Wednesday, October 10, 2012

Misi Tersendiri Hai-O


Pertembungan separuh akhir kedua Piala Malysia malam ini membawa cabaran serta maruah antara Malaysia dan Singapura. Angkatan Tentera Malaysia bakal menanti kunjungan LionsXII mala mini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang bakal menjanjikan persembahan terbaik kedua-dua pasukan ini. Kelebihan tampak berpihak kepada skuad Manchester City Malaysia itu apabila mereka mempunyai kelebihan gol tempat lawan selain bermain di hadapan penyokong sendiri malam ini.




Bagi Jeneral Panglima Angkatan Tentera Malaysia , Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain optimis bahawa skuad ATM yang dibimbing oleh B. Sathianathan mampu mengorak langkah ke Final jika dilihat kepada prestasi mereka ketika ini. Manajala bagi skuad Lions XII pula, perjuangan mereka masih belum tamat dan tidak mahu menjadikan kehadiranmereke ke Liga Malaysia hanyalah pelengkap jadual sahaja.

Disebalik perang tektikal yang dilancarkan oleh kedua-dua pasukan, Ada satu misi dan juga impian tersendiri buat Kapten ATM, Hairuddin Omar yang berazam mahu melenyapkan perjuangan Lions XII sekaligus membawa ATM ke pentas final untuk menamatkan penantian 46 tahun.



Andainya ATM mampu untuk mengikat Lions XII dengan keputusan 0-0 malam ini, itu sudah cukup buat anak buah B. Sathianathan layak ke final dan individu yang paling gembira sekali tentulah penyerang veteran yang juga kapten ATM , Hai-O. kerana  dapat beraksi dalam Final Piala Malysia buat kali keempat berturut-turut bersama 3 pasukan berbeza . Ini merupakan satu sejarah tersendiri buat bola sepak Malaysia serta pemain kelahiran Terengganu ini.

Hairuddin Omar yang pernah membawa Terengganu untuk menjadi Juara Piala Malaysia pada tahun 2001 sekaligus menamatkan kemarau serta penantian skuad Penyu itu. Selepas itu, Hairuddin Omar seolah-olah tenggelam dalam kancah bola sepak Malaysia sebelum kembali muncul sebagai penjaring gol buat pasukan Negeri Sembilan dalam Final Piala Malaysia 2009 untuk menobatkan Negeri Sembilan sebagai juara Piala Malaysia mengatasi Kelanatan 3-1.

Nama Hairuddin Omar semakin meningkat selepas beliau menyertai Kelantan pada tahun 2010.  Aksi final Piala Malaysia 2010 seperti mengulangi final edisi 2009 apabila Negeri Sembilan sekali lagi bertembung dengan Kelantan dalam pentas Final. Apa yang bezanya tahun 2009 menyaksikan Hairuddin Omar menyarung jersi kuning hitam, kini tahun 2010 Hairuddin Omar menyarung jersi Kelantan. 



Kehadiran Hairuddin Omar ke Kota Bharu membawa tuah apabila penantian 89 tahun Kelantan Untuk bawa pulan Piala Malaysia ke Kota Bharu  akhirnya berhasil setelah The Red Warrior Berjaya menumpasakn Negeri Sembilan 2-1 .  Dalam perlawanan tersebut, Anak watan Terengganu ini Berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Red Warrior sebelum Badri Radzi menggamatkan lagi suasana di Bukit Jalil dengan gol kedua sekaligus menjadi Juara buat kali pertama dalam sejarah.Apa yang lebih manis buat Hai-O apabila beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2010.

Tahun 2011 menyaksikan Hairuddin Omar sekali lagi berhijrah ke Negeri Sembilan untuk membawa cabaran Hoben Jang Hoben. Kelibat Hairuddin Omar diatas padang sering kali menjadi perbualan hangat kerana skill dan kemahiran begitu cekap. Hai-O sekali lagi membawa Hoben Jang Hoben untuk melangkah ke final 2011. Final 2011 mungkin sesuatu yang tidak mungkin dilupakan oleh penyerang prolific ini apabila Negeri Sembilan bertemu pasukan kelahirannya Terengganu. Andainya 2001 menyaksikan Hai-O dan Marzuki  Yusoff bergandingan untuk menjulang Terengganu sebagai Juara Piala Malaysia 2001 namun edisi 2011 menyaksikan Hai-O dan Marzuki adalh musuh di atas padang.


Pada Usia 33 tahun, Hai-O dilihat antara penyerang yang paling bernilai apabila Berjaya menjaringkan gol kemenagan buat negeri Sembilan untuk mengatasi Terengganu 2-1. Sepakan Gunting yang menarik untuk menewaskan Sharbinee Alawee membuatkan Puluhan ribuan Penyokong Penyu pulang dalam tangisan. Hairuddin Omar melenyapkan impian dan penantian Terengganu semenjak 2001. Namun, Tahniah dan pujian diberikan oleh semua penyokong Setia Terengganu yang bangga dengan aksi anak kelahiran Setiu ini.

“Saya memohon maaf kepada seluruh penyokong Terengganu kerana jaringan tersebut, Tai harus diingat saya bermain untuk Negeri Sembilan dan tanggungjawab saya ialah menajringkan gol buat Negeri Sembilan.” Itulah luahan Hai-O sebaik tamat perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 yang berlansung di Stadium Shah Alam. Hai-O juga turut dinobatkan sebagi pemain terbaik perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut.
Tahniah Hairuddin Omar.. kerana Berjaya beraksi untuk 3 Final berturut-turut dan juga Berjaya menjaringkan gol pada setiap aksi Final. Impian menggunung sekali lagi berada di dada Peneyreng berprofil tinggi ini untuk sekali lagi beraksi di pentas final tetapi kali ini untuk pasukan ATM pula. Selamat berjuang Hairuddin, Selamat Berjuang anak watan Terengganu. Semoga impian anada bakal tercapai. Inilah doa penyokong dari bumi Terengganu…

Andainya Hairuddin Omar mempunyai impian… begitu juga dengan Seluruh penykong Peteh Tranung Peteh yang mahukan Hairuddin Kembali menyarung jersi Hitam Putih musim depan. :0 semoga impian seluruh penyokong Terengganu akan menjadi kenyataan. J  

No comments: