Saturday, October 6, 2012

PERTARUNGAN DUA "RED"


Saingan Piala Malaysia musim 2011 menyaksikan Kelantan hanya mampu melangkah ke Suku Akhir dan Selangor dapat bertahan sehingga Separuh Akhir sahaja apabila kedua-dua pasukan ini ditunjukkan jalan Keluar oleh SKUAD TERENGGANU. Namun kali ini kedua-dua pasukan yang digelarkan RED ini bakal berentap untuk menentukan siapakah yang lebih layak mengisi slot final. TERENGGANU pula hanya suram menyaksikan saingan kalah mati Piala Malaysia musim ini apabila gagal menunjukkan kehebatannya dalam saingan peringkat kumpulan akibat masalah dalaman.

Malam ini satu lagi saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia menyaksikan Skuad Kijang menanti kunjungan The Red Giant. Saingan malam ini pasti akan menjanjikan pertembungan sengit antara kedua-dua pasukan dalam memburu misi tersendiri.\



MENCAPAI KEMENANGAN TREBLE


Bagi anak buah Bojan Hodak, Kemenangan dalam saingan Piala Malaysia edisi ke 86 tahun ini pastinya memberi  kenangan yang paling bermakna setelah berjaya merangkul dua Piala Musim ini, Juara Liga Super serta Juara Piala FA pada Mei lalu. Namun, liku untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia pastinya berliku apabila menentang SELANGOR pada saingan separuh akhir malam ini.

Status pasukan pilihan bukanlah jalan mudah untuk pemain-pemain Kelantan memandang rendah keupayaan Selangor yang turun untuk mencapai satu misi yang amat bernilai. Jika dilihat pada laluan anak buah Bojan Hodak untuk ke separuh akhir amat memeritkan. The Red Warrior nyaris terpaksa melupakan saingan Piala Malaysia kali ini diperingkat separuh akhir apabila ketinggallan 2-0 pada aksi suku akhir kedua lalu. Namun, dengan semangat dan keyakinan tinggi mereka mampu bangkit untuk keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Mohamad IV sekali gus mara ke separuh akhir dengan aggregate 4-3.

Bojan Hodak juga mengingatkan benteng pertahanannya agar mengawal ketat dua pemain Selangor, Amri Yahyah dan Basko Balaban yang dianggap boleh menjadi pemusnah dalam usaha mereka menggenggam Piala berprestij itu buat kali kedua selepas tahun 2010. “ Mereka berdua ( Basko dan Amri harus dirantai untuk memastikan tiada gol di Kota Bharu” Kata Bojan Hodak.

Kelebihan mungkin dapat dilihat kepada skuad Kijang untuk saingan malam ini apabila mereka bakal menggunakan Stadium Sultan Mohamad IV yang dianggap keramat untuk mereka. Sudah pasti puluhan ribu penyokong TRW bakal memenuhi setiap genap Stadium tersebut. “ Ini merupakan perlawanan terakhir skuad Kelantan disini dan pastinya kami penyokong setia TRW ingin melihat kemenangan bakal tercipta dan sekali gus mengekalkan stadium Sultan Mohamad IV sebagai stadium keramat dengan rekod tanpa kalah.” Jelas seorang penyokong setia TRW.

Bagi Kepten Kijang, Badri Radzi atau lebih mesra dipanggil Piya mengatakan bahawa mereka pasti berhati-hati dalam pertemuan malam ini kerana Selangor bukanlah calang-calang pasukan. Selangor mempunyai strategi yang mampu untuk mengecewakan Kelantan. Namun, keyakinan yang tinggi serta semangat yang bergelora dengan sokongan penyokong setia pasti menjanjikan satu persembahan yang terbaik untuk kelantan. Kehadiran semula penyerang sensasi Ghaddar dan Norshahrul Idlan pasti membuatkan gawang selangor tak senang duduk.

Tahun lalu, Kelantan terpaksa melupakan saingan Piala Malaysia setakat suku akhir sahaja apabila mereka ditundukkan seteru utama yang juga jiran, Terengganu yang ketika itu dibimbing oleh Haji Irfan Bakti dan pastinya mereka tidak mahu skrip yang sama berulang pada separuh akhir malam ini. Seluruh ribuan penyokong TRW pasti tidak mahu Irfan Bakti sekali lagi menjadi penghalang buat mereka malam ini.


MISI 33 Kian MENJELMA.

Buat The Red Giant, Misi 33 yang terkandas dalam saingan Piala Malaysia musim lalu kembali menjadi kenyataan apabila mereka berjaya melangkah ke separuh akhir dan semestinya Haji irfan bakti mahu menggunakan segala strategi yang ada untuk sekali lagi mengecewakan impian The Red Warrior dalam saingan Piala Malaysia edisi ke-86 tahun ini. 

“ Anggap main macam final.” Itulah ungkapan ringkas pengurus Selangor , Datuk Hamidin kepada anak buah Haji Irfan Bakti menjelang pertemuan menentang Kelantan di Kota Bharu malam ini. Melihat keupayaan Kelantan selaku pasukan terbaik musim ini, mereka mahu semua pemain berjuang bermati-matian untuk membawa bekalan selesa pada saingan separuh akhir kedua nanti.

Selangor yang mahu menjulang piala Berprestij ini buat kali ke33 mempertaruhkan beberapa pemain handalan seperti Amri Yahyah, Basko Balaban , Shafiq Rahim pastinya menjanjikan tiada luluan mudah untuk TRW melangkah ke pentas akhir.  Selangor yang dikecewakan Terengganu yang ketika dibawah kendalian Haji Irfan Bakti  dalam saingan separuh akhir musim lalu pastinya mahu menggunakan segala strategi serta taktik daripada jurulatih berpengalaman itu untuk menyekat laluan Kelantan malam ini.
“ Cari gol awal dan itu pastinya membuat lawan tertekam.” Itulah yang diharapkan oleh Irfan Bakti dalam Saingan Malam ini.

Pertembungan dua pasukan yang mendapat Gelaran RED ini pasti menjadi satu tumpuan dalam saingan separuh akhir malam ini. Selamat berjuang kepada semua pemain buat kedua-dua pasukan.. Andainya musim lalu Terengganu merupakan musuh yang menyingkirkan kedua-dua pasukan ini (SELANGOR DAN KELANTAN) Namun musim ini wira-wira PENYU hanya sugul menyaksikan pasukan yang bertanding pada peringkat kalah mati. Akibat masalah dalaman, Terengganu terpaksa melupakan Piala Malaysia edisi 86 lebih awal. L

Apa yang penulis harapan agar segala kemelut dalaman Skuad Penyu dapat diatasi segera dan kegemilangan PENYU akan kembali pada musim hadapan.. ABC.. J

No comments: