Saturday, January 24, 2009

sama_sama berdoa

Salam Sejahtera…
Setelah sekian lama tidak bersua, akhirnya saya kembali untuk bersua dengan pembaca sekalian. Pemergian saya hamper sebulan untuk berjuang bagi menhadapi satu peperangan besar pada akhir tahun ini iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun perjuangan saya ini tidak sehebat perjuangan saudara-saudara Islam kita yang berjuang untuk mempertahanan agama Islam di bumi Gaza, Palestin daripada rejim Zionis laknatullah.

Bumi Gaza telah dibedil oleh Rejim Zionis selama 23 hari itu menyaksikan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa mati akibat perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu. Ketika umat Islam di Palestin itu berjuang menegakkan agama Islam dan pertahankan Al-Aqsa dimanakah Jutaan umat Islam lain didunia ini berada? Mengapakah tidak bantuan dihulurkan ketika bangunan di Gaza roboh menyembah bumi. Dimanakah Iran yang mempunyai kuasa Nuklear terbesar didunia ini? Adakah mereka semua membantu kuncu-kuncu Amerika Syarikat itu untuk merampas Gaza?

Adakah kita mahu melihat bumi suci yang yang terdapat Masjid yang ketiga Islam itu dirampas oleh rejim Zionis yang tidak mempunyai perikemanusian itu? Kini genjatan senjata yang dilakukan oleh kedua-dua pihak dapat mengembalikan keamanan di Gaza. Marilah kita sama-sama berdoa kepada seluruh penduduk Gaza supaya mereka dapat mengecapi keamanan setelah sekian lama dijajah oleh kerajaan haram itu.

sekian

Friday, January 2, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.

Salam sejahtera...

Esok semua pelajar di Terengganu, Kelantan dan Kedah akan memulakan sesi persekolahan mereka manakala bagi negeri-negeri lain pada hari Isnin. Mungkin para pelajar mempunyai azam pada tahun ini. Semoga azam dan impian anda semua akan termakbul jua dengan usaha dan doa anda sekalian. selamat meneruskan sesi pembelajaran 2008.

sekian

Wednesday, December 31, 2008

SESMA CEMERLANG…

Salam Sejahtera…
Semalam keputusan Penilaian Menengah Rendah telah diumumkan menyaksikan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud , Kuala Terenganu menjadi sekolah paling cemerlang di Terengganu. SSEMA memperoleh 76 orang calon semua A daripada 117 orang pelajar yang mengambil PMR oktober lalu.

Matapelajaran Matematik, Bahasa Melayu, Matematik, dan Kemahiran Hidup mencatat 100 peratus A. Namun subjek Sejarah mencatat penurunan yang palin mendadak di mana 34 orang calon gagal mendapat A dalam subjek sejarah.

Apa-apa pun Tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik SESMA yang telah bersusah payah mendidik semua calon sehingga SeSMA berjaya kembali ke peringkat sebenarnya dalam bidang pendidikan.

Friday, December 26, 2008

KENANGAN SELAMANYA…

Salam sejahtera…
Hari ini genaplah 4 tahun kejadian yang tidak disangka-sankga oleh semua penduduk di Asia Tenggara ini. Kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004 telah meragutnyakan ratusan nyawa dibeberapa buah negara termasuk tanah air kita Malaysia. Kejadian ini berlaku akibat gegaran gempa bumi sekuat 9.6 pada skala Ritcer di Lautan Hindi perairan Acheh itu.

Pejam celik pejam celik kini sudah empat tahun peristiwa hitam itu berlaku. Adakah ini semua pembalasan daripada Allah S.W.T kepada umatnya yang lalai dan leka? Ada yang mengatakan sebelum Tsunami melanda, satu Pesta Seks telah diadakan di Pantai Acheh. Pantai sekitar Phuket juga habis musnah ditelan Ombak besar setinggi 12 meter. Panati ini sering dikaitkan dengan pesta-pesta liar yang selalu dilakukan disitu. Mungkin benarlah kejadian Tsunami ini adalah pembalasan daripada Tuhan Yang maha Esa kepada umatnya. Kawasan Acheh ibarat bagai padang jarak padang tekukur seperti padang pasir yang tiada pokok di Gurun Sahara.

Apa yang menghairankan semua masjid di kawasan yang terlibat di Acheh, Phuket dan negera yang terlibat tidak musnah sama sekali. Tiada sikit pun kesan masjid itu rosak dilanda Tsunami sedangkan rumah disekitarnya ranap menyembah bumi. Ada ulama yang terselamat berkata, Ombar besar itu terbelah dua apabila ia melalui kawasan masjid ini. Ini merupakan satu keajaiban dan kekuasaan Allah di bumi ini.

Oleh itu, Muslim di dunia ini perlulah muhasabah diri bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Allah akan merahmati doa orang Islam yang hampir kepadanya. Sekiranya kita melupai sejarah hitam yang berlaku pada 26 Disember 2004 tidak mustahillah ianya akan berulang kembali. Jadi insaflah dan berpesan-pesanlah kepada Muslim..
SEKIAN

Wednesday, December 24, 2008

GOOD BYE 2008,WELCOME 2009

Salam sejahtera….

Tidak sampai 10 hari lagi kita semua akan menyambut tahun baru. Angka 2008 akan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan yang telah dilalui selepas ini pula angka 2009 akan menjelma dengan pelbagai cabaran baru kepada Malaysia umumnya dan individu khasnya. Segala peristiwa yang telah berlaku 2008 perlu kita calitkan pada memori. Sama ada sejarah itu manis atau pahit bagi kita, Ia merupakan sesuatu yang telah berlaku.

Bagi mereka yang melalui tahun 2008 ini dengan gembira, Syabas saya ucapkan kerana mereka dapat menempuhi segala dugaan dan cabaran yang melintang dengan tenang dan sabar. Kenagan yang paling manis pada tahun2008 mungkin akan dikenang sampai bila-bila. Mereka pasti akan mengingati tarikh yang telah membahagiakan mereka. Antara kebahagiaan yang dilalui oleh setiap insane dimuka bumi ini ialah Kemenangan, Tarikh Perkahwinan, Saat manis bersama rakan-rakan dan banyak lagi.

Bagi yang menempuhi tahun 2008 dengan rasa sedih dan kurang senang anggaplah saja ini semua dugaan tuhan yang menyuruh kita agar lebih berpesan-pesan pada tahun akan datang. Janganlah anda semua menganggap tahun 2008 ini sebagai nokhtah kepada anda untuk meneruskan perjalanan yang jauh lagi. Biarkanlah kenangan pahit ini dijadikan pedoman atau pengajaran kepada kita semua. Kehilangan orang tersayang, kemalngan yang mingakibatkan kecacatan merupakan kenangan yang tidak bias dilupkan oleh setiap insan

Akhirnya, saya berharap agar tahun 2009 yang akan menjelma dapat memberi sesuatu yang lain kepada kita semua. Sama-samlah kita berdoa agar negara kita akan aman sepanjang wakti. Biarlah peristiwa yang berlaku pada 2008 sama ada manis atau pahit ini berlalu. Kita buka buku baru dalam menghadapi tahun yang lebih mencabar. Sehinga bertemu lagi di lain waktu.

Sekian.

Monday, December 15, 2008

SALAH SIAPA???

SALAM

Tanggal 6 Disember 2008 satu sejarah hitam melanda negara apabila 14 buah banglo mewah di Bukit Antarabangsa ranap ditengelamkan tanah. Tragedi yang berlaku pada pukul 6 pagi ini menyaksikan 4 orang maut dan sebahagian cedera. Tragedi ini telah mengingatkan kembali kepada kita tentang tragedy Disember 1993 apabila satu blok Hinghland Tower runtuh menyembah bumi menyaksikan kita kehilangan banyak nyawa. Sebelum tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Dua kes telah belaku dalam masa tidak sampai 3 minngu dimana sebuah banglo milik jurutera Syarikat Penerbangan Firefly runtuh selepas bukit kira-kira 300 meter runtuh tiba-tiba. Kejadian ini telah mengorban 2 nyawa adik-beradik. Dua hari selapas itu, Dinding konkrit di tepi bangunan CIMB bank runtuh menghancurkan 14 buah kereta. Tiga kejadian ini telah membuka banyak banyak pihak. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Adakah pihak kontraktor yang harus dipersalahkan? Bagi saya mereka hanya menjalankan tugas mereka selepas diluluskan oleh kerajaan. Atau pihak kerajaan harus mengaku ini kesalahan meraka? Selepas kejadian di Highland Towers 15 tahun lalu, Satu peraturan telah dikeluarkan dimana sebarang projek dilereng bukit 35 darjah tidak akan diluluskan tetapi semakin tahun semakin kurang penguatkuasaannya. Masih saya ingat ketika saya berumur 3 tahun, projek di Lereng bukit dekat Ulu Kelang tiada kelihatan, Tetapi selepas saya hadir tahun lepas ke Kota Raya itu kelihatan banyak bangunan tinggi dan bangl;o mewah tumbuh di situ. Dimanakah peraturan yang telah ditetapkan dulu?

Dewan Negara telah mempersetujui untuk tidak membenarkan sebarang projek di lereng bukit 35 darjah. Adakah peraturan ini sekadar peraturan? Adakah sejarah lama akan berulang 15 tahun akan datang? Saya berharap agar pihak yang bertanggunjawab dapat menyelesaikan segala masalah dengan elok. Saya berharap agar pihak tertentu bersikap “Bagai Menarik Rambut Dalam Tepung” dalam masalah ini.

Sekian

Friday, December 12, 2008

TIADA PENGGANTI

SALAM SEJAHTERA

Berkawan biar beribu. Mungkin anda semua sering mendengar pepatah melayu ini. Ketika duduk berehat petang tadi saya terlintas difikiran saya bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai kawan seumur hidup saya. Mungkin hidup saya akan sunyi dan sepi. Memang benarlah kata orang dulu-dulu, Berkawan biar beribu kerana setiap kawan mempunyai karenah yang berbeza. Bak kata pepatah melayu, Banyak udang, Banyak garam, Banyak orang, banyak ragam.


Saya bersyukur kerana saya mempunyai kawan yang sudi berkawan dengan saya. Istilah kawan ialah orang yang sentiasa berada disisi dan sudi mendengar segala masalah yang kita hadapi. Saya mempunyai sorang kawan yang amat memahami perasaan saya sebagai lelaki dan pelajar. Walaupun dia adalah kaum hawa tetapi dia memahami isi hati saya. Syukur, dia selalu memberi semangat dan dorongan serta nasihat yang berguna kepada saya. Kami berdua boleh diibaratkan sebagai “ TEMAN TAPI MESRA”


Walapun ada kawan sekolah yang sering mengusik bahawa kami berdua adalah pasang kekasih yang secocok tetapi kami tidak lebih dari seorang kawan yang sangat rapat dan saya menganggap dia macam adik-beradik saya sendiri. Kami tahu gurauan itu boleh mengeratkan persahabatan saya dengan dia. Dia selau menasihati saya sekiranya saya da melangar peraturan sekolah atau berkelakuan yang tidak baik. Dia jugalah yang memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk terus berusaha dalam meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Kami berdua sentiasa saling menasihatai anatara satu sama lain. Adakalanya dialah yang selalu membuatkan saya sentiasa gembira dengan gurauan mesra sebagai seorang sahabat yang sejati.

Ada pernah sekali saya bergaduh dengannya akibat gurauan saya yang berlebihan. Hampir 3 mingu kami tidak bertegur sapa. Dikala inilah saya merasa amat sunyi tanpa gurauan darinya dan sekaranglah baru saya sedar bahawa kita semua memerlukan kawan untuk meneruskan perjalanan hidup yang jauh ini. Ketiadaanya selama 3 minggu akibat perbuatan bodoh saya telah membuatkan saya menyesal. Betullah kata orang “ Hargailah teman ketika dia berada disisi kerana kita akan terasa kehilangan bila dia tiada disisi”. Kata-kata inilah saya pegang hinga ke hari ini. Selepas itu saya kembali berbaik dengannya dan selepas itu juga keriangan saya kembali terpacar di hati ini.



Alhamdulillah kerana hingga hari ini dia masih lagi menjadi kawan yang palin rapat dengan saya. Sudi berkongsi segala suka duka dengan saya. Saya ingin mengingatkan kepada semua rakan dalah segalanya selepas kelurga. Pilihlah rakan yang boleh memberi kita sinar keimanan kepada kita. Dialah juga yang telah mengubah hidup saya. Saya gembira kerana dapat bersamanya. Bagiku orang lain boleh mengantikan tempatnya. Dia yang saya maksudkan ialah NUR AFIFAH BT MOHAMAD

SEKIAN