Thursday, January 12, 2012

Andai Perempuan Tahu :)

Post yang lepas berkaitan dengan Andai Lelaki Tahu.. n the kali ni pulak aku nak tulis pasal ANDAI PEREMPUAN TAHU.... :)

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita…

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

AnDai Lelaki Tahu :)

Kali ini aku nak tulis tenatang dua insan... iaitu Lelaki dan Perempuan... Firstnye... aku akan tulis entry pasal ANDAINYA LELAKI TAHU


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Saturday, January 7, 2012

RAhman dan Firdaus kena SUPRISE :)


hari nie... 7 Hb January 2012.. sesuatu yang mungkin takkan aku lupakan dalam hidup kat SDPA nie..hehe Macam biase.. ary sabtu... kami di SDPA akan menghadiri Practical.. sama ada di Dusun Durian Estet ataupun SDSAS ( Sime darby Seed and Agriculture)...



Umm.. mula-mula aku nak cakap sikit pasal practical nie n then aku akan cerita apa yang berlaku lepas tu... Practical hari ini simple je... ingatkan kenalah turun ladang or nursery... kami tiba kat SDSAS pukul 830 pagi.. Biasenya apabila kami sampai.. kami terus disuruh untuk masuk ke ladang.. tapi hari ini.. kami terpaksa Tuan Asri.. tunggu punye tunggu... pukul 10 baru Tuan Asri sampai... pergghh lame tu..haha



Masuk lak dalam meeting room. xde lak Aircond.. haha panas giler... tapi Tuan Asri cakap.. lantak p lah...hadoiii... Kelas ary nie tamat jam 12 tengahari

Lpeas kelas.. kami biasanya akan pergi ke Pantai Kelanang dahulu.. untuk lunch.. kita orang memang dah ade planning untuk kenakan dua orang member nie... semperna bufday dyeorang,..hahah


Insan bertuah tu adalah... Muhamad Firdaus Baharuddin dan Muhammad Abdul Rahman Zakaria.... itulah dua insan bertuah..hahaha Rahman menyambut ulangtahun kelahirannya pada 6 January 2012.. manakala Firdaus lak menyambut ulang tahun kelahirannya pada bulan 8 yang lepas... lama an...





hahaha.. mula2 si Firdaus ni xtahu yang kitaorang nak kenakan dye jgak... punyalah semangat dye kenakan rahman,..,.. last2 dye gak yang kena... hahaa.. sabar ye firdaus... jangan marah... :)


First.. aku nak mintak maaf kat dua orang sebab kenakan dia.. hahaha.. second.. aku harap dyeorang akan panjang umur n dimurahkan rezeki..hehehe amin.,

Saturday, December 31, 2011

Penatnyer...:(



Hanya tinggal 6 jam lagi untuk tahun 2011 mengucapkan selamat tinggal kepada semua. mungkin pada ketika ini masing-masing tengah sibuk membicarakan tentang azam tahun baru. Tidak kiralah sama ada di Facebook bahupun di twitter serta laman sosial yang lain.

Cuti mid sem aku pun dah hampir tamat. rasa sekejap je cuti sem ni. Nak tahu kenapa aku rasa sekejap? sebabnya aku telah menghabiskan cuti aku untuk bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan.. bukannya buruh untuk membuat bangunan sebaliknya sebagai pembersih kawasan pembinaan itu,,,



Kat mana?
Aku kerja di tapak Pejabat Pendidikan Daerah Setiu.. nampak macam mudah je kan... tapi sebenarnya.. menjadi buruh atau orang bawahan ini memang sukar dan memenatkan.. itulah yang aku rase sepanjang aku bekerja ni.. sebelum ni pun aku pernah gak kerja.. tolong atok aku.. tapi biasalah.. nama dah tolong.. xde r rase sangat macam aku berkerja.

seketika dulu.. aku pernah mengutuk mengenai kerja dengan mangatakan kerja sebagai buruh ni xde kelas lah..tu la.. ni lah.. tapi bila aku fikirkan balik... buruh nie sebenarnya banyak dah membantu pembangunan di Malaysia ini...




jangan sesekali kita merndahkan pekerjaan ini..




Memang memenatkan..
itu sahajalah yang aku mampu cakap... Penat sangat-sangat... dan sekarang barulah aku mengerti kata-kata yang pernah mama aku cakap.. belajarlah bersungguh amir.. lau tak nanti jadi buruh je... pastu baru nak menyesal bila kawan-kawan yang lain boleh pakai kereta besar...

mama... sekarang amirr berjanji yang amirr akan belajar bersungguh-sunguh ...hehe... penat taw mama amir kerja situ... untuk pengetahuan.. aku kerja kat situ sebab nak cari pengalaman mengenai kerja buruh nie.. dan sekarang aku dah mengerti... :)

Kepada sesiapa yang membaca entri ini... tujuan aku menulis entri ini untuk kita menanam azam serta semangat baru supaya belajar bersungguh-sungguh dan jangan sesekali menghina pekerjaan seperti ini.. kerana pekerjaan seperti buruh, pembersih sampah lebih mulia disisi Allah S.W.T

Friday, December 30, 2011

Kenangan 2011 dalam Ingatan

salam...
pada entry kali ini.. aku nak coretkan serba sedikit kenangan yang telah aku lalui sepanjang tahun 2011... semoga menjadi kenangan dan takkan pudar dalam ingatan aku..:)




Cuti-cuti korea...
11 November 2011 hingga 19 November 2011
First Time ke OVERSEA..huhu memang best duk kat sana... sejuk...
tapi..
best lagi duk kat Malaysia taw...huhu



Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2113 Bola Jaring
Kenangan yang paling berharga...
Suka duka dikongsi bersama...
Program Share The Moment selalu diingatan
Tq to all Member QKS 2113



Memori bersama Ahli BLOK A Hemiptera umpama adik beradik
mengharungi liku hidup
Segala cabaran ditempuh bersama...
Blok A TERBAIK


Ni bufday aku yang ke 19...
Suprise giler siot...huhuh
TQ to Abu A.K.A Imran... Afham... Jep... dan adzhari kerana suprise ini..
walaupun simple tp event terbaik korang lakukan...


kenangan Yang takkan mungkin dilupakan..
16 JUN 2011


Bersama rakan-rakan aku ketika Hari Raya aidilfitri...
Dulu...kini.. dan Selamanya...
korang tetap the best my friend...
SESMARIAN batch 32
The spirit is soul..love we owe...

Menyertai kejohanan Piala Dekan 2011...
WASPADA FC
kenangan yang menjadi ingatan seumur hidup...
walaupun tak menang..hehe
Memasuki SIme Darby Plantation Academy pada 5 JUn 2011...
banyak suka duka dilalu bersama 13 rakan lain...
hehe


sekian

Saturday, December 24, 2011

Sayangilah IBU BAPA :)

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai..

:: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... "
:: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... "

TETAPI...

♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda... "
♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya... "

♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki...
♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

#Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia

Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung
doanya , maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka...

Monday, December 19, 2011

Sinar 2011 semakin pudar..

Salam sejahtera dan assalamualaikum kawan-kawan....

Sedar tak sedar... Tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dalam masa sepuluh hari lagi... Begitu singkat dirasakan perjalanan hidup zaman ini.. Baru je dirasakan bahawa kita menyambut tahun baru.. tengok2... dah nak masuk tahun baru yang lain pulak...

12 bulan berlalu umpama air yang mengalir.. itulah realiti sekarang... masa berlalu dngan pantas... Untuk kehidupan aku.. aku akan menjangkau usia 20 tahun pada 2012... Dah tua dah...huhuhu

umm bercakap pasal 2011 nie.. banyak jugak kenangan yang tak mungkin aku lupakan... ye la... pengalaman tak hilang umpama luka yang meninggalkan parutnya.. itulah realiti..

Aku rasa sekarang nie.. aku xmau lagi nak merungkai satu persatu kenangan aku pada tahun ni.. biarlah aku tunggu masa itu hampir dengan sinar 2012 yang kian menjelma barulah aku menyingkap kembali apa yang tercipta...

Setakat ni dululah coretan aku nie.. Next entry aku singkapkan semua peristiwa yang berlaku sepanjang 2011 dalam hidup aku dan apa visi aku untuk next year,,,haha.. Owh ya... sekarang nie aku tak xdapat nak crita sebab mood balik kampung untuk mid sem break dah membuak2...hahahahahahahahaha

salam