Sunday, April 8, 2012

Tips Kekalkan hubungan...

pada entri kali ini... aku nak bercerita sikit tentang tips-tips nak kekalkan hubungan percintaan nie.. yelah.. bukannye mudah taw... :) ni pon aku amek kat blog orang gak..:)

1. TIGA PERKATAAN AJAIB

Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai. I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.

2. HAYATI HUBUNGAN ANDA
Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.

3. TERUSKAN KEHIDUPAN BIASA
Jika anda suka bersukan , teruskan. Tidak perlu mengubah gaya hidup anda. Mana tahu pasangan anda turut ingin melakukannya bersama. Pasti tambah meriah malahan si dia akan lebbih memahami dan menghormati minat anda.

4. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea katakan..

5. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Komunikasi yang betul adalah satu satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan anda. Janganlah cuba-cuba lakukan apa yang tidak disukai pasangan.

6. JANGAN KELAM KABUT
Jika pasangan anda orang popular dan dikenali ataupun seorang yang peramah, janganlah kelam kabut dan cepat cemburu. Hati si dia tetap milik anda. Jangan kerana sikap anda yang kelam kabut tidak tentu arah membuatkan si dia meluat dan berpaling arah.

7. PEKA DAN SENSITIF
Sensitif dan peka terhadap apa juga perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan anda. Selesaikan apa sahaja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.

8. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG
Ada yang berkata, hubungan tambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam percintaan mahupun alam berumahtangga. Itu akan emmbuatkan kita lebih mengenali pasangan. Jangan pula cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar.

Friday, April 6, 2012

Penyu sedia gempur Red Giants

Penyu inginkan kemenangan... Red Giants tak mahu berputih mata lagi...

MUSIM LEPAS , Irfan bakti Abu Salim membawa pasukan Terengganu menjadi sebuah pasukan yang mantap sehingga berjaya menjadi Juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia serta Liga super 2011. namun... Malam ini, Irfan Bakti akan menjadi duri dalam daging buat Terengganu yang bertandang ke stadium MBPJ Kelana Jaya untuk menentang Selangor dalam perlawanan ke 12 Liga Super musim 2012.

Irfan Bakti pernah membimbing Terengganu mencapai
beberapa kejayaan Musim lalu

Terengganu yang kembali mengganas selepas menewaskan Tampines Rovers 1-0 di stadium Jalan Besar dalam saingan Piala AFC rabu lalu sudah pasti mahu membawa 3 mata penuh dari Kelana Jaya selepas hanya terikat 0-0 ketika bertemu Johor FC sabtu lalu. Terengganu perlu menang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga , Lions xii yang mengumpul 27 mata setelah menewaskan Negeri Sembilan rabu lalu.

Strategi Mat Zan Mat Aris telah membawa Terengganu
berada di landasan yang tepat untuk menjulang Liga Super

Kehadiran semula penyerang sensasi Abdul Manaf Mamat yang baru pulih daripada kecederaan mampu untuk merobek gawang The Red Giants itu. Kehebatan Francis Forkey Doe juga memang tidak dinafikan apabila beliau kini merupakan penjaring terbanyak liga super. Kebangkitan Joseph Kalang Tie yang menjaringkan gol kemenangan buat skuad Penyu rabu lalu juga menjadi nadi kejayaan anak buah Mat Zan Mat Aris yang pernah membawa Terengganu menjadi juara Piala Malaysia 2001.

Anak buah Irfan bakti juga mahukan kemanangan malam ini andai mahukan kedudukan yang lebih selesa dalam liga. Ketiadaan tiga tonggak utama Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy dan Azidan Sarudin yang digantung satu perlawanan setelah mengumpul 3 kad kuning bukan satu masalah buat Irfan untuk mencongak strategik bagi menumbangkan Terengganu malam ini. “Kemenangan wajib, bermula perlawanan ini bagi membolehkan kami sekurang-kurangnya berada di tiga tempat teratas Liga Super. “Pemain perlu sedar dan saya sudah mengingatkan mereka, saingan sudah hampir memasuki pusingan kedua,” kata pengendali kelahiran Kelantan itu. Irfan juga mengggesa supaya anak buahnya mengambil kesempatan keatas Terengganu yang mungkin keletihan setelah mengharungi jadual yang padat minggu ini.
Shukor Jusoh mampu untuk melakukan gerakan yang boleh
mengucar kacirkan Red Giants malam ini

Perlawanan malam ini juga boleh dianggap sebagai misi balas dendam kepada adik skuad Penyu, T-Team yang dibelasah oleh oleh adik Red Giants, PKNS Selangor semalam 4-1. Itulah yang diharapkan oleh ribuan penyokong setiap serta seluruh rakyat Terengganu pada malam. Kekalahan mengejut 1-4 , T-Team kepada PKNS semalam menjadi satu kejutan buat penyokong T-team.
Forkey Doe berkemampuan untuk menghampakan
harapan Irfan Bakti

Memang tidak dinafikan bahawa Terengganu kini merupakan satu pasukan yang digeruni oleh lawan sama ada dalam saingan Liga Super mahupun peringkat AFC. Kehebatan serta kesungguhan wira-wira Penyu yang mahukan kemenangan merupakan satu faktor kejayaan skuad Terengganu itu. Kehebatan Sharbinee yang mengawal kemas gawang gol seharusnya dipuji dan kecekalan bahagian pertahan yang dibarisi pemain berbakat seperti Zubir Azmi, Marzuki Yusoff , Muslim Ahmad serta mazlizam mohamad berjaya mengekang segala asakan yang dilakukan oleh pihak lawan. Setiap perancangan yang dilakukan dibahagia tengah oleh Joseph Kalang Tie, Ashaari shamsudin, Ismail Faruqi dan shukor jusoh kerap kali mengucar kacirkan bahagian pertahan skuad lawan.




Monday, April 2, 2012

maafkan aku sayang

Maaf tika kataku berbisa,

Menoreh hati membekas luka,


Kerna aku bukan pujangga,

Alpa tika berbicara.



Maaf tika aku diam seribu bahasa,

Lenyap tanpa balas suara,

Enggan menghakis cerianya suasana,

Menyimpul rapat sukma di jiwa.



Biar kata mahu bicara,

Hiasilah ia dengan warna nasihat,

Berbahan akal sebelum hidangan,

Agar bunga kata itu berteraskan akhlak mulia.



Buangkannista dalam bicara,

Lenyapkan taut umpatan,

Ghaibkan kail hasad dan iri,

Bakal memancing mazmumah diri.

Tuesday, March 27, 2012

Young Turtle layu dipatuk Sang Kenari.


Hasrat T-Team untuk mengikut jejak langkah abangnya, Terengganu ke separuh akhir disekat oleh kehebatan skuad Kenari apabila tumbang 1-2 di gelenggang sendiri semalam. Kejutan daripada skuad bawah liga super yang memberi tentangan sengit kepada T-Team telah membuat anak buah Yunus Alif gigit jari unutuk menggenggam Piala FA tahun ini.


Tiada rezeki... walaupun banyak mengasak namun
T-Team gagal meneruskan kemaraan ke Separuh Akhir


Hamidan Mohammed, wira pasukan kedah apabila menyumbang dua gol berharga untuk memastikan kenari mara ke separuh akhir untuk menentang kelantan yang menang keatas KL SPA dengan aggreget 5-0..
Wira-wira kedah... berjaya menumbangkan T-Team
di gelanggang lawan...



Walaupun pada babak pertama dikuasi oleh skuad kedah, namun kekebalan benteng pertahanan yang diketua Bojan Petric mampu mengekang segala asakan dari skuad utara itu. Babak pertama berkesudahan dengan 0-0
Kekebalan benteng kedah gagal digugat oleh T-Team

T-team mempunyai beberapa peluang keemasan namun sepakan percuma kepten, Zairo Anuar zailani hanya sekadar singgah di tinggal sebelum dikeluarkan pertahanan kedah. Kecederaan yang dialami Bojan Petric banyak memberi kesan kepada T-team apabila skuad kedah kerap melakukan asakan.

Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-64 apabila Hamidan tenang melakukan rembatan kaki kiri menewaskan Syamsuri Mustafa tetapi ia hanya bertahan empat minit apabila T-Team menyamakan kedudukan hasil tolakan Azrul Hazran Amiludin Baki depan pintu gol Kedah.

Kekecewaan penyokong T-Team untuk melihat pasukannya
mara lebih jauh tidak kesampaian.

disebalik keghairahan T-Team untuk menambah jaringan, Hamidan sekali lagi menjadi pemusnah untuk memastikan Kedah menempah slot ke separuh akhir dengan menanduk masuk hantaran lintang Abdelfatah Safi pada minit ke-80 untuk gol kemenangan pasukannya.

Perlawanan separuh akhir menyaksikan skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan akan menempuh laluah sukar apabila bakal bertemu Kelantan. Juara bertahan ,TErengganu bakal berdepan kelab underdog, Sime Darby FC yang semakin berbisa akhir-akhir ini.


PENYU teruskan kemaraan... :)




Biarpun sekadar mencatat keputusan seri dengan Singapura pada perlawanan kedua Piala FA di Stadium Jalan Besar semalam namun itu sudah cukup buah anak didik Mat Zan Mat Aris mara ke setapak lagi bagi mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas..


Skuad terengganu sebelum perlawanan menentang singapura

Terengganu yang menang 1-0 pada perlawanan pertama di Kuala Terengganu sabtu lalu mempamerkan aksi terbaik dan mampu mengekang segala asakan yang dilakukan oleh skuad lions xii. Tanpa kelibat beberapa pemain utama yang mengelami kecederaan tampak sukar untuk terengganu mengekalkan defisit 1-0 namun barisan simpanan yang diturunkan dilihat telah mengucar kacirkan beberapa kali kubu lawan.Skuad penyu turun semalam tanpa kelibat kepten, marzuki yusof, abdul manaf mamat serta abdul hadi yahaya yang mengalami kecederaan.

Pemain-pemain meraikan kejayaan setelah mara ke semi final
dengan aggreget 1-0 menewaskan Lions xii

Bermain di padang tiruan merupakan sesuatu yang sukar buat pemain namun skuad penyu seolah-olah sudah biasa apabila segala hantaran yang dilakukan menepati sasaran namun penyudah yang tumpul membuat tiada sebarang gol dapat dihasilkan. pujian juga patut diberikan kepada skuad singapura yang tidak putus asa untuk mencari gol penyamaan.


Skuad kendalian Mat Zan Mat Aris yang tampil tanpa penjaring gol tunggal, Joseph Kalang Tie ketika aksi suku akhir pertama di Kuala Terengganu, mengimbangi kehebatan Lions XII yang begitu rakus mengasak ke kubu skuad Penyu dalam usaha mencari gol sebaik permainan bermula.

Malah tempoh 15 minit babak pertama, benteng pertahanan Terengganu yang diterajui Mohd Muslim Ahmad dan Hasnizam Kamarodin tampak begitu sibuk menghalang setiap asakan anak buah V Sundramoorthy tetapi kecekapan Mohd Sharbinee Allawee di gawang memainkan peranan penting menafikan cub
aan berbahaya tuan rumah.
Situasi cemas di depan pintu gol Terengganu pada minit ke-16 berpunca sepakan lintang Irwan Shah tepat kepada Khairul Nizam tetapi penyerang Lions XII itu hanya terdaya melepaskan rembatan lemah sekalipun sudah melepasi kawalan Muslim.Tertekan dengan serangan bertali arus Lions XII, Terengganu mula bangkit mengatur gerakan pada babak kedua tetapi kelincahan Francis Forkey Doe sering disekat benteng pertahanan Lions XII yang langsung tidak memberi ruang kepada import dari Liberia itu.


kecewa... Pemain singapura, Shahril ishak ditenangkan oleh pemain
terengganu setelah pasukannya gagal mara ke separuh akhir.


Sundramoorthy dengan memasukkan penyerang Shahril Ishak pada aksi babak kedua, sebaliknya pintu gol tuan rumah pula yang cemas pada minit ke-61 apabila bola sepakan percuma Erison Da Silva dari jarak 30 meter tersasar.Ketika aksi berbaki seminit ditamatkan, Lions XII hampir memecah kebuntuan jaringan tetapi tandukan Madhu Mohana hasil sepakan percuma Irwan Shah juga tersasar ketika Sharbinee sudah tertewas.

Terengganu akan bertemu SIme Darby FC pada perlawanan separuh akhir nanti berharap agar pemain utama sembuh daripada kecederaan. Kejayaan skuad terengganu menjadi kebanggaan buat seluruh penyokong yang tidak-tidak putus memberikan sokong terhadap pemain...

TAHNIAH DAN SELAMAT BERJUANG BUAT WIRA-WIRA PENYU..

Monday, March 26, 2012

TERENGGANU harapkan kejayan.:)


Siapa mampu mengisi 4 slot separuh akhir PIALA FA 2012?

Persoalan ini bakal terjawab malam ini... Mungkin ada sedikit kelebihan buat pasukan Kelantan , Terengganu serta Sime Darby yang mencatat kemenangan pada perlawanan pertama suku akhir sabtu lalu..

Skuad GOMO Qlate Gomo merupakan pasukan terawal yang boleh mengisi slot ke separuh akhir apabila mempunyai defisit 3 gol untuk dibawa ke Kelantan setelah menewaskan KL SPA 3-0 di sabtu lalu. KL SPA seolah-olah tiada tandingan buat pendahulu liga super musim ini bagaimanapun akan memberikan tentangan sengit pada perlawanan kedua malam ini. itulah yang dijanjikan oleh skuad KL SPa. Namun, skuad kelantan tidak boleh leka dan andainya seri sudah cukup untuk mereka beraksi di separuh akhir nanti.

Juara FA 2011, Terengganu yang sudah menapak sebelah kaki ke saingan separuh akhir apabila berjaya menumbangkan skuad Singapura 1-0 pada aksi pertama sabtu lalu tetap berwaspada dengan skuad seberang yang mempunyai seribu satu misteri. Bermain di Stadium Jalan Besar mungkin satu kelebihan buah skuad singapura namun anak buah Mat Zan mat Aris mahu memberikan aksi 90 minit yang terbaik untuk Skuad Penyu mempertahankan kejuaraan tahun lalu..

Turut beraksi pada malam ini adik skuad Terengganu , T-TEam yang bakal melayan kunjungan Sang Kenari di Stadium Sultan Ismail di Kuala Terengganu. keputusan seri di Darul Aman memberikan kelebihan kepada T-Team yang beraksi di laman sendiri namun kebangkitan skuad kendalian WaN Jamak akhir-akhir ini pasti memberikan saingan sengit untuk T-Team.

pertemuan Sime DArby dan Johor FC juga harus diberi tumpuan apabila pasukan under dog , SIme Darby FC melakukan kejutan apabila menewaskan Johor FC 3-2. Skuad Lebah seolah-olah hilangn sengat apabila beraksi longlai pada perlawanan pertama.

Apa pun, selamat berjuang buat wira-wira TERENGGANU dan T-TEam pada malam ini... Turtle warrior serta young Turtle merupakan pasukan terbaik... bravo..:_

Sunday, March 25, 2012

lepas SPM.... ke mana hala tuju anda

SPM 2011 merupakan antara yang terbaik. Tahniah dikalungkan kepada sesiapa yang berjaya dalam SPM dan yang kurang berjaya bermakna kamu semua tak dapat teruskan hidup.. masih banyak lagi peluang untuk kamu.. Kejayaan dalam SPM tak bermakna akan berjaya dalam hidup.... sebab kalau kita lihat... ramai yang kecundang tapi last2 jadi berjaya....huhu


entry kali ni... nak share lah sikit tentang hala tuju selepas SPM nie...hehehe.... mungkin minat setiap orang pelajar berlainan... banyak sebenarnya peluang belajar nie.. antaranya//...

(1) MATRIKULASI



Yang dapat tawaran ke matrikulasi ni,SYABAS lah.Tapi,kalau duduk matrikulasi ni,kene lah aim ape course yang kita nak.Kalau aim nak ambik medic,pointer akhir matrikulasi,memang kene gempaklah.Gempak bukan sebarang gempak.Setakat 3.0,2.5 memang tak dapek lah.Lepas tu,tak boleh main2 kalau dapat Program Matrikulasi Setahun.Memang kene ada persiapan mental kalau dapat ni.Sebab nya pelajaran untuk 2 tahun,dikompres dalam masa setahun.
Sekarang ni,dah ada 3 kategori Matrikulasi :

1)Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
2)Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)
Sumber : Laman Web Rasmi Bahagian Matrikulasi


3)Program Matrikulasi Teknikal
Ini program baru yang dilaksanakan pada sesi 2009/2010. Program ni bertujuan untuk meluaskan
peluang pelajar Bumiputera untuk ke bidang kejuruteraan/teknikal tetapi juga memberi peluang kepada
pelajar lepasan sekolah menengah teknik untuk disalurkan ke aliran teknikal dan seterusnya memasuki
Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam jurusan kejuruteraan/teknikal selepas lulus Program Matrikulasi.
(2) ASASI DALAM IPTA

Ini pon macam Matrikulasi jugak.Bezanya,asasi ni under pengurusan universiti.Berikut merupakan senarai Asasi dalam universiti
  1. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM)
  2. Pusat Asasi UiTM
  3. Pusat Asasi UPM
  4. Pusat Asasi UPNM
  5. Pusat Asasi UIA
  6. Pusat Asasi UNIMAS
  7. Pusat Asasi Sains UMS
  8. Program Tamhidi (Matrikulasi,Asasi atau Pra-Universiti) USIM

(3) FOUNDATION / A-LEVEL

Yang ni pulak,sebenarnya macam matrikulasi je.Cuma lepas je dah lulus A-Level,adik2bolehlah sambung Degree kat overseas.Selalunya yang ni,under tajaan biasiswa (MARA & JPA).Kalau ambik ni pon samelah ceritanya dengan cerita matrikulasi tadi.Kene struggle,kalau tak,memang tak dapat lah nak sambung Degree kat overseas.Silap2 kene ambik Diploma semula.
Ada jugak Foundation kat IPTS.Lepas tu,Degree sambung je dkt IPTS tu.


(4) DIPLOMA

Diploma ni pulak alternatif lain bagi yang tak nak masuk matrikulasi.Ni antara alternatif paling selamat.Sebab apa akak cakap paling selamat?

1)Diploma ni,kita dah boleh fokus apa yang kita minat.Contohnya,kalau adik2 minat Mechatronic Engineering,boleh lah ambik Diploma Kejuruteraan Mekatronik kat UniMAP.

2)Duration Diploma ni 3 tahun je.Kalau tak nak sambung Degree,nak kerja dulu pun boleh sebab Sijil Diploma ni boleh cari makan.Contohnya,lepasan Diploma untuk kursus Kejuruteraan,tangga gaji nye setaraf dengan Juruteknik.

Diploma ni ada under IPTA,IPTS & Politeknik.Kat JMTI pon ada offer Program Diploma


(5) STPM

Yang ni pulak,antara alternatif selepas SPM.Kalau ambik yang ni,kene double-triple daripada matrikulasi & diploma.Duration untuk STPM,2 tahun.Kalau ambik ni,lepas tu dapat keputusan cemerlang,bolehlah sambung Degree dalam course yang adik2 nak. Kalau tak cemerlang,sama ada korang susah nak sambung Degree,atau pun kene mula dari Diploma.Pertimbangkan dulu kalau nak ambik STPM ye adik2 =)

(6) SIJIL / SIJIL KEMAHIRAN

Sijil pulak untuk adik2 yang suka & minat kepada "Hand's On".Berikut merupakan antara tempat yang menawarkan program sijil :
  1. Kolej Komuniti
  2. Intisitut Latihan Perindustrian (ILP)
  3. Politeknik
  4. ADTEC
  5. Institut Kemahiran MARA (IKM)
  6. CIAST
  7. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

Itu je lah pengalaman atau guideline untuk adik2. Harap2 dapat lah membantu adik2 untuk memilih haluan yang betul,heh! :D
Kalau ada salah informasi,sila betulkan ye.