Monday, May 31, 2010

SEMOGA SELAMAT


Salam sejahtera,
kita kini sudah digemparkan dengan kekejaman rejim yahudi kepadaumat Islam Palestin. rejim yahudi ini telah merampas tanah rakyat bumi Palestin, membunuh anak kecil dan wanita yang tidak berdosa. Rejim ini semakin menjadi-jadi dengan membina penempatan haram di bumi Palestin.



Dengan kekejaman di palestin, seluruh manusia di muka bumi telah bersepakat untuk menghulurkan bantuan ke Gaza tidak terkecuali dengan Malaysia. CGPO yang dipengerusikan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah mendapat pelbagai sumbangan dari rakyat Malaysia telah menyertai konvoi keaman untuk bantuan ke Gaza. ramai Aktivis dari seluruh dunia telah menyertai konvoi ini.


Walaupun sudah mengetahui mereka akan dihalang oleh rejim zionois namun mereka tidak pernah berputus asa untuk menghulurkan bantuan bagi mangsa-mangsa kekejaman zionis di Palestin.

Tanpa diduga, sebuah kapal daripada enam kapal yang telah menyertai konvoi itu telah diserang. Ada antara mereka yang terbunuh dan ada juga yang cedera. Tragedi ini telah membuka mata seluruh dunia bahawa kejamnya rejim yahudi ini. Nasib warga Malaysia yang turut menyertai konvio ini berada dalam keadaan selamat . jadi, kita selaku rakyat malaysia supaya aktivis dari malaysia berada dalam keadaan baik dan selamat.

Sekian.
SAMA-SAMALAH KITA BERDOA UNTUK KESELAMATAN AKTIVIS BANTUAN KE GAZA,PALESTIN

No comments: