Saturday, November 15, 2008

SELAMAT BERANGKAT

Salam Sejahtera...
Saban tahun jemaah haji dari seluruh dunia akan berkumpul di mekkah bagi menyempurna ibadat rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan haji. Ibadat haji kali ini merupakan satu sejarah bagi jemaah haji dari pantai timur iaitu Terenganu, Pahang dan Kelantan. Ini kerana kesemua jemaah haji bagi ketiga-tiga negeri ini akan diternbangkan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke Jeddah dan Madinah.

Bagi penerbangan pertama iaitu dari Kuala Terenganu ke Jeddah, Penerbangan tersebut telah berlepas pada hari Khamis lalu pada 13 November 2008 dan penerbangan ke Madinah ialah pada hari Sabtu iaitu pada 15 November 2008. Kesemua jemaah haji ini dibawa oleh pesawat Boeing 747 yang telah mendarat di Kuala Terenganu. Ini merupakan sejarah yang bermakna bagi seluruh warga negeri Terenganu kerana satu-satunya negeri pantai timur yang mampu membawa jemaah terus ke mekkah.Detik bersejarah ini telah disaksikan oleh ratusan penduduk Kuala Terenganu dan saudara mara jemaah di sekitar Lapangan Terbang ini.

Jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Terenganu dibawah pimpinan YB datuk Ahmad bin Said kerana telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat. Lapangan Terbang Sultan Mahmud kini boleh menampung jumlah kapal terbang yang banyak untuk perjalanan ke luar negara.

Kepada jemaah haji dari Felda Chalok Barat, saya mendoakan agar anda semua selamat pergi dan pulang dengan haji yang mabrur.

Sekian, Terima Kasih

No comments: