Thursday, November 3, 2011

CINTA SEJATI

DEFINISI CINTA SEJATI (BERDASARKAN KAJIAN DAN PEMERHATIAN)

Apa yang dimaksudkan dengan Cinta Sejati? Mungkin kita semua akan mendengar banyak jawapanya.. Bagi aku... Cinta Sejati ialah perasaan yang sangat mendalam terhadap seseorang itu... Cinta sejati tidak hanya timbul antara dua pasangan yang bercinta sahaja.. malah cinta sejati ini juga boleh hadir antara Manusia dengan Pencipta-Nya, Antara anak dan ibu bapanya dan sebagainya...

Cinta sejati ini ialah perasaan yang sangat sayang dan kasih terhadap seseorang itu.. Perasaan yang tidak akan bertambah kerana kebaikannya dan tidak juga berkurang dek keburukan atau kekurangan orang yang dicintainya itu...

Cinta sejati juga tidak pernah terancam. Apa yang dimaksudkan disini ialah orang lain tidak dapat menggugat perasaan cinta tersebut walaupun dengan berbagai cara.. Memang benarlah kata pepatah.. CINTA ITU GILA.. sebabnya kita akan terlena dek kenikmatan alam percintaan ini... NAMUN... dalam percintaan ini... Batas agama perlu dijaga,..


Bersangka baik terhadap pasangan juga merupakan cinta sejati.. Namun, kita perlu berwaspada dengan apa yang mereka lakukan.... Perasaan curiga dan syak wasangka harus dilempar jauh ke dasar laut bagi mengelakan pergaduhan antara pasangan... Sikap sentiasa bermaafan juga merupakan sesuatu yang perlu ada dalam mencari apa itu CINTA SEJATI.

Selain itu, cinta sejati juga merupakan satu perasaan dimana makin lama kita bersamanya, makin kukuh ikatan tersebut,...Ini bermaksud pasangan cinta sejati ini akan kekal hingga ke akhirn hayat.. bukanya bahagia seketika sahaja.. Sesungguhnya, cinta sejati merupakan perasaan cinta yang tidak bersyarat serta membawa keberkatan andainya batas agama dijaga dalam melayari bahtera percintaan ini.


NAMUN BAGAIMANA NAK MENGUKUHKAN CINTA SEJATI?

· Sentiasalah berdOa kepada Allah agar kita dikurniakan cinta sejati
· Tuntuti perintah Allah. Amal ma'ruf nahyu mungkar. Jangan ingkar dengan perintah Allah
· Murah dengan puji-pujian. Sebaiknya pujian yang khusus... dan ikhlas...
· Murah dengan khidmat seperti suami menolong isteri di dapur
· Banyakkan belaian kasih sayang.
· Sentiasa mencari kebaikan-kebaikan pasangan. Orang yang ada cinta sejati, di dalam fikirannya penuh dengan kenangan manis
· Cari masa untuk berkomunikasi,berbincang, bergurau, at least 1/2 jam sehari pon dah cukup Bergurau tu pulak biarlah yang diredhai Allah dan pasangan tu. Jangan gurau yang menyakitkan hati (contohnya: ramai isteri tak suka gurau tentang poligami. AWAS)
· Sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri sendiri. Kalau boleh tanya pasangan tentang kebaikan serta keburukan kita. Nilai diri melalui kaca mata pasangan
· Betulkan dan ingatkan diri kita tentang priority dalam hidup ini

No comments: