Sunday, August 1, 2010

Datang Kembali!!!!

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia..

Tidak sampai seminggu sahaja lagi umat Islam di seluruh Malaysia dan juga segenap dunia bakal menunaikan rukun Islam iaitu berpuasa sebulan di Bulan Ramadhan. Baru rasanya kita berpuasa pada tahun lepas. Namun itulah masa yang sentiasa mengejar kita.

Pada bulan yang mulia lagi dirahmati oleh Yang Maha Esa ini, kita haruslah menjalankan segala ibadat dengan khusyuk dan meninggalkan segala larangannya. Sesungguhya bulan ini erupakan bulan yang paling dirahmati.

Bagi diriku, mungkin Puasa kali ini berbeza sama sekali kerana jauh disamping keluarga tersayang. Yup, berpuasa di bumi orang memang berbaza. Kalau di SESMA dulu mungkin telah disediakan hidangan untuk berbuka di dewan makan. Begitu juga kalau di rumah, Hidangan lazat di mama tersayang sudah menusuk hidungan seawall jam 5 lagi. Tak tahulah bagaimana berpuasa di sini. Tapia pa yang diharapakan saya dapay menjalani ibadat ini dengan sempurna…

Salam

No comments: