Friday, July 29, 2011

Mereka Terbaik !!!



tidak perlu memohon maaf.... itulah yang harus dikatakan kepada skuad Malaysia yang gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga . Mereka telah melakukan yang terbaik untuk jutaan rakyat Malaysia yang mahu menyaksikan Skuad bimbingan K. Rajagobal itu beraksi pada kejohanan Piala Dunia 2014 namun apakan daya , masih tiada rezeki buat Harimau Malaya menjadi salah satu pasukan yang beraksi untuk kejohanan itu..


Memang mengecewakan apabila kita sekadar mencatat keputusan seri ketika perlawanan timbal balik di stadium keramat, Bukit Jalil 28 Julai lalu.. Malah ada yang mengatakan bahawa skuad bola sepak Malaysia masih belum berada pada tahap yang sebenarnya apabila tumbang kepada Singapura dengan aggreget 6-4...


Merayu... Kapten Malaysia , Safiq Rahim selepas dilyangkan kad merah


kegagalan untuk membiasakan diri dengan padang sentetik di Stadium Jalan Besar , Singapura akhirnya mengundang padah apabila gawang Malaysia dibolosi sebanyak 5 gol.. 4 gol mudah pada babak pertama memberi bayangan bahawa kita tidak biasa dengan padang tiruan... namun, segalanya dapat diselesaikan apabila kita bangkit pada babak kedua dengan 2 jaringan dan hanya satu dibolosi... menjadikan kedudukan di 5-3 selepas tamat perlawanan di singapura...



Anugerah Pengarah Terbaik dapat dikalungkan kepada jurulatih Singapura ini andainya terdapat anugerah tersebut dalam perlawanan bola sepak



Misi di Bukit jalil menjadi sukar apabila ketiadaan Safiq Rahim selaku penggerak utama pasukan serta taktik ataupun lakonan yang menjadi daripada pemain-pemain singapura... Walaupun kehadiran lebih 95 ribu penyokong Malaysia tetapi masih lagi gagal untuk melemahkan semangat serta lokanan terbaik daripada pemain singapura...... Gol jaringan Safee Sali masih lagi gagal untuk melayakkan Malaysia ke pusingan seterusnya....

Tidak perlu kata maaf daripada Wira-wira kita... Sebaliknya TAHNIAH harus dikalungkan kepada mereka yang sanggup berjuang sehingga ke wisel penamat di tiup kan... bagi aku.... Harimau Malaysia terbaik...... :)

No comments: