Friday, May 29, 2009

TAHNIAH BARCA, TAKZIAH UNITED

Salam Sejahtera...

sudah lama rasanya tidak meluangkan masa untuk blog ini. tapi kali ini saya dalam kesedihan ketika menulis untuk blog ini. sedih bukannya kerana kecewa cinta ataupun masalah lain tetapi kerana pasukan idola saya gagal mempertahankan Piala Juara Liga-liga eropah buat kali kedua berturut. Sudah pasti peminat Arsenal, Chelsea dan Liverpool gembira dengan kekalahan itu.



Sekalung tahniah buat pasukan Barcalona kerana berjaya membolosi gawang yang dikawal oleh Van Der Sar. Sudah terserlah kehebatan Barca di Rom malam itu. Pergerakan CR7 telah dikekang sehingga gagal melakukan sebarang pergerakan yang menarik. Anak buah Fergie hilang semangat setelah Messi dan Eto"o menggegarkan gawang united. Permainan Barca pada malam itu telah menyaksikan bahawa Juara Liga Sepanyol itu lebih layak untuk membawa pulang Piala berprestij itu.

Namun, bagi united.. mereka tetap yang terbaik.. Walaupun gagal mempertahankannya tetapi United telah berjaya meraih tiga piala tahun ini. Kehebatan United tetap digeruni oleh semua pasukan di dunia ini. Kekalahan pada Barca tempoh hari adalh pengajaran buat United.

1 comment:

ayun said...

hahahahaha...........