Sunday, September 19, 2010

INILAH KEHIDUPAN..

SaLaM sejahtera,…

Kehidupan amat penting bagi manusia termasuklah aku… Pelbagai cerita dapat dihasilkan daripda kehidupan kita,… Sudah menjadi lumrah adakalanya kita berada diatas dan adakalanya kita berada dibawah… bak kata orang Hidup ini umpama roda… Kesedihan dan kegembiraan dalam hidup mesti ditempuhi dengan reda kerana ini semua adalah ketentuan Illahi…

Bagi aku.. semua yang aku hadapi adalah dugaan dan ujian yang Allah berikan supaya kita sentiasa sedar akan tujuan kita berada di atas muka bumi ini…Adakalanya aku memperoleh kebahagiaan dan kegembiraan.. dan pernah juga hati aku ini merasai erti keperitan dan kesedihan.. Namun aku perlu hadapinya dengan tabah…

Bagi sesetengah manusia… kebahagiaan bersama teman hidup amat diharapkan hingga bila-bila namun.. Jodoh pertemuan…adalah urusan yang maha Esa… sekiranya perpisahan berlaku ditengah jalan… kita harus meredhainya.. mungkin tiada jodoh… dan mungkin juga ada hikmat disebalik perpisahan itu… biarkanlah kenangan kita bersama si dia berlalu bersama-sma angin syahdu…

Kita juga tidak boleh jadikan perpisahan itu sebagai penghapus semangat… kerana…mungkin bagi si dia.. perpisahan itu adalah satu rahmat.. hati manusia siapa yang boleh bace..hahahaha sedap sangat ayat aku..hehehe Oleh itu, aku berharap agar pembaca dapat mengetahui apa itu erti kehidupan yang sebenarnya…

Kita dianggap Berjaya sekiranya dapat menempuhi kehidupan ini dengan tenang dan sempurna…

Sekian.. wassalam..

No comments: