Wednesday, July 28, 2010

Minggu Kolegrasi UPMKB 2010

Salam Sejahtera dan salam UPM..
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai aktiviti tradisi yang diadakan saban tahun di bumi UPM kampus Bintulu ini. Minggu kolegrasi ini bertujuan ntuk merapatakan lagi silaturahin antara senior dan junior yang datang dari seluruh pelosok tanah air untuk menyambung pelajarannya di Sarawak ini.
Program ini diadakan selama 4 hari bermula 23 Julai 2010 hingga 26 Julai 2010. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena minggu ini. Antaranya ialah sukaneka, sesi bersama pengurusan Kolj Sri Rajang dan sebagainya. Kalau di sekolah dulu minggu ini boleh diibaratkan bagai Hari Bersama Pihak Pengurusan Sekolah. Minggu ini telah digabungkan antara Blok mahasiswa dan Mahasiswi. Saya selaku ahli Blok A ( Hemiptera) berasa sangat bangga dengan Blok saya.
Blok A telah digabungkan dengan Blok F. dengan semangat yang jitu antara kedua-dua blok ini telah menimbulkan satu kontroversi di UPMKB ini..hehehe sukaneka bermula dengan Blok A.F Berjaya memenangi acara pertama. Setiap kali Ahli Blok A.F turun ke gelanggang, Sokongan jitu daripada ahli blok A.F yang lain dengan sorakan semangat telah menaikkan lagi semangat pemain. Laungan cheers bergema di padang UPMKB..Sungguh menakjubkkan…
Malam terakhir minggu ini telah diadakan acara kebudayaan. Gabungan Blok A.F telah mempersembahkan yang bertajuk “ Perpaduan menjamin kesejahteraan”
Walaupun bLOK A.F mendapat no 4.. namun kami berbangga kerana kami dapat mewujudkan hubungan kekeluargaan dalam hubungna kami....
sekian

1 comment:

Iqin said...

blok d ngan i the best!
woo~!