Sunday, October 21, 2012

Piala Malaysia ke Kota Bharu Buat kali kedua



Bola sepak Malaysia sudah sampai ke kemuncaknya semalam dengan menyaksikan piala berprestij di tanah air kita singgah di Kota Bharu buat kali kedua. Pada aksi final Piala Malaysia 2012 semalam, Sang Kijang membenam cabaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  dengan kesudahan 3-2.
Rai.. Wira-wira the REd Warrior menjulang Piala Malaysia buat kali kedua.

Misi Kelantan untuk mencipta kejuaraan treble musim ini akhirnya tercapai walaupun ketiadaan dua tonggak utama, Mohamad Ghaddar dan Nor Farhan yang digantung perlawanan akibat menerima 2 kad kuning dalam saingan separuh akhir lalu. Walaubagaimanapun, Skuad The Red Warriors terpaksa menanti hingga ke minit 44 untuk membolosi gawang ATM apabila pergerakan menarik antara Badri Radzi dan Norshahrul berjaya melepasi benteng pertahanan lawan sebelum sepakan Mat Yo mudah dilepaskan Farizal untuk Kelantan mendahului perlawanan.

Sebaik sahaja babak kedua bersambung, ATM lebih kerap menggandakan serangan dan akhirnya kekebalan benteng Kelantan berjaya dibolosi oleh Rezal Zambery Yahya pada minit ke-48 untuk menjadikan kedudukan 1-1.  Namun Skuad bimbingan Bojan Hodak tidak perlu menunggu lama apabila kelicikan penyerang kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha sekali lagi menghukum pertahanan  the gladiators apabila rembatan kaki kirinya berjaya membuatkan Kelantan Mendahului 2-1 pada minit ke-50.
Julang... Piya selaku kapten Kelantan menjulang Piala ..

Perlawanan bertambah rancak apabila Skuad ATM memasukkan senjata rahsianya, Sarjan Denny Elphi untuk melancarkan serangan ke kubu Kelantan. Ternyata kemasukkan pemain sayap ATM itu berjaya mengucar-kacirkan pihak lawan. Akhirnya Marlon Alex James berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61. Hantaran cantik daripada sepak percuma yang diambil oleh Rezal terus ke kepala Marlon untuk menerjah jaring menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Skrip yang sama hampir berulang buat ATM apabila perlawanan 90 minit masa sebenar tamat dengan 2-2 dan berlanjutan hingga ke masa tambahan. Tanpa diduga kelibat pemain otai negara, Indera Putra Mahyuddin berjaya melepasi pertahanan ATM dan melakukan rembatan menewaskan Farizal buat kali ketiga. Gol Indera Putra Mahyuddin pada minit 96 itu kekal hingga ke tamat perlawanan dan menyaksikan Piala Malaysia 2012 sekali lagi singgah di Kota Bharu buat kali kedua dalam tempoh 3 tahun.



Kemenangan ini paling bermakna buat penjaring gol kemenangan skuad The Red Warriors, Indera Putra mahyuddin yang menghadiahkan kemenangan tersebut kepada isterinya semperna ulangtahun kelahirannya pada 20 Oktober.

Disebalik kejayaan The Red Warriors itu, pujian seharusnya diberikan kepada Nor Shahrul Idlan yang berjaya menjaringkan dua gol penting buat Kelantan pada malam tadi. Kelicikan Nor Shahrul Idlan berjaya menjulang Kelantan untuk menjadi juara buat kali kedua. Kejayaan Kelantan mencipta Treble kali ini merupakan usaha kuat semua pamain selain sokongan padu serta doa daripada seluruh peminat The Red Warrior itu. " Saya pun suprise untuk game malam ni. Final ini saya kembali mendapat sentuhan dan meningkatkan semangat saya untuk Piala AFC nanti." Kata Mat Yo yang juga dipilih selaku pemain terbaik perlawanan akhir Piala malaysia 2012.

Impian anak buah B. Sathianathan terpaksa akur dengan kehebatan skuad yang dipimpin oleh Badri Radzi walaupun agak perit. Mungkin final tahun ini bukan rezeki buat penyerang Veteran, Hairuddin Omar untuk menjulang Piala Tersebut buat kali keempat berturut-turut. ATM yang turun dengan misi untuk mencapai kejuaraan pertama sejak  Piala Malaysia diperkenalkan serta mahu menjadi pasukan kelab yang kedua menjulang piala berprestij ini terpaksa akur dengan skuad Pantai Timur itu. 

“Jelas sekali pengalaman bermain di final yang menjadi faktor kepada kejayaan Kelantan untuk mencipta treble pada musim ini.” Jelas B.Sathinathan yang pernah membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 2010.

Impian penyokong TRW yang ingin melihat pasukannya mencipta
Treble akhirnya tercapai..:)


“ Keyakinan tinggi yang ditunjukkan pemain serta karakter mahu menjadi juara membuatkan Kelantan mampu mencipta Treble musim ini.” Kata pengendali Kelantan Bojan Hodak yang amat gembira sekali di atas kejayaan mencipta Treble musim ini walaupun mengharungi jadual yang padat.

Buat Kapten ATM, Hairuddin Omar menyatakan tahun ini bukan rezeki buatnya untuk membantu ATM menjulang Piala Malaysia pada musim ini. Hai-O bagaimanapun tetap berpuas hati dengan persembahan rakan sepasukannya itu. “ Memang saya kecewa namun ATM telah berjuang bermati-matian hingga tamat perlawanan Cuma kemenangan tidak berpihak kepada kami.” Jelas anak kelahiran Setiu itu yang bermain untuk final Piala Malaysia buat kali keempat berturut-turut.



Tahniah diucapkan buat negeri Jiranku, The Red Warriors atas kejayaan Treble musim ini. J

No comments: