Sunday, May 31, 2009

OTAI ROCK MASIH BERBISA!!!

Salam sejahtera…

Wah.. memang gempak giler semasa otai rock kita, Amy and The Geng buat konsert kat Terengganu baru-baru nie. Walaupun saya tidak dapat untuk menyertai sama semasa konsert itu tetapi kemeriahannya dapat dirasa. Malam tu, saya menghadiri satu forum perdana kat kampung. Khabar berita kegempakan konsert tu saya terima daripada penyokong setia Search iatu abang saya sendiri, Amshyar

Dengar kata, konserty Search di Awan Biru yang diadakan kat Stadium sultan Ismail Nasiruddin Shah itu dihadiri oleh lebih 10 ribu peminat dari pantai timur. Peminat dihiburkan dengan beberapa lagu kumpulan Search yang popular. Penuh sesak stadium malam itu.

Walapun pihak penganjur rasa bimbang kerana Abang amy kite tidak sampai lagi kat negeri penyu ini pada pukul 6 petang kerana “ Flight Delay” tapi alhamdullilah Abang Amy dapat juga untuk menghiburkan peminatnya di Pantai timur. Saya harap agar Abg Amy yang akan menimang seorang putera tidak lama lagi akan terus berjaya dalam dunia seni sebagai seorang Rockers. Bagi kumpulan Search pula, saya harap agar terus berada dihati peminat di seluruh Malaysia.

Kat bawah ini ada sedikit gambar semasa konsert itu.

Konsert Search Di Awan Biru. Jurugambar Ahamd Amshyar Aminudin

No comments: