk mengungkap makna sebenarnya dari cinta itu sendiri.
Mungkin ini lah yang orang orang sering sebut ‘Misteri Cinta’ dan hanya TUHAN la yang mampu menjawabnya..
Thursday, January 12, 2012
Andai Perempuan Tahu :)
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita…
Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..:)
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
AnDai Lelaki Tahu :)
Saturday, January 7, 2012
RAhman dan Firdaus kena SUPRISE :)



