Wednesday, June 16, 2010

MENGHITUNG HARI...

salam sejahtera dan salam 1 malaysia untuk semua.

sedar tak sedar, hanya 15 hari saja lagi untuk aku berada di tanah tumpahnya darahku iaitu terengganu darul iman sebelum aku berangkat ke tempat orang. memang secara hakikinya aku masih belum puas lagi beradaa di kampung halaman aku yang tercinta ini namun aku terpaksa jua untuk melupakan seketika tentang keseronokan. aku sebenarnya masih algi ingin bermanja dengan keluarga, saudara dan juga atok nenek. tapi aku pasrah kerana aku pergi untuk menuju cita-cita aku.

Aku akan berlepas ke UPM kampus Bintulu pada 2 julai 2010 dengan menaiki bas dari bandaraya kuala terengganu sebelum meneruskan pernerbangan ke Lapangan terbang bintulu, Sarawak pada 3 Julai. tetapi aku tidak bersendirian semasa pendaftaran kerana abangku yang sulung dan mama yang kusayangi juga akan bersama-sama aku untuk mendaftar di sana. Jadi kuranglah sedikit rasa rindu untuk meninggalkn terengganu ini.

Mungkin suatu hari nanti aku akan rasakan apa yang telah diungkapkan pepatah melayu, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... aku akan pasti merindui negeri kelahiran aku ini sepanjang menuntut disana. aku pasti akan teringat akan kawan-kawanku di negeri penyu ini dan segala kenangan di bumi yang telah membesarkan aku ini iaitu TERENGGANU DARUL IMAN..

Sekian

2 comments:

raof said...

Weihh...
sori tikk...
ak bkn nk komen psl post nie..
ak nk kritik skit, bleh eh...
ko jgn la gine ayt skema sgt..
mcm bace bk teks skol jew..huhuhuhu

raof said...

blaja molek kat sne...