Tuesday, June 12, 2012
cINTAKU hanya UntukMU
Dikala senja mula menjelma di kala itu jua aku masih di pinggiran kali di mana kau dan aku sering ke sana.
Mungkin nostalgia itu sekadar untuk melepaskan sekelumit resah yang meruntun jiwa.
Aku telah kekeringan airmata untuk mengenangimu.Kemilau warna senja tidak lagi memberi keindahan padaku.
Kalau dulu itulah warna yang menjadi jambatan kasih kita jika tak bertemu tetapi kini segalanya berakhir.
Masihkah kau ingat bahawa aku tak bisa menahan airmata dari menitis pabila di landa pilu terutama tika kau memutuskan perhubungan antara kita.
Kalau dulu kaulah pelita hati yang menerangi malamku dan kau jua sinar kasih yang bercahaya di waktu pagi tapi itu semua bagaikan mimpi yang tak mungkin kembali di taman hidupku kini.
Tirai malam kian berlabuh dan aku terpaksa pergi meninggalkan memori cinta kita.
Aku sedar tak tercapai ketenangan yang ku cari jika berterusan mengikut irama rasaku sendiri.
Walau sejuta badai menghempas diriku namun aku tetap menyintai dan mengingatimu...
Saturday, April 21, 2012
Penyu rebah dibaham SIme Darby
Terengganu yang turun selaku juara bertahan Piala FA mendominasi permainan sejak wisel pertama dibunyikan namun serangan balas pantas yang dilakukan oleh anak buah Ismail Zakaria kerap kali mengusarkan kubu pertahanan skuad Terengganu. Walaupun beberapa percubaan dilakukan oleh skuad Penyu namun ketumpulan barisan serangan membuatkan separuh masa pertama berkesudahan 0-0

Sebaik babak kedua bersambung, Terengganu lebih banyak mengatur gerakan untuk menembusi benteng pertahanan skuad Sime Darby namun berjaya dipatahkan. Kesilapan penyerang sensasi Terengganu, Forkey Doe yang melakukan hantaran meliar telah membolehkan skuad Sime Darby melakukan serangan balas dan hasilnya Patrick Ronaldinho telah menjaringkan gol pertama buat pelawat pada minit ke-53.

Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu cuba memperkemaskan jenter
a serangan dengan melakukan beberapa gerakan yang menguji penjaga gol Sime Darby namun berjaya dipatahkan. Forkey Doe akhirnya berjaya menebus kesilapannya apabila berjaya menyamakan kedudukan setelah merembat masuk hantaran Joseph kalang Tie pada minit ke-66.
Keadaan di stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah gemuruh dengan sorakan penyokong Peteh setelah kebangkitan yang ditunjukkan oleh wira-wira kesayangan mereka. Namun , Sikap pelawat yang cuba melengah-lengah perlawanan menguji kesabaran pemain-pemain Terengganu. Keadaan sedikit tegang apabila Ashaari Shamsuddin cuba membantu pemain pertahanan Sime Darby namun pemain importnya telah menghalang Ashaari dan belaku sedikit ketegangan.
Disebalik keghairahan anak buah Mat Zan Mat Aris untuk menghasilkan gol, sime Darby sekali lagi mengejutkan hampir 20 ribu penyokong Terengganu dengan larian solo Shukor Saidin berjaya menjadikan kedudukan 2-1.
Terengganu terpaksa berkerja keras ketika bertandang ke Stadium Selayang 1 Mei ini andainya mahu mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya tahun lepas. Jelas terpancar kekecewaan penyokong-peyokong Penyu yang menyaksikan prestasi naik turun skuadnya Musim ini.
Tuesday, April 17, 2012
Noktah Cinta...
Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya
Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya
Sunday, April 8, 2012
Tips Kekalkan hubungan...
pada entri kali ini... aku nak bercerita sikit tentang tips-tips nak kekalkan hubungan percintaan nie.. yelah.. bukannye mudah taw... :) ni pon aku amek kat blog orang gak..:)
Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai. I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.
2. HAYATI HUBUNGAN ANDA
Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.
3. TERUSKAN KEHIDUPAN BIASA
Jika anda suka bersukan , teruskan. Tidak perlu mengubah gaya hidup anda. Mana tahu pasangan anda turut ingin melakukannya bersama. Pasti tambah meriah malahan si dia akan lebbih memahami dan menghormati minat anda.
4. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea katakan..
5. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Komunikasi yang betul adalah satu satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan anda. Janganlah cuba-cuba lakukan apa yang tidak disukai pasangan.
6. JANGAN KELAM KABUT
Jika pasangan anda orang popular dan dikenali ataupun seorang yang peramah, janganlah kelam kabut dan cepat cemburu. Hati si dia tetap milik anda. Jangan kerana sikap anda yang kelam kabut tidak tentu arah membuatkan si dia meluat dan berpaling arah.
7. PEKA DAN SENSITIF
Sensitif dan peka terhadap apa juga perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan anda. Selesaikan apa sahaja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.
8. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG
Ada yang berkata, hubungan tambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam percintaan mahupun alam berumahtangga. Itu akan emmbuatkan kita lebih mengenali pasangan. Jangan pula cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar.
Friday, April 6, 2012
Penyu sedia gempur Red Giants
Penyu inginkan kemenangan... Red Giants tak mahu berputih mata lagi...

Irfan Bakti pernah membimbing Terengganu mencapai
beberapa kejayaan Musim lalu
Terengganu yang kembali mengganas selepas menewaskan Tampines Rovers 1-0 di stadium Jalan Besar dalam saingan Piala AFC rabu lalu sudah pasti mahu membawa 3 mata penuh dari Kelana Jaya selepas hanya terikat 0-0 ketika bertemu Johor FC sabtu lalu. Terengganu perlu menang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga , Lions xii yang mengumpul 27 mata setelah menewaskan Negeri Sembilan rabu lalu.

Strategi Mat Zan Mat Aris telah membawa Terengganu
berada di landasan yang tepat untuk menjulang Liga Super
Kehadiran semula penyerang sensasi Abdul Manaf Mamat yang baru pulih daripada kecederaan mampu untuk merobek gawang The Red Giants itu. Kehebatan Francis Forkey Doe juga memang tidak dinafikan apabila beliau kini merupakan penjaring terbanyak liga super. Kebangkitan Joseph Kalang Tie yang menjaringkan gol kemenangan buat skuad Penyu rabu lalu juga menjadi nadi kejayaan anak buah Mat Zan Mat Aris yang pernah membawa Terengganu menjadi juara Piala Malaysia 2001.
Anak buah Irfan bakti juga mahukan kemanangan malam ini andai mahukan kedudukan yang lebih selesa dalam liga. Ketiadaan tiga tonggak utama Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy dan Azidan Sarudin yang digantung satu perlawanan setelah mengumpul 3 kad kuning bukan satu masalah buat Irfan untuk mencongak strategik bagi menumbangkan Terengganu malam ini. “Kemenangan wajib, bermula perlawanan ini bagi membolehkan kami sekurang-kurangnya berada di tiga tempat teratas Liga Super. “Pemain perlu sedar dan saya sudah mengingatkan mereka, saingan sudah hampir memasuki pusingan kedua,” kata pengendali kelahiran Kelantan itu. Irfan juga mengggesa supaya anak buahnya mengambil kesempatan keatas Terengganu yang mungkin keletihan setelah mengharungi jadual yang padat minggu ini.

Shukor Jusoh mampu untuk melakukan gerakan yang boleh
mengucar kacirkan Red Giants malam ini
Perlawanan malam ini juga boleh dianggap sebagai misi balas dendam kepada adik skuad Penyu, T-Team yang dibelasah oleh oleh adik Red Giants, PKNS Selangor semalam 4-1. Itulah yang diharapkan oleh ribuan penyokong setiap serta seluruh rakyat Terengganu pada malam. Kekalahan mengejut 1-4 , T-Team kepada PKNS semalam menjadi satu kejutan buat penyokong T-team.

Forkey Doe berkemampuan untuk menghampakan
harapan Irfan Bakti
Memang tidak dinafikan bahawa Terengganu kini merupakan satu pasukan yang digeruni oleh lawan sama ada dalam saingan Liga Super mahupun peringkat AFC. Kehebatan serta kesungguhan wira-wira Penyu yang mahukan kemenangan merupakan satu faktor kejayaan skuad Terengganu itu. Kehebatan Sharbinee yang mengawal kemas gawang gol seharusnya dipuji dan kecekalan bahagian pertahan yang dibarisi pemain berbakat seperti Zubir Azmi, Marzuki Yusoff , Muslim Ahmad serta mazlizam mohamad berjaya mengekang segala asakan yang dilakukan oleh pihak lawan. Setiap perancangan yang dilakukan dibahagia tengah oleh Joseph Kalang Tie, Ashaari shamsudin, Ismail Faruqi dan shukor jusoh kerap kali mengucar kacirkan bahagian pertahan skuad lawan.
Monday, April 2, 2012
maafkan aku sayang
Maaf tika kataku berbisa,
Menoreh hati membekas luka,
Kerna aku bukan pujangga,
Alpa tika berbicara.
Maaf tika aku diam seribu bahasa,
Lenyap tanpa balas suara,
Enggan menghakis cerianya suasana,
Menyimpul rapat sukma di jiwa.
Biar kata mahu bicara,
Hiasilah ia dengan warna nasihat,
Berbahan akal sebelum hidangan,
Agar bunga kata itu berteraskan akhlak mulia.
Buangkannista dalam bicara,
Lenyapkan taut umpatan,
Ghaibkan kail hasad dan iri,
Bakal memancing mazmumah diri.
Menoreh hati membekas luka,
Kerna aku bukan pujangga,
Alpa tika berbicara.
Maaf tika aku diam seribu bahasa,
Lenyap tanpa balas suara,
Enggan menghakis cerianya suasana,
Menyimpul rapat sukma di jiwa.
Biar kata mahu bicara,
Hiasilah ia dengan warna nasihat,
Berbahan akal sebelum hidangan,
Agar bunga kata itu berteraskan akhlak mulia.
Buangkannista dalam bicara,
Lenyapkan taut umpatan,
Ghaibkan kail hasad dan iri,
Bakal memancing mazmumah diri.
Tuesday, March 27, 2012
Young Turtle layu dipatuk Sang Kenari.
Hasrat T-Team untuk mengikut jejak langkah abangnya, Terengganu ke separuh akhir disekat oleh kehebatan skuad Kenari apabila tumbang 1-2 di gelenggang sendiri semalam. Kejutan daripada skuad bawah liga super yang memberi tentangan sengit kepada T-Team telah membuat anak buah Yunus Alif gigit jari unutuk menggenggam Piala FA tahun ini.

Tiada rezeki... walaupun banyak mengasak namun
T-Team gagal meneruskan kemaraan ke Separuh Akhir
Hamidan Mohammed, wira pasukan kedah apabila menyumbang dua gol berharga untuk memastikan kenari mara ke separuh akhir untuk menentang kelantan yang menang keatas KL SPA dengan aggreget 5-0..

Wira-wira kedah... berjaya menumbangkan T-Team
di gelanggang lawan...
Walaupun pada babak pertama dikuasi oleh skuad kedah, namun kekebalan benteng pertahanan yang diketua Bojan Petric mampu mengekang segala asakan dari skuad utara itu. Babak pertama berkesudahan dengan 0-0

Kekebalan benteng kedah gagal digugat oleh T-Team
T-team mempunyai beberapa peluang keemasan namun sepakan percuma kepten, Zairo Anuar zailani hanya sekadar singgah di tinggal sebelum dikeluarkan pertahanan kedah. Kecederaan yang dialami Bojan Petric banyak memberi kesan kepada T-team apabila skuad kedah kerap melakukan asakan.
Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-64 apabila Hamidan tenang melakukan rembatan kaki kiri menewaskan Syamsuri Mustafa tetapi ia hanya bertahan empat minit apabila T-Team menyamakan kedudukan hasil tolakan Azrul Hazran Amiludin Baki depan pintu gol Kedah.

Kekecewaan penyokong T-Team untuk melihat pasukannya
mara lebih jauh tidak kesampaian.
disebalik keghairahan T-Team untuk menambah jaringan, Hamidan sekali lagi menjadi pemusnah untuk memastikan Kedah menempah slot ke separuh akhir dengan menanduk masuk hantaran lintang Abdelfatah Safi pada minit ke-80 untuk gol kemenangan pasukannya.
Perlawanan separuh akhir menyaksikan skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan akan menempuh laluah sukar apabila bakal bertemu Kelantan. Juara bertahan ,TErengganu bakal berdepan kelab underdog, Sime Darby FC yang semakin berbisa akhir-akhir ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)