Friday, November 28, 2008

AL-FATIHAH

SALAM SEJAHTERA..

Baru sekejap tadi saya mendengar berita tentang pemergian Timbalan Menteri Pelajarn Malaysia, Datuk Razali Ismail ke rahmatullah. Allahyarham yang berasal dari Kuala Berang ini kembali buat selama-lamanya menghadap Illahi pada pukul 6.30 petang tadi semasa bermain badminton ketika menghadiri Majlis Konvokesyen TITT Nasional ke-2 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.

Kehilangan beliau amat dirasai terutamanya bagi warga pendidik kerana beliau seorang yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya di Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussien berkata arwah seorang yang baik dengan warga kementerian dan tidak pernah merungut dengan tugasannya.

Arwah Datuk Razali merupakan bekas pengerusi PTPTN Malaysia yang juga memerangkap Ahli Parlimen Kuala Terenganu meninggalkan seorang isteri, Noraini Yusof serta 5 orang anak. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan amat disenangi oleh semua orang. Semoga roh arwah dicucuri Allah dan ditempatkan bersama roh-roh mukmin yang bertakwa


AL-FATIHAH

No comments: