Saturday, April 21, 2012

Penyu rebah dibaham SIme Darby


Harapan ribuan penyokong Penyu untuk menyaksikan skuad Terengganu mencatat kemenangan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2012 berkecai apabila pasukan ' Underdog' Sime Darby FC melakukan kejutan dengan membenam Terengganu 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Terengganu yang turun selaku juara bertahan Piala FA mendominasi permainan sejak wisel pertama dibunyikan namun serangan balas pantas yang dilakukan oleh anak buah Ismail Zakaria kerap kali mengusarkan kubu pertahanan skuad Terengganu. Walaupun beberapa percubaan dilakukan oleh skuad Penyu namun ketumpulan barisan serangan membuatkan separuh masa pertama berkesudahan 0-0




Sebaik babak kedua bersambung, Terengganu lebih banyak mengatur gerakan untuk menembusi benteng pertahanan skuad Sime Darby namun berjaya dipatahkan. Kesilapan penyerang sensasi Terengganu, Forkey Doe yang melakukan hantaran meliar telah membolehkan skuad Sime Darby melakukan serangan balas dan hasilnya Patrick Ronaldinho telah menjaringkan gol pertama buat pelawat pada minit ke-53.



Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu cuba memperkemaskan jenter

a serangan dengan melakukan beberapa gerakan yang menguji penjaga gol Sime Darby namun berjaya dipatahkan. Forkey Doe akhirnya berjaya menebus kesilapannya apabila berjaya menyamakan kedudukan setelah merembat masuk hantaran Joseph kalang Tie pada minit ke-66.

Keadaan di stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah gemuruh dengan sorakan penyokong Peteh setelah kebangkitan yang ditunjukkan oleh wira-wira kesayangan mereka. Namun , Sikap pelawat yang cuba melengah-lengah perlawanan menguji kesabaran pemain-pemain Terengganu. Keadaan sedikit tegang apabila Ashaari Shamsuddin cuba membantu pemain pertahanan Sime Darby namun pemain importnya telah menghalang Ashaari dan belaku sedikit ketegangan.

Disebalik keghairahan anak buah Mat Zan Mat Aris untuk menghasilkan gol, sime Darby sekali lagi mengejutkan hampir 20 ribu penyokong Terengganu dengan larian solo Shukor Saidin berjaya menjadikan kedudukan 2-1.

Terengganu terpaksa berkerja keras ketika bertandang ke Stadium Selayang 1 Mei ini andainya mahu mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya tahun lepas. Jelas terpancar kekecewaan penyokong-peyokong Penyu yang menyaksikan prestasi naik turun skuadnya Musim ini.

No comments: