Friday, April 6, 2012

Penyu sedia gempur Red Giants

Penyu inginkan kemenangan... Red Giants tak mahu berputih mata lagi...

MUSIM LEPAS , Irfan bakti Abu Salim membawa pasukan Terengganu menjadi sebuah pasukan yang mantap sehingga berjaya menjadi Juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia serta Liga super 2011. namun... Malam ini, Irfan Bakti akan menjadi duri dalam daging buat Terengganu yang bertandang ke stadium MBPJ Kelana Jaya untuk menentang Selangor dalam perlawanan ke 12 Liga Super musim 2012.

Irfan Bakti pernah membimbing Terengganu mencapai
beberapa kejayaan Musim lalu

Terengganu yang kembali mengganas selepas menewaskan Tampines Rovers 1-0 di stadium Jalan Besar dalam saingan Piala AFC rabu lalu sudah pasti mahu membawa 3 mata penuh dari Kelana Jaya selepas hanya terikat 0-0 ketika bertemu Johor FC sabtu lalu. Terengganu perlu menang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga , Lions xii yang mengumpul 27 mata setelah menewaskan Negeri Sembilan rabu lalu.

Strategi Mat Zan Mat Aris telah membawa Terengganu
berada di landasan yang tepat untuk menjulang Liga Super

Kehadiran semula penyerang sensasi Abdul Manaf Mamat yang baru pulih daripada kecederaan mampu untuk merobek gawang The Red Giants itu. Kehebatan Francis Forkey Doe juga memang tidak dinafikan apabila beliau kini merupakan penjaring terbanyak liga super. Kebangkitan Joseph Kalang Tie yang menjaringkan gol kemenangan buat skuad Penyu rabu lalu juga menjadi nadi kejayaan anak buah Mat Zan Mat Aris yang pernah membawa Terengganu menjadi juara Piala Malaysia 2001.

Anak buah Irfan bakti juga mahukan kemanangan malam ini andai mahukan kedudukan yang lebih selesa dalam liga. Ketiadaan tiga tonggak utama Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy dan Azidan Sarudin yang digantung satu perlawanan setelah mengumpul 3 kad kuning bukan satu masalah buat Irfan untuk mencongak strategik bagi menumbangkan Terengganu malam ini. “Kemenangan wajib, bermula perlawanan ini bagi membolehkan kami sekurang-kurangnya berada di tiga tempat teratas Liga Super. “Pemain perlu sedar dan saya sudah mengingatkan mereka, saingan sudah hampir memasuki pusingan kedua,” kata pengendali kelahiran Kelantan itu. Irfan juga mengggesa supaya anak buahnya mengambil kesempatan keatas Terengganu yang mungkin keletihan setelah mengharungi jadual yang padat minggu ini.
Shukor Jusoh mampu untuk melakukan gerakan yang boleh
mengucar kacirkan Red Giants malam ini

Perlawanan malam ini juga boleh dianggap sebagai misi balas dendam kepada adik skuad Penyu, T-Team yang dibelasah oleh oleh adik Red Giants, PKNS Selangor semalam 4-1. Itulah yang diharapkan oleh ribuan penyokong setiap serta seluruh rakyat Terengganu pada malam. Kekalahan mengejut 1-4 , T-Team kepada PKNS semalam menjadi satu kejutan buat penyokong T-team.
Forkey Doe berkemampuan untuk menghampakan
harapan Irfan Bakti

Memang tidak dinafikan bahawa Terengganu kini merupakan satu pasukan yang digeruni oleh lawan sama ada dalam saingan Liga Super mahupun peringkat AFC. Kehebatan serta kesungguhan wira-wira Penyu yang mahukan kemenangan merupakan satu faktor kejayaan skuad Terengganu itu. Kehebatan Sharbinee yang mengawal kemas gawang gol seharusnya dipuji dan kecekalan bahagian pertahan yang dibarisi pemain berbakat seperti Zubir Azmi, Marzuki Yusoff , Muslim Ahmad serta mazlizam mohamad berjaya mengekang segala asakan yang dilakukan oleh pihak lawan. Setiap perancangan yang dilakukan dibahagia tengah oleh Joseph Kalang Tie, Ashaari shamsudin, Ismail Faruqi dan shukor jusoh kerap kali mengucar kacirkan bahagian pertahan skuad lawan.




No comments: