Saturday, May 9, 2009

Mother, Queen in My Heart..

salam sejahtera
Semperna hari ibu pada hari ini, saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua golongan wanita yang telah bergelar ibu. hari ibu ini disambut bagi menghargai segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu untuk mendidik seorang anak supaya berguna pada masa hadapan.

rakan pembaca,
Seorang ibu sanggup berjaga malam sekiranya seorang anaknya demam atau kurang sihat. Ibu telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Begitu peritnya penderitaan yang dialami oleh seorang ibu ketika ingin melahirkan kita. mereka bertarung nyawa semata-mata ingin melihat kita dapat hidup didunia ini. Oleh itu, Kita semua sepatutnya menghargai jasa ibu sesungguhnya syurga terletak dibawah telapak kaki ibu.

mama, selamat hari ibu.

sekian......

1 comment:

~musytaquljannah~ said...

camtu je ke amir..isk2..