Wednesday, June 2, 2010

KEESAAN ALLAH...

kisah ini dipetik daripada penulis Majalah VARIASARI...

SEPERTI biasa, apabila selesai solat Isyak, Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Brahim Posmen), akan berehat di kerusi panjang di rumahnya sambil memerhati seekor ikan toman yang dipelihara anaknya sedang berlegar-legar di akuarium di rumahnya bagi mencari ketenangan selepas penat bekerja sepanjang hari.

Ibrahim yang tinggal di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu sejak 25 tahun

lalu itu berasal dari Ke

lantan. Dia datang ke Bandar Permaisuri ketika mula-mula bekerja se

bagai posmen dan bertemu jodoh dengan Che Ami Kalsom Che Mamat, 45 dan dikurniakan empat cahayamata.

Pada malam itu, Ibrahim rasa lain macam, dia mahu melihat sepuas-puasnya ikan toman yang dipelihara lebih setahun lalu itu, kerana apabila melihat ikan toman itu berlegar di akuarium, jiwanya menjadi tenang, kepenatan akibat kerja menghantar surat dari rumah ke rumah itu akan hilang.

Sedang dia asyik memerhati ikan toman kesayanganya itu, tiba-tiba dia melihat ada kelainan pada perut ikan toman sepanjang 10 inci itu, terdapat satu tulisan seperti ayat suci Al Quran tetapi tidak jelas tentang ayat yang terpapar di perut ikan itu.

“Ya Allah, mari-mari tengok ikan toman kita ini min,” Ibrahim memanggil isterinya yang sedang berada di dapur sambil beberapa kali cuba membaca kalimah yang kurang jelas itu.

“Min, tengok perut ikan tu, ada perkataan Allah lah, yang sebelum dan selepas kalimah Allah itu, kurang jelaslah.,” kata Ibrahim yang terus cuba membaca tulisan bahasa arab yang terdapat di perut ikan toman yang diperolehinya dari sawah di belakang rumahnya oleh anak lelakinya.

“Mungkin ada rahmatnya, terdapat kalimah Allah pada ikan itu, bang, apakata kita panggil orang yang lebih arif untuk mentafsir apa yang terdapat pada ikan toman kita ini,” kata isteri Ibrahim itu.

“Betul juga tu min, nantilah kita bawa siapa-siapa untuk melihatnya,” kata Ibrahim yang agak terkejut kerana belum pernah melihat atau memelihara ikan yang mempunyai tulisan bahasa arab pada perut ikan.

“Kita kena jaga betul-betul ikan ini bang, bukanya mudah nak dapat ikan macam ini, jangan bagi dia mati ,” kata isteri Ibrahim yang mengharapkan suaminya menjaga ikan yang dianggap pelik itu dengan baik dan boleh menjadi panduan kepada mereka itu untuk menunjukan kebesaran Allah.

Selepas menyedari, akan terdapat kalimah Allah pada ikan tomanya itu, Ibrahim lebih mengambil berat tentang ikan itu termasuklah menjaga kebersihan air dan memberi makan mengikut jadual supaya ikan itu akan terus hidup untuk beberapa tahun lagi dan memberi peluang kepada saudara-mara dan kawan-kawannya melihat kejadian aneh pada ikan tomannya itu.

Menurut Ibrahim, ikan itu ditangkap oleh anak lelakinya, Syahri Isa Ibrahim di sawah berhampiran rumahnya pada awal tahun lalu iaitu selepas musim banjir. Ikan itu masih kecil ketika itu dan dia tidak menyangka ikan toman itu boleh hidup hingga ke hari ini.

“Pada mulanya anak saya itu, hanya meletakan ikan itu dalam balang kecil dan memeliharanya secara suka-suka tetapi selepas ikan itu semakin membesar, saya membeli sebuah akuarium yang sesuai untuknya. Alhamdulillah, ikan itu dapat hidup dengan sempurna hingga ke hari ini.

“Kami lebih sayangkan ikan itu apabila terdapat kalimah Allah pada badannya dan menganggap ia adalah pemberian Tuhan kepada keluarga kami dan akan menjaganya sebaik mungkin selagi dia hidup.

“Sebelum ini, saya hanya melihat beberapa kalimah Allah yang terdapat di badan manusia dan ikan serta beberapa tempat lain dalam akhbar atau internet tetapi kali ini ia muncul di dalam rumah kami sendiri,” katanya.

Sementara itu, seorang guru agama, Alias Sulaiman, ketika ditunjukan gambar ikan itu, berkata, tidak dapat dengan jelas apakah ayat yang terdapat pada perut ikan itu tetapi yang jelas ialah kalimah Allah pada tengah-tengah ayat itu.

“Tidak dapat dibaca dengan jelas tulisan ini. Yang jelas ada kalimah Allah dan bentuk seperti kalimah Muhammad pada depanya, Wallahuallam,” katanya.

No comments: