Sunday, March 25, 2012

lepas SPM.... ke mana hala tuju anda

SPM 2011 merupakan antara yang terbaik. Tahniah dikalungkan kepada sesiapa yang berjaya dalam SPM dan yang kurang berjaya bermakna kamu semua tak dapat teruskan hidup.. masih banyak lagi peluang untuk kamu.. Kejayaan dalam SPM tak bermakna akan berjaya dalam hidup.... sebab kalau kita lihat... ramai yang kecundang tapi last2 jadi berjaya....huhu


entry kali ni... nak share lah sikit tentang hala tuju selepas SPM nie...hehehe.... mungkin minat setiap orang pelajar berlainan... banyak sebenarnya peluang belajar nie.. antaranya//...

(1) MATRIKULASI



Yang dapat tawaran ke matrikulasi ni,SYABAS lah.Tapi,kalau duduk matrikulasi ni,kene lah aim ape course yang kita nak.Kalau aim nak ambik medic,pointer akhir matrikulasi,memang kene gempaklah.Gempak bukan sebarang gempak.Setakat 3.0,2.5 memang tak dapek lah.Lepas tu,tak boleh main2 kalau dapat Program Matrikulasi Setahun.Memang kene ada persiapan mental kalau dapat ni.Sebab nya pelajaran untuk 2 tahun,dikompres dalam masa setahun.
Sekarang ni,dah ada 3 kategori Matrikulasi :

1)Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
2)Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)
Sumber : Laman Web Rasmi Bahagian Matrikulasi


3)Program Matrikulasi Teknikal
Ini program baru yang dilaksanakan pada sesi 2009/2010. Program ni bertujuan untuk meluaskan
peluang pelajar Bumiputera untuk ke bidang kejuruteraan/teknikal tetapi juga memberi peluang kepada
pelajar lepasan sekolah menengah teknik untuk disalurkan ke aliran teknikal dan seterusnya memasuki
Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam jurusan kejuruteraan/teknikal selepas lulus Program Matrikulasi.
(2) ASASI DALAM IPTA

Ini pon macam Matrikulasi jugak.Bezanya,asasi ni under pengurusan universiti.Berikut merupakan senarai Asasi dalam universiti
  1. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM)
  2. Pusat Asasi UiTM
  3. Pusat Asasi UPM
  4. Pusat Asasi UPNM
  5. Pusat Asasi UIA
  6. Pusat Asasi UNIMAS
  7. Pusat Asasi Sains UMS
  8. Program Tamhidi (Matrikulasi,Asasi atau Pra-Universiti) USIM

(3) FOUNDATION / A-LEVEL

Yang ni pulak,sebenarnya macam matrikulasi je.Cuma lepas je dah lulus A-Level,adik2bolehlah sambung Degree kat overseas.Selalunya yang ni,under tajaan biasiswa (MARA & JPA).Kalau ambik ni pon samelah ceritanya dengan cerita matrikulasi tadi.Kene struggle,kalau tak,memang tak dapat lah nak sambung Degree kat overseas.Silap2 kene ambik Diploma semula.
Ada jugak Foundation kat IPTS.Lepas tu,Degree sambung je dkt IPTS tu.


(4) DIPLOMA

Diploma ni pulak alternatif lain bagi yang tak nak masuk matrikulasi.Ni antara alternatif paling selamat.Sebab apa akak cakap paling selamat?

1)Diploma ni,kita dah boleh fokus apa yang kita minat.Contohnya,kalau adik2 minat Mechatronic Engineering,boleh lah ambik Diploma Kejuruteraan Mekatronik kat UniMAP.

2)Duration Diploma ni 3 tahun je.Kalau tak nak sambung Degree,nak kerja dulu pun boleh sebab Sijil Diploma ni boleh cari makan.Contohnya,lepasan Diploma untuk kursus Kejuruteraan,tangga gaji nye setaraf dengan Juruteknik.

Diploma ni ada under IPTA,IPTS & Politeknik.Kat JMTI pon ada offer Program Diploma


(5) STPM

Yang ni pulak,antara alternatif selepas SPM.Kalau ambik yang ni,kene double-triple daripada matrikulasi & diploma.Duration untuk STPM,2 tahun.Kalau ambik ni,lepas tu dapat keputusan cemerlang,bolehlah sambung Degree dalam course yang adik2 nak. Kalau tak cemerlang,sama ada korang susah nak sambung Degree,atau pun kene mula dari Diploma.Pertimbangkan dulu kalau nak ambik STPM ye adik2 =)

(6) SIJIL / SIJIL KEMAHIRAN

Sijil pulak untuk adik2 yang suka & minat kepada "Hand's On".Berikut merupakan antara tempat yang menawarkan program sijil :
  1. Kolej Komuniti
  2. Intisitut Latihan Perindustrian (ILP)
  3. Politeknik
  4. ADTEC
  5. Institut Kemahiran MARA (IKM)
  6. CIAST
  7. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

Itu je lah pengalaman atau guideline untuk adik2. Harap2 dapat lah membantu adik2 untuk memilih haluan yang betul,heh! :D
Kalau ada salah informasi,sila betulkan ye.

1 comment:

Unknown said...

dh klu aku nk sambung study dlm bidang bisnes,kt mne molek ah?