Wednesday, June 3, 2009

TIDAK KUKUH...

Salam sejahtera.



Terkejut dan tergamam, itulah reaksi saya dan mungkin juga semua orang apabila bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak ranap menyembah bumi pada 2 Juali 2009 pada jam 9.30 pagi. Stadium yang tercanggih dan terbesar di panati timur yang bernilai 300 juta ringgit ranap dalam sekelip mata walaupun dikatakan amat tercanggih.

Kejadian yang memusnahkan sebuah produa kancil dan tiga buah motosikal itu bakal dijadikan venue utma Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti 2009. Mujurlah kejadian ini tidak berlaku semasa perasmian kejohanan tersebut. Tetapi kejadian sebegini amat memalukan negara. Ada yang berkata kekayaan dapat membeli keteguhan dan kekukuhan namun apa yang terjadi dalam kes ini adalah berbeza sama sekali.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam kejadian ini? Tentu jawapannya ada pada semua pembaca. Oleh itu, kejadian seperti perlulah menjadi pengajaran kepada semua pihak. Semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi.

1 comment:

chEnta said...

takut ah nk g ganu cmni.hehehe