Thursday, July 29, 2010

EVOLUSI PERTANIAN




Salam sejahtera..

Pertanian dan manusia memang tidak dapat dipisahkan. Sejarah juga ada menyatakan bahawa pertanian telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Contohnya zaman paleolitik, orang pada zaman paleolitik ini telah menggunakan ertanian untuk menyara hidup mereka. Tetapi hanya cara penggunaan pertanian sahaja secara tradisional tidak seperti zaman globalisasi ini.

Jika dilihat orang zaman dahulu hanyalah menggunakan cara tradisional seprti menggunakan lembu atau kerbau untuk membajak sawah dan hanya menggunakan tenaga manusia untuk menyemai benih dan seterusnya mengutip hasil pertanian.

Kini, semuanya telah berubah dengan adanya teknologi moden seperti mesin membajak dan menuai secara moden. Mesin-mesin ini seperti jentolak dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa bidang pertanian telah melalui evulosinya yang tersendiri.

Maka tidak hairanlah sekiranya perdana menteri Malaysia mementingkan bidang pertanian berbanding bidang-bidang lain. Di Malaysia sector pertanian merupakan slah satu menyumbang terbesar kepada ekonomi Negara dengan kelapa sawit, getah, koko dan sebagainya.

Benarlah kata pepatah bahawa sekiranya kitaberbakti kepada tanah, kita perolehi hasilnya kelak. Jadi kita rakyat Malaysia seharunya menyahut seruan yang telah diberi oelh orang nombor satu di Malaysia ini.

sekian

No comments: