Monday, March 26, 2012

TERENGGANU harapkan kejayan.:)


Siapa mampu mengisi 4 slot separuh akhir PIALA FA 2012?

Persoalan ini bakal terjawab malam ini... Mungkin ada sedikit kelebihan buat pasukan Kelantan , Terengganu serta Sime Darby yang mencatat kemenangan pada perlawanan pertama suku akhir sabtu lalu..

Skuad GOMO Qlate Gomo merupakan pasukan terawal yang boleh mengisi slot ke separuh akhir apabila mempunyai defisit 3 gol untuk dibawa ke Kelantan setelah menewaskan KL SPA 3-0 di sabtu lalu. KL SPA seolah-olah tiada tandingan buat pendahulu liga super musim ini bagaimanapun akan memberikan tentangan sengit pada perlawanan kedua malam ini. itulah yang dijanjikan oleh skuad KL SPa. Namun, skuad kelantan tidak boleh leka dan andainya seri sudah cukup untuk mereka beraksi di separuh akhir nanti.

Juara FA 2011, Terengganu yang sudah menapak sebelah kaki ke saingan separuh akhir apabila berjaya menumbangkan skuad Singapura 1-0 pada aksi pertama sabtu lalu tetap berwaspada dengan skuad seberang yang mempunyai seribu satu misteri. Bermain di Stadium Jalan Besar mungkin satu kelebihan buah skuad singapura namun anak buah Mat Zan mat Aris mahu memberikan aksi 90 minit yang terbaik untuk Skuad Penyu mempertahankan kejuaraan tahun lalu..

Turut beraksi pada malam ini adik skuad Terengganu , T-TEam yang bakal melayan kunjungan Sang Kenari di Stadium Sultan Ismail di Kuala Terengganu. keputusan seri di Darul Aman memberikan kelebihan kepada T-Team yang beraksi di laman sendiri namun kebangkitan skuad kendalian WaN Jamak akhir-akhir ini pasti memberikan saingan sengit untuk T-Team.

pertemuan Sime DArby dan Johor FC juga harus diberi tumpuan apabila pasukan under dog , SIme Darby FC melakukan kejutan apabila menewaskan Johor FC 3-2. Skuad Lebah seolah-olah hilangn sengat apabila beraksi longlai pada perlawanan pertama.

Apa pun, selamat berjuang buat wira-wira TERENGGANU dan T-TEam pada malam ini... Turtle warrior serta young Turtle merupakan pasukan terbaik... bravo..:_

No comments: