Wednesday, October 10, 2012

DIALAH MAMA KU



Dialah seorang yang mengasihiku dan menyayangiku tanpa mengharapkan sedikit balasan pun daripada ku... Seorang yang sanggup merelakan rahimnya menjadi rumah untuk diriku selama sembilan bulan sepuluh hari, dimana aku selalu menendang perutnya yang semakin membesar itu. Tiada sedikitpun perasaan marahnya tatkala aku melakukan begitu malah semakin bertambah perasaan kasih dan sayangnya terhadapku. Dialah seorang yang sanggup mengerahkan seluruh tenaganya untuk mengendongku kemana sahaja yang dia pergi selama 9 bulan 10 hari tanpa sedikit rungutan yang terbit dari mulutnya.. Dialah yang rela menggadai nyawanya sewaktu melahirkanku semata-mata ingin membenarkan aku melihat akan keindahan dunia ciptaan Illahi ini.

Dialah mamaku.. seorang insan yang sangat aku sayangi.Seorang wanita yang sangat cantik bagi diriku...

Dialah mamaku , yang tidak pernah bosan tatkala suara tangisan ku bergema memenuhi seganap ruangan rumahku. Sewaktu ku kecil, dialah mamaku yang mengajarku tersenyum.. namun ku membalasnya dengan rengekan.Dialah mamaku yang mula-mula mengajarku berbicara disaat aku tidak tahu ape itu bahasa. Dialah mamaku yang sentiasa bersengkang mata semata-mata tidak mahu tidurku di ganggu oleh nyamuk. Dialah mamaku yang mencubit manja pipiku disaat ku tertawa, mengusap pipiku saatku menangis. Dialah mamaku wanita sederhana yang ku panggil “amma” . Wanita setengah usia yang paling ku cinta. Dialah MAMAku.


Masihku ingat, dimana aku mula pandai merangkak, Mamalah insan yang palin gembira. Disaat aku mula pandai berjalan terkedek-kedek, mamalah yang tanpa jemu memegang tanganku kemana sahaja aku pergi. Kadang kala MAMA perlahan-lahan melepaskan pegangan tanganku agar aku bisa berjalan tersendiri namun aku terjatuh kerana aku masih kecil. MAMAlah yang kembali mendukungku dan menebarkan senyuman manisnya sambil berkata “ Alalala ciannyer anak mama.” Dialah MAMAku. Aku berasa sangat senang bila berada disamping MAMA.

Dialah MAMAku seorang wanita yang sangat tabah dalam mengharungi liku hidupnya. Dialah MAMAku seorang yang sabar dengan setiap karenah anaknya. Aku akui walaupun MAMA sentiasa senyum ketika berada dihadapanku tetapi dia begitu risau sekali adakah aku mampu untuk menempuhi ranjau kehidupan yang semakin mencabar ini?  Dialah MAMAku, yang sentiasa mengingati dan menyayangiku ketika aku sedang bergembira dengan sahabatku. Dialah MAMAku yang sentiasa mengingatkanku dalam pelbagai hal yang kadangkala aku sendiri melupakannya. Dialah MAMAku , Seorang wanita yang comel mengukir senyuman disaat aku memperoleh 5A dalam UPSR. Dialah MAMAku yang menadah tangan tanda kesyukuran disaat aku dapat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud. NAMUN ku sedar bahawa itu tidak mampu untuk membalas jasa MAMA yang telah membawa aku ke dunia ini.



Usiaku mula meningkat, Kadangkala aku rasakan MAMA terlalu mengongkongku. Terlupa bahawa MAMA melakukan sedemikian untuk kebaikanku. Jahatnya Aku.. “MAAFKAN AMIRR , MAMA.” Dialah MAMAku yang sentiasa menjenguk ku ketika berada di asrama. Dialah MAMAku yang tidak pernah kenal erti penat lelah untuk menyediakan masakan untuk diriku ini.

Dialah MAMAku, Sentiasa menjadi tulang belakang dalam memberi semangat kepadaku disaatku mendapat keputusan yang rendah dalam PMR. “ Tak Ape Amirr, Usaha lagi Insya Allah” dialah MAMAku.

Kini diriku semakin dewasa, aku mula mengenal apa itu erti cinta. Ya CINTA, cinta kepada wanita lain selain MAMAku. Tak pernah sedikit pun perasaan cemburu muncul dalam hidupnya ketika cinta ku terbahagi kepada dua insan. Dialah MAMAku yang sentiasa mengingatkan ku akan apa itu cinta.. Dialah MAMAku, yang sentiasa memahami isi hatiku.. walaupun kadangkala aku sering membuat hatinya terluka.. Maafkan Amirr mama... Dialah MAMAku seorang insan yang takkan pernah aku lupakan serta abaikan meskipun aku sudah mempunyai cinta lain.

Dialah MAMAku wanita yang aku cintai seumur hidup.. TERIMA KASIH MAMA kerana membesarkan ku... I LOVE U

Aku hanyalah manusia biasa,
Yang mempunyai cita-cita dan impian,
Aku tidak harus berputus asa,
Untuk mencapai cita-cita dan impian.


Selain Nabi Muhammad, aku juga mengagumi,
Seorang wanita yang amat aku sayang,
Dialah mama , emak dan umi,
Iaitu Sarinah Mat Zin yang tersayang.

Walaupun masalah menghampiri,
mama tetap tenang menghadapi,
Baginya, kita kena harungi onak duri,
Untuk mencapai impian yang diimpi.

Kejayaan MAMA itu,
Telah membuktikan bahawa,
Walaupun usia meningkat,
Mama mampu berjaya dengan penuh berwibawa.

Jadi, wahai diriku sayang,
Awak juga pasti boleh,
Mencapai cita-cita yang tersayang,
Untuk buktikan anak MAMA juga boleh

No comments: