Wednesday, November 19, 2008

FELDA CHALOK BARAT

Salam Sejahtera…

Tentu masih ramai yang belum mengenali Felda Chalok Barat. Felda Chalok Barat merupakan sebuah felda di dalam negeri Terengganu. Felda ini terletak antara jalan negeri yang menghubungkan Kuala Terengganu- Kota Bharu. Walaupun kedudukan felda ini agak terlindung bagi pemandu-pemandu yang melalui jalan ini, namun pada hari nama Felda Chalok Barat sudah pun dikenali bukan sahaja di negeri ini malah di Seluruh Malaysia.




Sebelum tiba di Felda ini anda semua akan dihidangkan dengan pemandangan yang begitu indah dengan rimbunan pokok getah dan kelapa sawit. Felda ini telah diwujudkan lebih 35 tahun dahulu dengan jumlah peneroka seramai 200 orang. Walaupun Felda Chalok Barat tidak tersohor seperti tanah rancangan yang lain tetapi Chalok Barat juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.



Disini terdapat pelbagai kemudahan yang boleh anda semua nikmati. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah Balai Polis, D”Mart Market,masjid, Sekolah Rendah , Sekolah Agama, Dewan Serbaguna , Padang , Taman Permainan, dan banyak lagi. Selain itu, Felda ini juga mempunyai Kilang Memproses Getah Susu. Getah-getah yang diproses ini dibawa dari seluruh Malaysia seperti Kedah, Perlis dan ada juga dari Johor.




Selain daripada hasil kelapa sawit yang diperoleh peneroka di sini, ada juga yang menambahkan hasil pendapatan mereka dengan menghasilkan produk desa seperti membuat budu, memelihara lembu dan ikan talapia, mengusahakan kebun limau madu dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, budu yang dihasilkan di sini iaitu Budu Selara Kampung telah mendapat pasaran bukan sahaja di negeri Terenganu malah di seluruh pelosok Malaysia. Tanya sahaja budu chalok barat sudah pasti ramai yang mengenalinya.



Belia-belia disini juga melakukan perkara yang berfaedah seperti membuka bengkel, menjual burger, dan sebaginya. Dengan ini segala kenyataan ataupun pandangan orang luar terhadap belia-belia felda yang suka berlumba, mencuri dan hisap dadah tidak sekali benar. Mereka adalah pewaris kepada Felda-felda di seluruh Malaysia.


Sekian sahaja buat waktu ini semoga berjumpa lagi. Dengan ini diharapkan agar Felda di seluruh Malaysia terutamanya Felda Chalok Barat akan terus maju.

Sekian

9 comments:

Anonymous said...

Pembetulan
kilang getah chalok barat tidak memproses susu getah,kilang ini cuma memproses getah sekerap yang datang dari felda belara.felda seberang tayor dalam negeri terengganu.

Getah dari felda tawai 01 dan 02 dari perak.Kilang ini tidak terima selain dari negeri lain.

Getah luar yang hanya 10% saja.harap maklum.

syida said...

adakah kilang getah chalok barat ada menerima pelajar untuk latihan industri?
apakah no telefon yang boleh dihubungi untuk mendapat maklumat lanjut mengenainya?
terima kasih.

HAMBA ALLAH said...

kau orang mane ye..kenal x kilang budu selera kampung kat mene..

Abi said...

memang sedap budu tuuu

HAMBA ALLAH said...

budu tok aku bt tuh..tp leni xbuat doh..

lovecare said...

Dah lama tak rasa Budu Chalok Barat..,
ada stock lagi ke..

MISS NUR HIDAYAH said...

lame dh x rasa budu tu..jrg2 je jupe..sejak en.mamat ismail meninggl (al-fatihah untk arwah), produktiviti budu pun b'kurg..

syg kalu budu tu terkubur gitu je..
the best budu in d world!!

HAMBA ALLAH said...

x bt doh budu 2...lau bt pn kecil2 lan sgt....tuk kuarge n runcit sikit..

amirr... said...

btol tu.. pembuatan budu selera kampung kurang sekrang atas beberapa faktor tertentu... tapi ada satu lagi pusat pemprosesan budu.. iaitu budu yang dikenali sebagai budu pok su ghani.. :)