Saturday, December 31, 2011

Penatnyer...:(



Hanya tinggal 6 jam lagi untuk tahun 2011 mengucapkan selamat tinggal kepada semua. mungkin pada ketika ini masing-masing tengah sibuk membicarakan tentang azam tahun baru. Tidak kiralah sama ada di Facebook bahupun di twitter serta laman sosial yang lain.

Cuti mid sem aku pun dah hampir tamat. rasa sekejap je cuti sem ni. Nak tahu kenapa aku rasa sekejap? sebabnya aku telah menghabiskan cuti aku untuk bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan.. bukannya buruh untuk membuat bangunan sebaliknya sebagai pembersih kawasan pembinaan itu,,,



Kat mana?
Aku kerja di tapak Pejabat Pendidikan Daerah Setiu.. nampak macam mudah je kan... tapi sebenarnya.. menjadi buruh atau orang bawahan ini memang sukar dan memenatkan.. itulah yang aku rase sepanjang aku bekerja ni.. sebelum ni pun aku pernah gak kerja.. tolong atok aku.. tapi biasalah.. nama dah tolong.. xde r rase sangat macam aku berkerja.

seketika dulu.. aku pernah mengutuk mengenai kerja dengan mangatakan kerja sebagai buruh ni xde kelas lah..tu la.. ni lah.. tapi bila aku fikirkan balik... buruh nie sebenarnya banyak dah membantu pembangunan di Malaysia ini...




jangan sesekali kita merndahkan pekerjaan ini..




Memang memenatkan..
itu sahajalah yang aku mampu cakap... Penat sangat-sangat... dan sekarang barulah aku mengerti kata-kata yang pernah mama aku cakap.. belajarlah bersungguh amir.. lau tak nanti jadi buruh je... pastu baru nak menyesal bila kawan-kawan yang lain boleh pakai kereta besar...

mama... sekarang amirr berjanji yang amirr akan belajar bersungguh-sunguh ...hehe... penat taw mama amir kerja situ... untuk pengetahuan.. aku kerja kat situ sebab nak cari pengalaman mengenai kerja buruh nie.. dan sekarang aku dah mengerti... :)

Kepada sesiapa yang membaca entri ini... tujuan aku menulis entri ini untuk kita menanam azam serta semangat baru supaya belajar bersungguh-sungguh dan jangan sesekali menghina pekerjaan seperti ini.. kerana pekerjaan seperti buruh, pembersih sampah lebih mulia disisi Allah S.W.T

No comments: