Friday, March 27, 2009

KURSUS PENGAWAS 2009

Salam sejahtera….



Bertemu lagi dalam ruangan blog kali ini. Mungkin anda tertanya-tanya dimanakah saya menghilang selama seminggu? Saya terpakasa pulang ke hostel untuk meneruskan perjuangan bagi menghadapi SPM tidak sampai 7 bulan lagi.
Pada ruangan kali ini saya ingin memberitahu kepada semua pembaca yang saya sedang menjalani kursus Kepimpinan Badan Pengawas Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud bagi sesi 2009. Kursus ini bertempat di SESMA selama 2 hari bermula 27 hingga 28 Mac 2009.
Walaupun kursus ini dijalankan di SESMA kerana ketiadaan bajet tetapi ini tidak menghalang para pengawas tahunini untuk terus berkhidmat dalam badan pengawas.
Antara aktiviti yang ada ialah ceramah motivasi dari PK HEM SMS Dungun, LDK dan Slot bersama Ketua Pengawas Lelaki Dan Perempuan. Selain itu, apa yang paling menarik minat saya untuk menyertai kursus ini ialah Rehlah di Panati teluk Ketapang. Hehe’
Saya rasa setakat ini dahulu pada ketika ini sehingga berjumpa lagi pada masa hadapan. “BERSAMA MEMPERKASA BADAN PENGAWS SESMA”
sekian

Friday, March 20, 2009

KESUMA 2009

Mungkin belum terlambat lagi untukm saya berkongsi pengalaman saya semasa menghadiri Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah Peringkat kebangsaan Sekolah Berasrama Penuh Malaysia. Kursus ini telah diadakan di Sekolah berasrama Penuh Intergrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu. Buat julung-julung kalinya semua peserta seramai 537 orang dari 54 buah SBP seluruh malaysia berhimpun di negeri Penyu ini bagi menambah ilmu berkaitan kepimpinan.

Kursus selama 4 hari 3 malam pada 13 hingga 16 Februari 2009 ini didedahkan dengan pelbagai cara-cara memimpin dengan betul. Bagi saya sebagai seorang ketua rumah di SESMA, kursus ini amat wajar diadakan kerana ini salah satu cara bagi saya untuk belajar bagaimana untuk memimpin.

Walaupun pada mulanya amat berat bagi saya untuk mengahadiri kursus ini memandangkan baru sahaja selesai peperiksaan TOV SPM 2009 tetapi atas dasar komitmen dan tanggungjawab sebagai orang pertama dalam rumah Tun Sri Lanang saya pergi juuga. Alhamdullilah saya berjaya selesai menghadiri seminar ini. Tahniah diucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas kejayaan mengadakan kursus ini. Saya berharap agar kursus ini akan diadakan pada masa depan.

Sekian..

Friday, March 13, 2009

32 TAWAN PUNCAK KINABALU



Walaupun latihan hanya sebulan namun semua itu tidak menghalang 29 pelajar serta 3 orang guru Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu untuk menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung kinabalu. Berbekalkan latihan yang cukup dan semanagt yang tinggi merupakan salah satu faktor kejayaan pelajar berkenaan.

Ekspedisi selama 4 hari itu merupakan salah satu acara dwitahunan yang diadakan oleh pihak Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud bagi memupuk semangat kesukanan yang tinggi selain menyokong usaha Kementerian yang mahu melahirkan pelajar yang aktif dalam semua bidang.

Pasukan XPDC yang disertai 13 pelajar lelaki dan 16 pelajar perempuan ini bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 3 Mac 2009 tepat jam 9.20 malam sebelum berlepas ke Kota Kinabalu pada pukul 6.50 pagi hari Rabu. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam setengah ini dengan menaikki pesawat AirAsia 320 tiba di Terminal 2, Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu telah menaikkan lagi semangat peserta untuk menawan puncak Kinabalu dan meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park di Ranau, Sabah.



Xpdc bermula jam lapan pagi ini terpaksa mengharungi jalan denai yang mencabar sejauh 6 KM untuk tiba di Laban Rata. Laban Rata merupakan satu tempat rehat bagi kesemua peserta XPDC sebelum memulakan pendakian sejauh 2 KM untyuk samapi ke puncak pada jam 2 pagi. Peserta dari SESMA mengambil masa 3 jam untuk tiba di Laban Rata. Semasa perjalan ke Laban Rata, semua peserta XPDC duhidangkan dengan panorama flora dan fauna yang sangat cantik. Jalan menuju ke Puncak lebih mencabar berbanding perjalan pada 6 KM pertama.

Namun, dengan semangat yang kental, seramai 25 orang warga SESMA telah berjaya menwan puncak ini. Jelas terpancar riak kegembiraan dan puas pada wajah pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang menyertai XPDC ini. Menurut guru pengiring yang telah berjaya menawan puncak Kinabalu sebanyak 2 kali , Encik Saifuldin bin Mahmood berkata peserta XPDc tahun ini lebih bersemangat dan masa yang yang diambil untuk tiba di puncak juga singkat. Menurut beliau lagi, program seperti ini harus diadakan oleh semua sekolah sebagai satu program dwitahunan seperti yang dilakukan oleh SESMA.

Menurut peserta lelaki,Ahmad Amirr bin Aminudin, 17 berkata” saya sangat gembira dan puas selepas berjaya menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara ini. Dengan latihan yang cukup, Alhamdulliah saya berjaya membawa nama SESMA ke puncak Kinabalu.” Selain itu, menurut seorang lagi pesertta perempuan, Asilah Syahirah binti Razali, 17 berkata “ Saya hampir sahaja berputus asa pada kilometer ke-8 kerana terlalu letih tetapi dengan dorongan yang diberikan oleh rakan-rakan, saya meneruskan perja;anan yang berbaki 700 meter lagi itu. Selepas tiba dipuncak saya berasa sangat puas dan teruja melihat pemadangan yang begitu indah. Saya berharap agar program dwitahunan ini dapat diteruskan pada masa depan.”Proram ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain Keindahan yang begitu terposana dan kesegaran udara menjadikan Kota Kinabalu sebagai tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Negeri Dibawah Bayu ini boleh meningkatkan sector pelancongan negara.

Saturday, January 24, 2009

sama_sama berdoa

Salam Sejahtera…
Setelah sekian lama tidak bersua, akhirnya saya kembali untuk bersua dengan pembaca sekalian. Pemergian saya hamper sebulan untuk berjuang bagi menhadapi satu peperangan besar pada akhir tahun ini iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun perjuangan saya ini tidak sehebat perjuangan saudara-saudara Islam kita yang berjuang untuk mempertahanan agama Islam di bumi Gaza, Palestin daripada rejim Zionis laknatullah.

Bumi Gaza telah dibedil oleh Rejim Zionis selama 23 hari itu menyaksikan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa mati akibat perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu. Ketika umat Islam di Palestin itu berjuang menegakkan agama Islam dan pertahankan Al-Aqsa dimanakah Jutaan umat Islam lain didunia ini berada? Mengapakah tidak bantuan dihulurkan ketika bangunan di Gaza roboh menyembah bumi. Dimanakah Iran yang mempunyai kuasa Nuklear terbesar didunia ini? Adakah mereka semua membantu kuncu-kuncu Amerika Syarikat itu untuk merampas Gaza?

Adakah kita mahu melihat bumi suci yang yang terdapat Masjid yang ketiga Islam itu dirampas oleh rejim Zionis yang tidak mempunyai perikemanusian itu? Kini genjatan senjata yang dilakukan oleh kedua-dua pihak dapat mengembalikan keamanan di Gaza. Marilah kita sama-sama berdoa kepada seluruh penduduk Gaza supaya mereka dapat mengecapi keamanan setelah sekian lama dijajah oleh kerajaan haram itu.

sekian

Friday, January 2, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.

Salam sejahtera...

Esok semua pelajar di Terengganu, Kelantan dan Kedah akan memulakan sesi persekolahan mereka manakala bagi negeri-negeri lain pada hari Isnin. Mungkin para pelajar mempunyai azam pada tahun ini. Semoga azam dan impian anda semua akan termakbul jua dengan usaha dan doa anda sekalian. selamat meneruskan sesi pembelajaran 2008.

sekian

Wednesday, December 31, 2008

SESMA CEMERLANG…

Salam Sejahtera…
Semalam keputusan Penilaian Menengah Rendah telah diumumkan menyaksikan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud , Kuala Terenganu menjadi sekolah paling cemerlang di Terengganu. SSEMA memperoleh 76 orang calon semua A daripada 117 orang pelajar yang mengambil PMR oktober lalu.

Matapelajaran Matematik, Bahasa Melayu, Matematik, dan Kemahiran Hidup mencatat 100 peratus A. Namun subjek Sejarah mencatat penurunan yang palin mendadak di mana 34 orang calon gagal mendapat A dalam subjek sejarah.

Apa-apa pun Tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik SESMA yang telah bersusah payah mendidik semua calon sehingga SeSMA berjaya kembali ke peringkat sebenarnya dalam bidang pendidikan.

Friday, December 26, 2008

KENANGAN SELAMANYA…

Salam sejahtera…
Hari ini genaplah 4 tahun kejadian yang tidak disangka-sankga oleh semua penduduk di Asia Tenggara ini. Kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004 telah meragutnyakan ratusan nyawa dibeberapa buah negara termasuk tanah air kita Malaysia. Kejadian ini berlaku akibat gegaran gempa bumi sekuat 9.6 pada skala Ritcer di Lautan Hindi perairan Acheh itu.

Pejam celik pejam celik kini sudah empat tahun peristiwa hitam itu berlaku. Adakah ini semua pembalasan daripada Allah S.W.T kepada umatnya yang lalai dan leka? Ada yang mengatakan sebelum Tsunami melanda, satu Pesta Seks telah diadakan di Pantai Acheh. Pantai sekitar Phuket juga habis musnah ditelan Ombak besar setinggi 12 meter. Panati ini sering dikaitkan dengan pesta-pesta liar yang selalu dilakukan disitu. Mungkin benarlah kejadian Tsunami ini adalah pembalasan daripada Tuhan Yang maha Esa kepada umatnya. Kawasan Acheh ibarat bagai padang jarak padang tekukur seperti padang pasir yang tiada pokok di Gurun Sahara.

Apa yang menghairankan semua masjid di kawasan yang terlibat di Acheh, Phuket dan negera yang terlibat tidak musnah sama sekali. Tiada sikit pun kesan masjid itu rosak dilanda Tsunami sedangkan rumah disekitarnya ranap menyembah bumi. Ada ulama yang terselamat berkata, Ombar besar itu terbelah dua apabila ia melalui kawasan masjid ini. Ini merupakan satu keajaiban dan kekuasaan Allah di bumi ini.

Oleh itu, Muslim di dunia ini perlulah muhasabah diri bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Allah akan merahmati doa orang Islam yang hampir kepadanya. Sekiranya kita melupai sejarah hitam yang berlaku pada 26 Disember 2004 tidak mustahillah ianya akan berulang kembali. Jadi insaflah dan berpesan-pesanlah kepada Muslim..
SEKIAN