Saturday, October 6, 2012

PERTARUNGAN DUA "RED"


Saingan Piala Malaysia musim 2011 menyaksikan Kelantan hanya mampu melangkah ke Suku Akhir dan Selangor dapat bertahan sehingga Separuh Akhir sahaja apabila kedua-dua pasukan ini ditunjukkan jalan Keluar oleh SKUAD TERENGGANU. Namun kali ini kedua-dua pasukan yang digelarkan RED ini bakal berentap untuk menentukan siapakah yang lebih layak mengisi slot final. TERENGGANU pula hanya suram menyaksikan saingan kalah mati Piala Malaysia musim ini apabila gagal menunjukkan kehebatannya dalam saingan peringkat kumpulan akibat masalah dalaman.

Malam ini satu lagi saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia menyaksikan Skuad Kijang menanti kunjungan The Red Giant. Saingan malam ini pasti akan menjanjikan pertembungan sengit antara kedua-dua pasukan dalam memburu misi tersendiri.\



MENCAPAI KEMENANGAN TREBLE


Bagi anak buah Bojan Hodak, Kemenangan dalam saingan Piala Malaysia edisi ke 86 tahun ini pastinya memberi  kenangan yang paling bermakna setelah berjaya merangkul dua Piala Musim ini, Juara Liga Super serta Juara Piala FA pada Mei lalu. Namun, liku untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia pastinya berliku apabila menentang SELANGOR pada saingan separuh akhir malam ini.

Status pasukan pilihan bukanlah jalan mudah untuk pemain-pemain Kelantan memandang rendah keupayaan Selangor yang turun untuk mencapai satu misi yang amat bernilai. Jika dilihat pada laluan anak buah Bojan Hodak untuk ke separuh akhir amat memeritkan. The Red Warrior nyaris terpaksa melupakan saingan Piala Malaysia kali ini diperingkat separuh akhir apabila ketinggallan 2-0 pada aksi suku akhir kedua lalu. Namun, dengan semangat dan keyakinan tinggi mereka mampu bangkit untuk keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Mohamad IV sekali gus mara ke separuh akhir dengan aggregate 4-3.

Bojan Hodak juga mengingatkan benteng pertahanannya agar mengawal ketat dua pemain Selangor, Amri Yahyah dan Basko Balaban yang dianggap boleh menjadi pemusnah dalam usaha mereka menggenggam Piala berprestij itu buat kali kedua selepas tahun 2010. “ Mereka berdua ( Basko dan Amri harus dirantai untuk memastikan tiada gol di Kota Bharu” Kata Bojan Hodak.

Kelebihan mungkin dapat dilihat kepada skuad Kijang untuk saingan malam ini apabila mereka bakal menggunakan Stadium Sultan Mohamad IV yang dianggap keramat untuk mereka. Sudah pasti puluhan ribu penyokong TRW bakal memenuhi setiap genap Stadium tersebut. “ Ini merupakan perlawanan terakhir skuad Kelantan disini dan pastinya kami penyokong setia TRW ingin melihat kemenangan bakal tercipta dan sekali gus mengekalkan stadium Sultan Mohamad IV sebagai stadium keramat dengan rekod tanpa kalah.” Jelas seorang penyokong setia TRW.

Bagi Kepten Kijang, Badri Radzi atau lebih mesra dipanggil Piya mengatakan bahawa mereka pasti berhati-hati dalam pertemuan malam ini kerana Selangor bukanlah calang-calang pasukan. Selangor mempunyai strategi yang mampu untuk mengecewakan Kelantan. Namun, keyakinan yang tinggi serta semangat yang bergelora dengan sokongan penyokong setia pasti menjanjikan satu persembahan yang terbaik untuk kelantan. Kehadiran semula penyerang sensasi Ghaddar dan Norshahrul Idlan pasti membuatkan gawang selangor tak senang duduk.

Tahun lalu, Kelantan terpaksa melupakan saingan Piala Malaysia setakat suku akhir sahaja apabila mereka ditundukkan seteru utama yang juga jiran, Terengganu yang ketika itu dibimbing oleh Haji Irfan Bakti dan pastinya mereka tidak mahu skrip yang sama berulang pada separuh akhir malam ini. Seluruh ribuan penyokong TRW pasti tidak mahu Irfan Bakti sekali lagi menjadi penghalang buat mereka malam ini.


MISI 33 Kian MENJELMA.

Buat The Red Giant, Misi 33 yang terkandas dalam saingan Piala Malaysia musim lalu kembali menjadi kenyataan apabila mereka berjaya melangkah ke separuh akhir dan semestinya Haji irfan bakti mahu menggunakan segala strategi yang ada untuk sekali lagi mengecewakan impian The Red Warrior dalam saingan Piala Malaysia edisi ke-86 tahun ini. 

“ Anggap main macam final.” Itulah ungkapan ringkas pengurus Selangor , Datuk Hamidin kepada anak buah Haji Irfan Bakti menjelang pertemuan menentang Kelantan di Kota Bharu malam ini. Melihat keupayaan Kelantan selaku pasukan terbaik musim ini, mereka mahu semua pemain berjuang bermati-matian untuk membawa bekalan selesa pada saingan separuh akhir kedua nanti.

Selangor yang mahu menjulang piala Berprestij ini buat kali ke33 mempertaruhkan beberapa pemain handalan seperti Amri Yahyah, Basko Balaban , Shafiq Rahim pastinya menjanjikan tiada luluan mudah untuk TRW melangkah ke pentas akhir.  Selangor yang dikecewakan Terengganu yang ketika dibawah kendalian Haji Irfan Bakti  dalam saingan separuh akhir musim lalu pastinya mahu menggunakan segala strategi serta taktik daripada jurulatih berpengalaman itu untuk menyekat laluan Kelantan malam ini.
“ Cari gol awal dan itu pastinya membuat lawan tertekam.” Itulah yang diharapkan oleh Irfan Bakti dalam Saingan Malam ini.

Pertembungan dua pasukan yang mendapat Gelaran RED ini pasti menjadi satu tumpuan dalam saingan separuh akhir malam ini. Selamat berjuang kepada semua pemain buat kedua-dua pasukan.. Andainya musim lalu Terengganu merupakan musuh yang menyingkirkan kedua-dua pasukan ini (SELANGOR DAN KELANTAN) Namun musim ini wira-wira PENYU hanya sugul menyaksikan pasukan yang bertanding pada peringkat kalah mati. Akibat masalah dalaman, Terengganu terpaksa melupakan Piala Malaysia edisi 86 lebih awal. L

Apa yang penulis harapan agar segala kemelut dalaman Skuad Penyu dapat diatasi segera dan kegemilangan PENYU akan kembali pada musim hadapan.. ABC.. J

Tuesday, June 12, 2012

cINTAKU hanya UntukMU



Dikala senja mula menjelma di kala itu jua aku masih di pinggiran kali di mana kau dan aku sering ke sana.


Mungkin nostalgia itu sekadar untuk melepaskan sekelumit resah yang meruntun jiwa.


Aku telah kekeringan airmata untuk mengenangimu.Kemilau warna senja tidak lagi memberi keindahan padaku.


Kalau dulu itulah warna yang menjadi jambatan kasih kita jika tak bertemu tetapi kini segalanya berakhir.


Masihkah kau ingat bahawa aku tak bisa menahan airmata dari menitis pabila di landa pilu terutama tika kau memutuskan perhubungan antara kita.


Kalau dulu kaulah pelita hati yang menerangi malamku dan kau jua sinar kasih yang bercahaya di waktu pagi tapi itu semua bagaikan mimpi yang tak mungkin kembali di taman hidupku kini.


Tirai malam kian berlabuh dan aku terpaksa pergi meninggalkan memori cinta kita.


Aku sedar tak tercapai ketenangan yang ku cari jika berterusan mengikut irama rasaku sendiri.


Walau sejuta badai menghempas diriku namun aku tetap menyintai dan mengingatimu...

Saturday, April 21, 2012

Penyu rebah dibaham SIme Darby


Harapan ribuan penyokong Penyu untuk menyaksikan skuad Terengganu mencatat kemenangan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2012 berkecai apabila pasukan ' Underdog' Sime Darby FC melakukan kejutan dengan membenam Terengganu 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Terengganu yang turun selaku juara bertahan Piala FA mendominasi permainan sejak wisel pertama dibunyikan namun serangan balas pantas yang dilakukan oleh anak buah Ismail Zakaria kerap kali mengusarkan kubu pertahanan skuad Terengganu. Walaupun beberapa percubaan dilakukan oleh skuad Penyu namun ketumpulan barisan serangan membuatkan separuh masa pertama berkesudahan 0-0




Sebaik babak kedua bersambung, Terengganu lebih banyak mengatur gerakan untuk menembusi benteng pertahanan skuad Sime Darby namun berjaya dipatahkan. Kesilapan penyerang sensasi Terengganu, Forkey Doe yang melakukan hantaran meliar telah membolehkan skuad Sime Darby melakukan serangan balas dan hasilnya Patrick Ronaldinho telah menjaringkan gol pertama buat pelawat pada minit ke-53.



Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu cuba memperkemaskan jenter

a serangan dengan melakukan beberapa gerakan yang menguji penjaga gol Sime Darby namun berjaya dipatahkan. Forkey Doe akhirnya berjaya menebus kesilapannya apabila berjaya menyamakan kedudukan setelah merembat masuk hantaran Joseph kalang Tie pada minit ke-66.

Keadaan di stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah gemuruh dengan sorakan penyokong Peteh setelah kebangkitan yang ditunjukkan oleh wira-wira kesayangan mereka. Namun , Sikap pelawat yang cuba melengah-lengah perlawanan menguji kesabaran pemain-pemain Terengganu. Keadaan sedikit tegang apabila Ashaari Shamsuddin cuba membantu pemain pertahanan Sime Darby namun pemain importnya telah menghalang Ashaari dan belaku sedikit ketegangan.

Disebalik keghairahan anak buah Mat Zan Mat Aris untuk menghasilkan gol, sime Darby sekali lagi mengejutkan hampir 20 ribu penyokong Terengganu dengan larian solo Shukor Saidin berjaya menjadikan kedudukan 2-1.

Terengganu terpaksa berkerja keras ketika bertandang ke Stadium Selayang 1 Mei ini andainya mahu mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya tahun lepas. Jelas terpancar kekecewaan penyokong-peyokong Penyu yang menyaksikan prestasi naik turun skuadnya Musim ini.

Tuesday, April 17, 2012

Noktah Cinta...

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Sunday, April 8, 2012

Tips Kekalkan hubungan...

pada entri kali ini... aku nak bercerita sikit tentang tips-tips nak kekalkan hubungan percintaan nie.. yelah.. bukannye mudah taw... :) ni pon aku amek kat blog orang gak..:)

1. TIGA PERKATAAN AJAIB

Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai. I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.

2. HAYATI HUBUNGAN ANDA
Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.

3. TERUSKAN KEHIDUPAN BIASA
Jika anda suka bersukan , teruskan. Tidak perlu mengubah gaya hidup anda. Mana tahu pasangan anda turut ingin melakukannya bersama. Pasti tambah meriah malahan si dia akan lebbih memahami dan menghormati minat anda.

4. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea katakan..

5. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Komunikasi yang betul adalah satu satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan anda. Janganlah cuba-cuba lakukan apa yang tidak disukai pasangan.

6. JANGAN KELAM KABUT
Jika pasangan anda orang popular dan dikenali ataupun seorang yang peramah, janganlah kelam kabut dan cepat cemburu. Hati si dia tetap milik anda. Jangan kerana sikap anda yang kelam kabut tidak tentu arah membuatkan si dia meluat dan berpaling arah.

7. PEKA DAN SENSITIF
Sensitif dan peka terhadap apa juga perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan anda. Selesaikan apa sahaja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.

8. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG
Ada yang berkata, hubungan tambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam percintaan mahupun alam berumahtangga. Itu akan emmbuatkan kita lebih mengenali pasangan. Jangan pula cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar.

Friday, April 6, 2012

Penyu sedia gempur Red Giants

Penyu inginkan kemenangan... Red Giants tak mahu berputih mata lagi...

MUSIM LEPAS , Irfan bakti Abu Salim membawa pasukan Terengganu menjadi sebuah pasukan yang mantap sehingga berjaya menjadi Juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia serta Liga super 2011. namun... Malam ini, Irfan Bakti akan menjadi duri dalam daging buat Terengganu yang bertandang ke stadium MBPJ Kelana Jaya untuk menentang Selangor dalam perlawanan ke 12 Liga Super musim 2012.

Irfan Bakti pernah membimbing Terengganu mencapai
beberapa kejayaan Musim lalu

Terengganu yang kembali mengganas selepas menewaskan Tampines Rovers 1-0 di stadium Jalan Besar dalam saingan Piala AFC rabu lalu sudah pasti mahu membawa 3 mata penuh dari Kelana Jaya selepas hanya terikat 0-0 ketika bertemu Johor FC sabtu lalu. Terengganu perlu menang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga , Lions xii yang mengumpul 27 mata setelah menewaskan Negeri Sembilan rabu lalu.

Strategi Mat Zan Mat Aris telah membawa Terengganu
berada di landasan yang tepat untuk menjulang Liga Super

Kehadiran semula penyerang sensasi Abdul Manaf Mamat yang baru pulih daripada kecederaan mampu untuk merobek gawang The Red Giants itu. Kehebatan Francis Forkey Doe juga memang tidak dinafikan apabila beliau kini merupakan penjaring terbanyak liga super. Kebangkitan Joseph Kalang Tie yang menjaringkan gol kemenangan buat skuad Penyu rabu lalu juga menjadi nadi kejayaan anak buah Mat Zan Mat Aris yang pernah membawa Terengganu menjadi juara Piala Malaysia 2001.

Anak buah Irfan bakti juga mahukan kemanangan malam ini andai mahukan kedudukan yang lebih selesa dalam liga. Ketiadaan tiga tonggak utama Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy dan Azidan Sarudin yang digantung satu perlawanan setelah mengumpul 3 kad kuning bukan satu masalah buat Irfan untuk mencongak strategik bagi menumbangkan Terengganu malam ini. “Kemenangan wajib, bermula perlawanan ini bagi membolehkan kami sekurang-kurangnya berada di tiga tempat teratas Liga Super. “Pemain perlu sedar dan saya sudah mengingatkan mereka, saingan sudah hampir memasuki pusingan kedua,” kata pengendali kelahiran Kelantan itu. Irfan juga mengggesa supaya anak buahnya mengambil kesempatan keatas Terengganu yang mungkin keletihan setelah mengharungi jadual yang padat minggu ini.
Shukor Jusoh mampu untuk melakukan gerakan yang boleh
mengucar kacirkan Red Giants malam ini

Perlawanan malam ini juga boleh dianggap sebagai misi balas dendam kepada adik skuad Penyu, T-Team yang dibelasah oleh oleh adik Red Giants, PKNS Selangor semalam 4-1. Itulah yang diharapkan oleh ribuan penyokong setiap serta seluruh rakyat Terengganu pada malam. Kekalahan mengejut 1-4 , T-Team kepada PKNS semalam menjadi satu kejutan buat penyokong T-team.
Forkey Doe berkemampuan untuk menghampakan
harapan Irfan Bakti

Memang tidak dinafikan bahawa Terengganu kini merupakan satu pasukan yang digeruni oleh lawan sama ada dalam saingan Liga Super mahupun peringkat AFC. Kehebatan serta kesungguhan wira-wira Penyu yang mahukan kemenangan merupakan satu faktor kejayaan skuad Terengganu itu. Kehebatan Sharbinee yang mengawal kemas gawang gol seharusnya dipuji dan kecekalan bahagian pertahan yang dibarisi pemain berbakat seperti Zubir Azmi, Marzuki Yusoff , Muslim Ahmad serta mazlizam mohamad berjaya mengekang segala asakan yang dilakukan oleh pihak lawan. Setiap perancangan yang dilakukan dibahagia tengah oleh Joseph Kalang Tie, Ashaari shamsudin, Ismail Faruqi dan shukor jusoh kerap kali mengucar kacirkan bahagian pertahan skuad lawan.




Monday, April 2, 2012

maafkan aku sayang

Maaf tika kataku berbisa,

Menoreh hati membekas luka,


Kerna aku bukan pujangga,

Alpa tika berbicara.



Maaf tika aku diam seribu bahasa,

Lenyap tanpa balas suara,

Enggan menghakis cerianya suasana,

Menyimpul rapat sukma di jiwa.



Biar kata mahu bicara,

Hiasilah ia dengan warna nasihat,

Berbahan akal sebelum hidangan,

Agar bunga kata itu berteraskan akhlak mulia.



Buangkannista dalam bicara,

Lenyapkan taut umpatan,

Ghaibkan kail hasad dan iri,

Bakal memancing mazmumah diri.