Sunday, June 13, 2010

INSAN ISTIMEWA

“Bukanku pinta lahir ke dunia,
Tidakku pinta cacat begini…”

Mereka tidak meminta untuk dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, namun apakan daya untuk kita mengubah takdir Illahi. Insan istimewa seperti ini harus diberi kasih sayng yang secukupnya supaya mereka tidak rasa disisihkan ketika menjalani hidup ini.

Namun apa yang kita pada hari ini, insan yang bergelar manusia menyisihkan orang-orang cacat kerana mereka beranggapan insane yang kurang sifat ini menyusahkan hidup mereka. Sejauh manakah kita harus mempunyai perasaan sepertui ini??

Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin seharunya memberikan kesedaran kepada umum bahawa insane seperti ini perlu diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup. Sekiranya kita dapat menunaikan tanggungjawab kita yang sebenar, saya yakin bahawa mereka yang istimewa mampu bersaing dengan manusia yang sempurna. sekian

No comments: